Certot

Kasih Hanya Separuh

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 3 years agoFiksyen 37

Nur Kilah, 19 dan Nur Milah, 15 adalah adik-beradik. Mereka suka bergaduh. Lagi-lagi adiknya, Nur Milah sering mengejek kakaknya Kill. Milah juga asyik menyalahkan Kilah sekiranya di berbuat salah. Ibu bapa mereka, Puan Sri Latifah dan Tan Sri Farhin lebih mempercayai Milah daripada Kilah.

“Mamy, daddy Ilah sudah tidak tahan dengan si Mel tu. Boleh Ilah tinggal di bilik sewa?” tanya Kilah.

“Bagus juga. Lagipun keluarga ini sudah tidak perlukan kamu,” ejek Milah lalu mereka semua gelak terbahak-bahak kecuali Kilah. Kilah hanya menangis lalu ke biliknya untuk mengemas baju.

Tan Sri Farhin menarik lengan Kilah dan membawanya ke depan rumah.

“Kilah, betulkah Kilah nak keluar dari rumah ini?” tanya Tan Sri Farhin. 

Kilah hanya menganguk lemah.

“Okey. Dalam garaj ada kereta Mercedez-Benz. Ini kuncinya. Pakai kereta itu dan di dashboard ada alamat rumah. Itu adalah rumah kepunyaan daddy dahulu dan kuncinya ada pada dashboard itu juga. Setiap hari daddy akan bank inkan RM1000 untuk Kilah dan Kilah haruslah kerja juga bagi menampung sara hidup Kilah. Nah, RM2000 untuk hari ni ye,” kata Tan Sri Farhin sambil tersenyum. Kilah segera memeluk bapanya lalu menuju ke garaj.

******************

Kereta Mercedez-Benz Kilah memecut laju ke arah yang ditetapkan. Agak jauh juga rumah itu kerana di Melaka dan dia duduk di Damansara.

‘Destinasi anda  500 meter dari sini. Terima kasih kerana menggunakan Navigasi System.’ Telefon Kilah berbunyi menandakan hampir tiba di destinasi.

“No. 36, lorong Muzaffar 1/2, Taman Muzaffar Heights, Ayer Keroh, Melaka?” tanya Kilah pada dirinya sendiri.

“Emm cik ni siapa? Adakah cik anak Tan Sri Farhin?” tanya pegawai keselamatan. 

Kilah mengangguk laju.

Setelah menunjukkan pas masuk, Kilah tidak sabar-sabar mahu tinggal di  rumah barunya itu. Rumah itu merupakan rumah yang baru siap dibina dan taman itu baru sahaja empat bulan siap. Akhirnya Kilah hidup aman tanpa sebarang ganguan.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: