Certot

Kasih Terabadi

Hasil nukilan Alyssa Sofea 2 years agoSuperhero 55

“Ayah… ayah… habis gelas kaca ini pecah,” kata Adira kepada ayahnya. “Kenapa tak panggil emak tolong ambilkan gelas? Menyusahkan betul!”

*****

Adira seorang anak tunggal yang tidak mengenanang jasa baik ayah dan ibunya. Ayahnya iaitu Encik Imran pula seorang yang lembam. Tidak pernah sehari dia tidak marah pada ayahnya.

Suatu hari ibunya, iaitu Puan Zaliha mengajak mereka satu keluarga pergi ke gerai makan untuk meluang masa bersama-sama.

Mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Selepas makanan tiba, mereka mula menjamu selera. 

Tiba-tiba….

“Kotorlah baju Adira!” 

Jeritan adira didengari satu gerai makan itu. “Ayah tidak sengaja tertolak makanan itu. Nanti suruh ibu basuhkan, ya.”

Adira terus berlari untuk melintas jalan. Tiba-tiba ada kereta ingin lalu. Ayahnya segera menolak Adira ke tepi jalan. 

Pang! 

“Ayah! Terkejut Adira melihat darah yang mengalir di atas jalan.

Orang ramai datang menolong dan Puan Zaliha menelefon ambulans. Terketar-ketar tangan Puan Zaliha. 

*****

Nino! Nino! 

Ambulans bergegas membawa Encik Imran ke hospital. Encik Imran terus dibawa ke bahagian kecemasan. Adira dan Puan Zaliha menunggu di luar. Teresak-esak Adira menangis kerana ayahnya dilanggar kereta. Puan Zaliha cuba menahan sebak. Air matanya mula bergenang.

Doktor memberitahu mereka yang Encik Imran dimasukkan ke wad ICU kerana kekurangan darah. Tidak lama kemudian, doktor menyuruh Puan Zaliha pergi ke bilik doktor. Doktor memberitahu orang yang sama dengan darahnya boleh menderma darah kepada Encik Imran.

Pada mulanya Puan Zaliha mahu menderma, tetapi darahnya tidak sama. Selepas itu, Puan Zaliha pun keluar dari bilik itu. Adira terus tanya kepada ibunya apakah yang doktor itu beritahu kepadanya. 

“Pendermaan darah kepada ayah,” kata ibunya. 

Adira terus berlari pergi ke bilik doktor. “Doktor, saya mahu derma darah kepada ayah saya,” kata Adira.

Doktor itu berkata, “Boleh, tetapi awak perlu cek darah dahulu.

Selepas doktor membuat keputusan, darahnya sama.Adira berasa ada harapan untuk ayahnya terus hidup.

*****

Satu bulan kemudian….

 Alhamdulillah Encik Imran sudah sihat kembali. Adira bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempunyai ayah walaupun ayahnya sebegitu. Selepas peristiwa itu berlaku, dia meminta maaf kepada ayahnya dan tidak akan memarahi ayahnya lagi.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: