Certot

Kasih Ayah

Hasil nukilan E_man AliFFa 2 years agoSuperhero 18

 Suara ibu masih terngiang-ngiang di kepala Hany. Walaupun tragedi yang meragut nyawa ibu Hany, Cik Mawar sudah lama berlalu, Hany masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibunya sudah pergi menghadap Ilahi. Disebabkan kejadian itu, Hany lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan orang lain. Selepas ketiadaan Cik Mawar, Hany hidup dengan ayahnya di sebuah banglo yang besar tetapi sunyi dan muram. 

 “Alangkah bahagianya hidup ini jika ibu masih hidup. Ibu! Kenapa ibu yang pergi dulu?” rintih Hany sendirian.

“Hany! Apa yang kamu buat di dalam bilik tu? Mari keluar. Kita makan malam bersama, ya,” panggil ayahnya atau lebih dikenali sebagai Encik Faizal.

 “Baik, ayah,” balas Hany perlahan.

****** 

Waktu Hany dan ayahnya bersama amat singkat. Ayahnya terlalu sibuk bekerja dan membuatkan Hany bertambah sedih. Umur Hany baru 10 tahun, tetapi Hany sudah banyak menerima tamparan yang besar.

 “Hany masih belum sedia menerima dugaan ini, ya Allah! Kuatkanlah hati dan imanku, ya Allah.” 

 Hany menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya. Ayahnya juga sentiasa menengking Hany hanya kerana kesalahan yang kecil. 

 “Hany sudah tidak ada sesiapa lagi! Mungkin ini masanya untuk membawa diri.” 

 Hany mula mengemas barang-barang lalu dimasukkan ke dalam bagasi comelnya. Nampaknya Hany benar-benar yakin dengan keputusannya. Sedang Hany mengemas barang, ayahnya terlihat Hany yang kelihatan seperti mahu lari dari rumah. 

 “Hany, kamu mahu pergi mana?” kata Encik Faizal kepada Hany. 

“Ayah tidak sayang dengan Hany! Ayah lebih sayangkan kerjaya ayah dari Hany!” jerit Hany.

 “Hany sayang, maaf dengan tindakan ayah sebelum ini. Ayah terlalu sibuk bekerja kerana wang perbelanjaan kita sudah makin berkurang. Ayah minta maaf sangat, Hany!” Encik Faizal terus memeluk anaknya, Hany sambil menangis. Tidak sangka, di sebalik senyuman ayahnya ,masih ada keperitan yang tidak terperi. Hany rasa bersalah kepada ayahnya. 

“Maafkan Hany, ayah! Hany terlalu bertindak melulu. Hany sayang, ayah!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: