Certot

Kakak Di Mana?

Hasil nukilan Naufal 5 B 2 years agoFiksyen 28

Aku Lala. Aku sekarang berumur 13 tahun, tapi di mana kakak lama aku? Dahulu mak aku kata, kakak aku belajar di luar negara iaitu di Perancis. Aku bernekad untuk berjumpa dengan kakak. Jadinya, pasal benda itu aku lebih sanggup tak makan dan rela simpan duit sampai aku asyik kena marah dengan ibu sebab tak makan.

“Lala kamu di mana? Nak main sorok-sorok. Ya, nanti kakak dapat, kakak pula yang menyorok pula. Baik, kamu hati-hati sebelum kakak jumpa kamu.”

“Jumpa pun kamu! Di sini rupanya kamu. Kamu tahu tidak di sini ada banyak haiwan liar. Ada harimau. Nanti dia akan makan kamu. Dia akan jadikan menu sup Lala yang paling sedap di dunia.”

“Lala… Lia… mari kita balik. Sudah maghrib. Tidak elok jika masih bermain jauh-jauh, disorok nanti, kena sorok jin. Sudahlah… mari kita balik. Kamu boleh main di sini jika ada waktu yang lapang.”

*****

Suatu hari, kakak asyik kena marah dengan ibu sebab asyik leka bermain sampaikan kakak langsung tidak pernah memperoleh keputusan yang baik.

“Lia, cuba kamu fikir masak-masak apa yang akan kamu kerja di masa hadapan nanti? Kamu mahu jadi apa? Orang kutip sampah ataupun pengemis, lagi-lagi pekebun. Jika kamu tidak lulus peperiksaan, begitulah jadinya nanti.”

Selepas itu, kakak tak pernah bermain denganku sebab nak ulang kaji dan kakak sekarang berubah. Dia asyik belajar dan jarang bermain denganku.

“Kakak, mari kita bermain di taman. Saya nak bermain gelongsor dan buaian. Saya dah bosan main dengan patung Barbie. Bukan dia boleh bercakap dengan kita dan boleh membawa saya keluar dan bermain.

“Tidak boleh! Sekalipun kamu kena fokus. Umur kamu sekarang lapan tahun. Cubalah kamu fokus sikit, nanti cita-cita kamu nak jadi apa?”

*****

Pada suatu hari, kakak menerima pakej belajar di Paris, Perancis.

“Kakak, marilah bermain.”

Tiba-tiba aku kena langgar dan koma.

Barulah kakak datang untuk berjumpa aku. Dia amat menyesal kerana tidak pernah ambil tahu tentangku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: