Certot

Kasut Paling Cool

Hasil nukilan Naufal 5 B 2 years agoSukan 43


Nama aku Ali. Aku paling lemah dalam acara lumba lari. Jika kawan-kawan datang kacau aku, mereka selalu kata aku ini jejaka kambing sebab kambing lari tidak laju sangat. Tetapi aku kena bersabar dengan sikap mereka walaupun mereka nampak berlagak dan juga ada ciri-ciri perasan.

Satu hari adalah hari jadi aku. Ibu dan ayah memberikan aku hadiah, tetapi aku cuba buka. Bila aku buka, rupa-rupanya kasut sukan. Semasa aku pergi ke taman dengan kawan aku Amsyar, aku cuba bersenam lepas itu aku berjoging lepas itu jadi laju. Terkejut betul aku sampai Amsyar kata aku ini boleh masuk pertandingan lumba lari.

Pada suatu hari, pertandingan lumba lari diadakan di Sekolah Sri Superstars. Jadinya, cikgu cuba kira larian aku dan cikgu matanya terbeliak melihat mata aku yang paling terbaik daripada semua orang.

Beberapa orang yang dari ahli lumba lari cuba menyorokkan kasut aku supaya aku tidak boleh lari. Tetapi semasa kejadian itu, nasib baik Amsyar nampak dan dia menyerahkan kasut kepada aku.

“Hmm… Ali, kita tengok antara kita semua siapa nombor terakhir.”

“Aku tidak kisah siapa menang siapa kalah, yang penting aku ada semangat kesukanan.”

“Okey, semua bersedia… satu… dua… tiga….

“Nampaknya, aku dahulu yang lari daripada sembilan orang di sana yang ketinggalan jauh.”

Dan aku memenangi pertandingan sampai aku kumpul seratus pingat emas dalam kemenangan pertandingan lumba lari antarabangsa. Aku ingin kata dalam dunia ini, kasut aku yang paling cool.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: