Certot

Kau Layak

Hasil nukilan Afrina Hadi2 years agoSuperhero 25

Aku terbaring lemah di atas sebuah katil di dalam wad. Memoriku memutar kembali apa yang telah aku alami sehingga aku di sini?

*****

Aku berjalan kaki pulang ke sekolah. Padahal boleh sahaja jika mama atau papa mahu mengambilku. Cuma aku tidak mahu. Aku tak nak menyusahkan mama atau papa. 

Siapa kata aku tak takut kalau berjalan seorang diri? Memang aku takut dan gementar. Namun aku tidak mahu membayangkan perkara itu. Lalu aku mengusir jauh-jauh perasaan itu.

Tiba-tiba bahuku disentuh seseorang. “Hai Cik Adik. Seorang je?”

Aku terkejut lantas menoleh ke arah pemilik suara itu. Aku ke belakang beberapa tapak. “Siapa kau?”

“Eh, kita tanya elok-elok, dia jawab kasar pula. Ni yang rasa nak culik ni.” Baiklah, kita namakan saja pemilik suara itu sebagai Hassan. Hassan membawaku ke satu tempat. 

Aku meraung dan menangis. Tuhan, tolonglah aku! Aku tak mahu begini pengakhirannya hidupku.

Aku meraung sekali lagi. Tiba-tiba sesuatu berlaku dan apa yang sempat aku lihat sebelum pengsan adalah Hassan terbaring lesu. Dan aku pengsan kerana melihat kejadian itu.

*****

Itu saja yang dapat aku ingati. Setelah itu, aku sedar aku sudah berada di dalam wad ini.

Seseorang masuk ke dalam wad ini dan menuju ke arahku. Aku amati wajahnya betul-betul. Mama! 

“Syukur Jiha sudah sedar,” kata Mama lantas memelukku. 

Aku membalas pelukannya. Aku sungguh gembira.

“Ma…,” panggilku.

Mama menyahut, “Ya?” 

“Siapa yang selamatkan Jiha?” aku bertanya perlahan.

Mama berdiri sebelum keluar daripada wad itu. Dan dia masuk semula bersama seorang lelaki.

“Hai, Jiha!” tegur lelaki itu. 

Aku mengerutkan dahiku.

“Jiha, dialah yang selamatkan Jiha daripada penjahat itu.”

Aku menangis terharu dan mengucapkan terima kasih kepadanya dan dia layak menjadi superhero untukku.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: