Certot

Kanda

Hasil nukilan Zarina Shukur2 years agoFiksyen 10

Hai dan salam sejahtera. Nama saya Maya Nurandzalna. Boleh panggil saya Maya. Nama ibu saya, Tengku Amalina dan ayah, Tengku Mahkota Aizad. Saya anak tunggal.

Petang sabtu, Tengku Amalina membuat jamuan buat saudara-saudaranya. “Ku merindu, merindu cintamu yang selalu, ada di jiwaku….” Suara lunak seseorang mencuri perhatian ramai tetamu. Mereka mula menuju ke satu bilik. Terdapat seorang budak perempuan berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun sedang menyanyi.

“Oh, hai. Nama saya Maya. Anak Tengku Amalina,” Maya mula memperkenalkan diri. 

Ramai jejaka mula tertarik, tetapi Maya tidak mengendahkannya. “Duduklah dahulu,” jemput Maya. 

Tengku Amalina pun turut duduk. “There’s no way to say this song. About someone else, every time you not in my arms, I start to lose myself. Someone please pass me my shades, don’t let ‘em see me down, you have taken over my days….” lagu La Da Dee nyanyian Cody Simpson mula berkumandang. Yang hairannya itu bukan suara Maya. 

“Izhar?” terus Tengku Amalina memeluk jejaka yang boleh tahan tampan itu. 

“Siapa tu, bonda?” tanya Maya. 

“Abang kamu. Kanda Izhar. Tengku Izhar Arhamsyah bin Tengku Mahkota Aizad,” balas Tengku Amalina ceria. 

“Kanda?” tanya Maya perlahan. Semua tetamu yang hadir terus keluar. Membiarkan tiga orang manusia itu berbincang.

“Maya, ni abang kamu yang betul dan sebenarnya.” Jawapan Tengku Amalina membuatkan Maya ragu-ragu. 

“Ya, betul kata bonda, dinda.” Akhirya selepas sekian lama Izhar pun bersuara.

“Tapi….” Terus Maya berlari menuju ke biliknya. Izhar terus mengejarnya. 

Di bilik Maya. 

“Maya, abang bukan sengaja menghilang,” terang Izhar lembut. 

“16 tahun Maya hidup dalam penipuan bonda dan ayahnda. 16 tahun, 16 tahun tu kanda!” marah Maya. 

“Ye, kanda tahu. Sejak kanda berusia dua tahun, kanda dihantar di Akademi Noah. Akademi buat tuan putera. Memandangkan abang bukan keturunan diraja dan hanya kerabat, kanda diminta duduk di situ selama 16 tahun.” Terlopong mulut Maya mendengarnya. Izhar hanya tersenyum.

“Banyak pengalam pahit dan manis. Sesekali masam juga menyibuk.” 

“Sibuk jelah masam ni!” marah manja Maya. 

“Tapi, keluarga tetap keluarga. Di sana, abang mempunyai keluarga angkat. Keluarga itu mempunyai seorang anak yang bernama Shasya. Cantik orangnya. Shasya sebaya dengan kamu. Sejak itu, abang mula teringatkan kamu dan bonda serta ayahnda.” Penerangan yang panjang lebar itu membuatkan mulut Maya tersenyap. 

“Jadi abang  buat keputusan untuk balik?” tanya Maya. Izhar hanya mengganguk.

“Ohohoi, dua beradik. Mari, bonda ada masakkan banyak makanan ni!” ajak Tengku Amalina.

 Tengku Mahkota Aizad pun sudah mula menyuap makanan itu ke mulutnya. 

“Bonda, tak masakkan? Bonda menyuruh dayang masak, kan?” 

“Err, ya.” Tersengih Tengku Amalina apabila ditegur kedua-dua anaknya itu. 

“Dah, jom makan,” ajak Izhar. Mereka pun tersenyum dan mula mencedok lauk. 

Akhirnya ahli keluarga kerabat diraja itu sudah lengkap.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: