Certot

KASUT RODA

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL about 3 years agoSukan 35

Nama aku Nur Hanan. Aku berumur 11 tahun. Kehidupanku berubah hanya sebab aku perlu berpindah ke Kedah.

Aku mempunyai kawan baik, kami telah berkawan selama lima tahun. Persahabatanku hancur kerana aku terpaksa berpindah kerana kerjaya ayahku.

Aku merindui kawan baikku. Dia sentiasa melayani perasaanku. Dia tidak pernah membongkarkan rahsiaku kerana dia tau itu adalah rahsia penting.

Pada hari terakhir aku di sekolahku, kawanku memberi sepasang kasut roda sebagai hadiah perpisahan. Aku berasa sangat gembira. Sebagai tanda terima kasih, dia menyuruh rakan di tamannya untuk menyerahkan hadiah kepadaku.

Aku berasa sangat gembira mempunyai rakan yang sangat baik. Akan aku bermain kasut roda pemberian dia setiap hari!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: