Certot

KAMSAHAMNIDA APPA!

Hasil nukilan Nurfilzah Athirah 2 years agoSuperhero 7

Namaku ialah Kim Nur Aini Razita binti Kim Muaz sehun dan berumur 14 tahun. Aku berkacukan Melayu dan Korea. Ayahku pula dari Korea .Ayahku memasuki Islam ketika pertama kali mereka berjumpa. Aku ini bukanlah keluarga yang terlebih kaya, malah aku juga bersekolah di sekolah yang biasa-biasa sahaja. Bukanlah di sekolah swasta atau sekolah hebat. Kata mamaku kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. 

Aku juga mempunyai seorang butler yang diupah ayahku untuk menjagaku dan membimbingku walau di mana aku berada. Aku juga inginkan seekor anak kucing, malangnya emak dan ayahku tidak mengizinkan kerana memelihara haiwan peliharaan adalah tanggungjawab yang berat terutamanya tentang buang air besar. Tetapi aku tidaklah kisah tentang itu, yang penting aku ada haiwan peliharaan yang comel seperti kucing.

*****

“Wah, comelnya kucing itu!” kataku apabila melihat sekumpulan anak kucing sedang bermain.

“Ya, itu pun kalau emak dan ayah kamu membenarkan,” kata butlerku, Pak Rasyid.

“Oh ya, Pak Rasyid esokkan hari jadi saya. Boleh tak balik sekolah nanti kita pergi shopping mall?”

“Nak buat apa?”

“Nak beli gaun. Dengar cerita ada banyak gaun cantik. Nak beli untuk pakai esok. Lagipun boleh beli pencuci mulut. Ais krim ke, cupcake ke.”

“Hmm, yalah.”

*****

Kini, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, iaitu hari jadiku!

“Oh, seronoknya!” kataku.

Malangnya hari jadiku di hari persekolahan. Aku terpaksa menyambut hari jadiku selepas balik sekolah.

“Bolehlah kamu menjemput kawan kamu datang rumah,” cadang Pak Rasyid.

“Baiklah, saya akan menjemput Iman, Afifah, dan kawan-kawan datang ke rumah nanti,” kata Aini.

*****

“Pak Rasyid, kalau yang ni cantik tak?” tanya Aini.

“Hmm, cantik juga. Tapi bukankah kamu suka warna ungu? Kenapa tak ambil sahaja warna ungu?”

“Pak Rasyid ni, tak semestinya kalau warna kegemaran saya ungu, saya harus membeli warna ungu. Kita kena pandai bergaya Pak Rasyid,” beritahuku sambil ketawa.

“Macam-macamlah anak dara seorang ni,” gurau Pak Rasyid

*****

“Aini, bersiap cepat untuk majlis nanti,” arah Encik Kim Sehun atau dipanggil appa oleh Aini.

“Baik, appa,” balas Aini.

“Hah, suruh bibik Syirah makeover diri kamu ya?”

“Arasseo, appa.”

*****

“Bibik, cantik tak saya pakai gaun ini?”

“Cantik sangat Cik Aini, pandai Cik Aini pilih gaun. Sesuai warna peach ini dengan kulit Cik Aini,” puji bibikku.

“Terima kasih.”

“Okay, sekarang ni bibik nak dandan rambut Cik Aini. Lepas tu kita make up ya?”

“Baiklah.”

*****

“Tada! Mama cantik tak?”

“You look very pretty my princess,” kata mamaku sambil tersenyum.

“Hihi ,love you mama!”

“Love you too.”

Ding! Dong!

“Hah, kawan datang tu. Pergilah buka pintu.”

“Baik,mama.”

*****

“Assalamualaikum, hai Aini.”

“Waalaikummussalam, hai Iman, Afifah! Awak berdua datang juga ya?”

“Mestilah kami datang. Nah hadiah.

“Aini besarnya rumah awak. Macam istana, wah ada kolam renang lagi! Seronoknyaa!” puji Iman yang berperangai seperti budak tujuh tahun. Yalah, mana tidaknya orang tidak terbeliak mata apabila melihat rumah besar.

“Ish, Iman! Awak nilah, saya belum habis cakap lagi,” marah Afifah kepada Iman.

“Hmm, tapi memang besarlah rumah awak. Ada taman lagi, fuh dasyat betul.”

“Eleh,dia pun 2x5,” rungut Iman tidak puas hati.

“Geuman-hae! Dah… jom masuk,” ajak Aini.

“Okey, memang kami nak masuk pun.” Sambil membuat gaya peace Iman berkata.

Majlis Aini pun berlangsung dengan lancar.

“Aini, ikut appa sekejap.”

‘Kenapa appa suruh aku ikut dia? Aku ada buat salah ke?’ Aini berfikir dalam hati.

Setibanya di atas aku nampak mamaku sudah berada di atas.

‘Sah, aku kena marah ni,’ bisik hati Aini.

“Surprise, Aini!”

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seekor anak kucing di depan mata.

“Mama, betul ke ni?”

“Kenape, tak percaya? Appa yang belikan,” kata mamaku.

“Kamsahamnida,appa!”

“Hehe, tapi kamu harus jaga kucing ini dengan Pak Rasyid.”

“Waeyo appa?” soalku.

“Habis tu, nanti kamu ke sekolah appa jugak kena jaga ,buang air besar appa juga,” gurau appaku.

“Oh, hehe… saranghae appa!”

“Dah, pergi layan kawan kamu, sekejap lagi papa dan mama turun.”

“Arasseo, eomma.” Dengan gembira sekali Aini ketika itu turun ketika itu. Tidak sabar rasanya dia hendak beritahu Iman dan Afifah.

“Sedap kan kek coklat ni, Afifah?” kata Iman kepada Afifah dengan mulut yang penuh dengan kek coklat.

“Sedap tu memang la sedap, tapi awak tak boleh makan terlalu banyak,” kata Afifah pula.

“Ala, kenapa pula?” Iman merungut seperti budak kecil tidak dapat makan gula-gula.

“Yang pertama, orang lain pun nak makan jugak. Yang kedua, ini kek coklat bukan ais kosong nanti habis gigi awak berlubang. Yang ketiga sebab awak ni dah makan banyak sampai perut pun jadi buncit,” sengaja Afifah mengusik Iman.

“Ish, awak ni kan….” Belum sempat Iman mencuit lengan Afifah Aini mencelah.

“Hai, korang nak tahu berita gembira?”

“Apa yang gembira sangat ni Aini? ”soal Iman.

“Saya ada anak kucing! Appa saya yang berikan,”Aini memberitahu.

“Wah,tercapai jugak impian awak,” puji Afifah.

“Awak dah namakan kucing itu?” soal Iman lagi.

“Nama? Saya tak terfikirlah pula.”

“Kucing itu berwarna apa?” soal Afifah pula.

“Warna oren campur putih.”

“Ermm, apa kata awak namakannya… Ginger?” soal iman memberi cadangan.

“Hmm, sedap juga nama itu,” puji Aini.

“Sesuai sangat dengan bulunya yang berwarna oren.”

*****

Selepas jamuan habis, aku ralik membuka hadiah sambil bermain dengan Ginger.

“Appa, appa nak tahu nama kucing ni Ginger. Kawan Aini yang beri nama itu.”

“Oh, hai Ginger.”

Aku hanya tersenyum, aku tahu appa tidak akan sesekali kecewakan aku. “Kamsahamnida, appa!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: