Certot

Kakak

Hasil nukilan Zureen 1 year agoFiksyen

Nama aku Zana. Aku anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.  Muka aku sahaja menunjukkan aku ini nampak baik, tetapi sebenarnya aku ini nakal. Walaupun aku 11 tahun, tetapi aku belum matang. 

Kisah inilah yang paling aku menyesal, iaitu semasa ramadan. Bulan puasa hari pertama tahun ini.

“Zana, bangun sahur.” Ziana iaitu kakak  sulung aku memanggil aku untuk sahur.

“Nantilah. Penat ini,” jawab aku.

“Baiklah.” Kakak Ziana terus turun ke bawah untuk bersahur.

Aku mencuci muka aku dan turun ke bawah untuk bersahur.

“Apa ini?” Aku bertanya kakak aku apakah makanan di atas meja. 

“Ibu dan ayah pergi Mekah. Jadi, ini sahaja yang boleh kakak sediakan,” jawab kakak Ziana dengan muka gelisah kerana takut adik-adiknya akan kelaparan.

Aku terus makan tanpa membaca doa makan.

Aku kembali ke bilik dan merungut.

“Uish! Kakak Ziana,  Ezira, dan Nabella memang malas! Kenapa hanya sediakan mi goreng sahaja dan bukannya nasi goreng special emak?”

” Zana.” Kakak Ezira duduk di katil aku dan cuba menenangkan aku.

“Kakak Ziana, Ezira, dan Nabella tidak pandai memasak, tetapi kami sedaya upaya untuk memasak walaupun kami tidak pandai. Kami minta sedikit pertolongan daripada pembantu rumah.”

“Erm… yalah! Pergilah tidur!” Aku memang kurang ajar dengan kakak-kakak aku.

*****

9.00 pagi.

“Aduh. Aku lupa isi kredit telefon!” Aku cepat cepat ke kedai telefon untuk isi kredit. Aku perlu lalu jalan raya. Semasa aku lalu jalan raya, ada sebuah lori laju memandu di jalan raya. Aku sudah ketakutan di jalan raya.

“Zana!” Kakak Ziana sanggup menyelamatkan aku daripada dilanggar oleh lori. Kakak Ziana yang terkena dan bukan aku.

“Kakak!” jerit aku.

 Kakak Ezira dan Nabella menenangkan aku.

Kakak Ziana sudah dihantar ke hospital dan aku setia menunggu kakak Ziana sampai dia sedar.

Sejak itu, aku tidak lagi menjadi nakal.

Aku bersyukur kerana kakak aku masih ada. Kakak Ziana semakin hari semakin pulih. Aku meminta maaf dengan kakak dan aku masih ingin meminta maaf kepada kakak-kakak aku sewaktu hari raya  nanti. Aku sedar aku diuji oleh Tuhan. Aku masih rasa menyesal kerana aku cederakan kakak aku. Aku juga sudah mula sembahyang dan aku sudah matang.

Sayangilah adik-beradik sebelum mereka tiada.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: