Certot

Kasih Yang Tak Terhingga

Hasil nukilan Amani 3 years agoFiksyen 54

Lily merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dia mendapat kasih sayang yang cukup. Keluarganya mempunyai syarikat persendirian. Oleh kerana keluarganya kaya, Lily sangat sombong dengan orang yang tidak sedarjat dengannya. Lily berkawan dengan Zurina, anak Dato’ Osman. Zurina merupakan rakan yang baik dan berkawan dengan semua orang tidak kira darjatnya rendah atau tinggi. Lily sangat kedekut untuk meminjamkan wangnya walaupun kepada sahabat baiknya, Zurina.

Kesombongan Lily diketahui oleh ibu bapanya, Encik Zailani dan Puan Amirah. Mereka cuba untuk menasihati Lily, namun Lily tetap dengan pendiriannya. Encik Zailani berpendapat jikalau Lily mendapat markah ujian yang tidak baik, dia tidak akan menghadiahi Lily sebarang hadiah atas sikapnya yang buruk itu. Lily berasa ibubapanya tidak sayangkannya lagi kerana membuat peraturan sebegitu. Lily akan menghadapi ujian akhir tahun pada minggu hadapan.

Seminggu kemudian….

Tamatlah ujian akhir tahun di sekolah Lily. Lily yakin akan mendapat keputusan yang baik. Namun, Lily bersedih kerana tidak akan mendapat sebarang hadiah daripada ibubapanya. Ketika itu, barulah Lily faham bahawa sikapnya yang buruk harus dibuang. Lily mula berkawan dengan semua orang. Zurina juga gembira dengan perubahan sikap Lily. Apabila keputusan ujian keluar, Lily mendapat A bagi setiap mata pelajarannya. Ibu bapanya sangat gembira dengan pencapaiannya dan perubahan sikapnya. Lily bertekad untuk membantu orang yang miskin apabila dia mencapai cita-citanya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: