Certot

KAKI BOLA

Hasil nukilan Munawwarah 2 years agoFiksyen 29

Amin seorang yang amat meminati sukan bola sepak.  Dia telah bermain bola sepak sejak berusia enam tahun lagi.  Dia sangat handal bermain bola sepak.  Amin juga mempunyai teknik bermain bola yang tersendiri.  Disebabkan minat yang amat mendalam dalam sukan bola sepak, Amin menyertai Kelab Kaki Bola. 

Setiap hari, Amin akan bangun awal pagi untuk bermain bola.  Pada masa yang sama, dia juga pandai menjaga masanya dengan baik.  Amin amat berdisiplin setiap kali menjalani latihan bola sepak. 

Pada hari Sabtu, pengurus kelab mengumumkan mereka akan berlawan dengan Sekolah Seri Kencana.  Pengurus kelab melantik Amin menjadi kapten untuk kelab bola sepak yang disertainya. 

Sewaktu sampai ke rumah, Amin menceritakan semua perkara kepada ibu bapanya.  Ibu bapanya berasa kagum dengan kejayaan anak mereka itu.

Sebelum tiba hari perlawanan, setiap hari Amin akan berlatih.  Setiap hari Amin akan keletihan apabila pulang ke rumah.  Ibu Amin sangat risaukan keadaanya.  Namun,  ibunya yakin Amin melakukan ini untuk mencapai impiannya menjadi pemain bola sepak yang berjaya.

 Selepas beberapa hari Amin berlatih, secara tiba-tiba Amin dilanda penyakit demam yang sangat teruk sehingga menjejaskan kehadirannya ke latihan bola sepak kelab. 

Pengurus dan ahli-ahli kelab berasa sangat pelik akan ketidakhadiran Amin.  Pengurus kelab telah pergi ke rumah Amin untuk mengetahui keadaannya sebenar Amin.  pengurus kelab memberi salam dan membuka kasutnya lalu masuk ke rumah Amin. 

Ibu Amin melayan pengurus kelab dengan baik. Pengurus kelab bertanya dengan ibu Amin punca ketidakhadiran Amin. Mereka pun berbincang dengan terlalu lama. Selepas habis berbincang, pengurus kelab pun berlalu pergi dengan keadaan yang gelisah dan risau. 

Pengurus kelab memberitahu berita kepada ahli kelab yang lain, “Semua beri perhatian saya. Ada berita buruk dan kamu perlu ambil perhatian terhadap berita ini.”

Apabila mendengar berita tersebut, mereka semua gelisah. Ada sesetengah mereka gembira kerana sifat dengki dan cemburu mereka terhadap Amin. 

Amin di rumah dengan perasaan bosannya membuatnya dia lapar setiap kali. Selepas makan tidur, makan tidur. Membuat Amin berasa malas. Selepas sembuh, dia tidak mahu datang ke kelabnya lagi kerana sifat malasnya. 

Ibu Amin berasa marah. “Amin! Esok kamu akan bertanding dengan sekolah lain. Kenapa kamu berasa malas untuk keluar rumah? Selalu tonton TV sahaja, geram ibu!” kata ibunya dengan perasaan yang sangat marah. 

“Tak naklah, ibu. Amin rasa malaslah.

Ibunya memandang dengan perasaan geram sekali lalu ibunya meninggalkannya dalam keadaan baring seperti seorang yang pemalas. 

*****

Hari perlawanan pun bermula. Amin masih berada di dalam biliknya dan tidur dengan lena. Ibunya menegejut Amin, tetapi Amin langsung tak bangun. Akhirnya pada pukul 9.00 pagi, Amin pun bangun. Ibu bapanya menyuruh Amin bersiap untuk perlawanan bola sepak. Amin pun bersiap.

Apabila semua sudah bersiap ,mereka pun bertolak ke padang bola. Amin sangat terkejut apabila melihat mata yang ada di papan tersebut. Amin berlari dengan pantas dan menegur pengurusnya untuk memasuki perlawanan tersebut. Amin pun memasuki perlawanan tersebut. 

Selepas masa tamat, mata mereka seri. Mereka harus melakukan free kick. Amin pun mencuba. Selepas mereka selasai melakukan free kick, pengadil mengumumkan pemenangnya.

“Baiklah, saya akan umumkan pemenangnya. Kelab Kaki Bola berjaya mendapat tiga mata daripada lima mata. Sekolah Seri Meluat mendapat dua daripada lima mata jadi ia menunjukkan Kelab Kaki Bola berjaya dan memenangi pertarungan ini!” 

“Yeah! Kita Berjaya.” Seorang daripada ahli kelabnya menjerit. 

Kini Amin sedar dan berjanji menjadi pemain Malaysia yang terkenal pada masa yang akan datang.

                                                                                                                 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: