Certot

Kafe Itu

Hasil nukilan Akmal 2 years agoFiksyen 13

   Zhaqif beberapa kali menguap. Kira-kira sudah 10 kali menguap sambil menonton tutorial di laman Youtube bagi memberi inspirasi membuat kek.

  “Agh! Tidak ada hasil pun!” jerit Zhaqif sendirian. Sebenarnya dia mahu belajar membuat kek kerana ibunya mahu membuka kafenya sendiri.

   Kedai itu sudah disiapkan sepenuhnya, cuma kek yang tidak ada lagi. Masih kosong, kosong, dan kosong. Zhaqif menutup komputer riba dengan kasar lalu melompat ke atas katil ala-ala ahli perenang negara.

  ‘Bagaimana mahu cari inspirasi ini?’ Persoalan itu selalu bermain otak fikirannya. Esok adalah hari penting kerana dia perlu bersaing dengan Zafli, sepupunya yang pandai segala hal. Dia bersikap ego dan pentingkan diri sendiri. Di depan ibunya di buat baik sahaja. Tapi, di depan Zhaqif, dia layan macam sampah. Geramnya!

Rasa mahu cili saja mulut dia itu. Namun, apakan daya, dia tidak mampu. Namun, dia harus buktikan yang dia mampu lakukan lebih baik daripada Zafli itu.

Ah… banyak lagi cara mahu dapatkan inspirasi dan tip-tip membuat kek lebih menarik! Zhaqif ternampak majalah-majalah bertimbun di dalam raga di ruang tamu. Ibunya, Puan Zairienah sedang menjahit manakala kakaknya, Alia pula leka membaca buku sehingga terlena  di atas sofa.

Dia segera turun ke bawah dan mencari majalah masakan itu. Dia bernasib baik kerana majalah itu masih berada di tempat asalnya. Pada hari Ahad, biasanya Puan Zairienah akan sedekahkan majalah itu kerana terlalu banyak sehingga terlebih muatan!

Zhaqif membelek majalah masakan satu per satu. Nampaknya dia perlu membaca banyak lagi kerana tidak ada satu pun majalah yang sesuai. Kek keju cinta, kek bunga ros, kek kasih sayang, dan banyak lagi resipi kek pelik!

                                              *****

Keesokan harinya, di kafe itu, kedua-duanya datang serentak. Zhaqif dan Zafli memasuki ke dalam kafe itu dengan bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat kek pilihan.

“Hei, Zhaqif! Sudah bersedia untuk kalah?” tanya Zafli sambil mengangkat kening kanan. Dia tahu, setiap pertandingan yang diadakan pastilah dia juaranya!

Zhaqif hanya diam. Dia perlu tenangkan fikiran dan hafal resipi yang dipilihnya kelmarin. Dia yakin yang dia boleh menang. Kalau kalah, habislah kafe itu jatuh ke tangan Zafli. Ah, tidak mungkin!

Mereka duduk di atas kerusi yang disediakan. Bahan-bahan untuk memasak kek diletakkan di atas meja.

“Baiklah, pada pagi yang cerah ini kita akan mulakan pertandingan. Zhaqif, Zafli, pergi sediakan bahan sebelum kita mulakan pertandingan ini,” ucap Zairienah dengan penuh bersemangat. Dia rasa tidak sabar untuk mulakan pertandingan ini.

Zhaqif menyusun bahan-bahan untuk digunakan nanti. Insya Allah, pasti dia menang! Zafli pula leka selfie dan terus upload di Facebook.

“Semua sudah bersedia? Mula!” Jerit Zairienah. Serta-merta Zhaqif dan Zafli membuat kek dengan pantas. Masa yang diberi tidaklah terlalu panjang dan perlu cepat siap!

                                                    *****

Masa sudah tamat, semua juri bersedia duduk di kerusi. Zhaqif dan Zafli berdiri tegak lalu menghulurkan kek yang disiapkan tadi.

“Zhaqif… kek kamu boleh tahan sedapnya, tetapi rasa sedikit masin.”

“Zafli, kek kamu sedap dan mengenyangkan.”

“Di tangan saya ini terdapat keputusan para juri. Pemenangnya ialah Muhammad Zafli bin Muhammad Azli!” jerit Zairienah sekuat hati.

Para juri, Zairienah dan Zhaqif bertepuk tangan kegembiraan. Zafli tersenyum. Dia sudah agak, pasti dialah juaranya!

Setelah semuanya selesai, Zalif mengangkat beg-beg. Esok bolehlah dia meletakkan nama baru untuk kafe itu.

Tiba-tiba Zalif tergelincir jatuh dan habis bahan-bahannya berterabur di atas lantai. Zhaqif melihat semua bahan-bahan itu masih tidak digunakan. Mustahil!

Sebenarnya, Zalif telah tipu. Kek yang telah siap kelmarin dibawa, manakala bahan-bahan yang dibawa hanyalah mengaburi mata orang lain.

Secara sahnya, Zhaqiflah yang menjadi tauke kepada kafe itu. Semua pertandingan yang dijalankan, Zalif menipu sebenarnya!

Zalif telah mengaku dan meminta maaf kepada Zhaqif. Akhirnya, mereka menjadi sahabat selamanya!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: