Certot

Just Best Friend

Hasil nukilan Dafishaz 2 years agoFiksyen 31

Panas terik petang ini tidak sepanas hati Kris yang membara. Sejam menunggu sudah cukup membuatkan dirinya terasa seperti dipermainkan. ‘Adudu ni kan! Elok-elok mood aku nak teman dia, dia boleh pula buat aku macam ni. Siap dia!’ gumam hati Kris. Setelah puas menunggu, Kris mengambil keputusan untuk beredar. 

“Kris! Kris! Kristina!” 

Belum sempat mencapai handle basikalnya, dia terdengar seperti seseorang memanggil namanya. Kris memalingkan wajah untuk melihat gerangan yang telah membantutkan hasratnya untuk beredar. ‘Sampai pun. Ingatkan kemalangan tadi tak sampai-sampai.’

“Baru sampai? Kau janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa? Ingatkan ada amnesia tadi, lupa jalan datang sini,” balas Kris sinis bertujuan untuk menyindir si manusia yang digelar Adudu itu. 

Jejaka yang digelar Adudu itu bernama Adam Sun Hyun, jejaka kacukan Melayu-Korea yang berumur 17 tahun. 

Dia dan Kristina atau lebih dikenali sebagai Kris, merupakan rakan sekelas di SMK Dato’ Sheikh Ibrahim. Mereka berkongsi hobi yang sama iaitu berbasikal. Petang itu Kris sudah berjanji untuk menemankan Adam pergi Dewan Taman Cahaya Alam untuk mendaftar sebagai peserta Ride Challenge 2015. Alih-alih dia juga diheret untuk menyertainya juga. Terpaksalah dia menerimanya. 

“Maaflah. Tadi saya tertidur. Alih-alih sudah jam 5.00 petang. Maaf, ya,” Adam menjelaskan sebab dia terlewat sambil tersenyum manis. 

“Yalah. Jadi, bila kau nak pergi mendaftar ni? Esok atau tahun depan?” ujar Kris dengan muka selamba. 

“Mari. Nanti terlewat sampai tidak sempat hendak mendaftar pula.”

*****

Kris dan Adam menghirup air minuman masing-masing bagi menghilangkan dahaga di Restoran Secret Recipe. Nasib baiklah mereka sempat mendaftar. Jika tidak, tunggu tahun depanlah jawabnya. 

“Kris, basikal kau dah upgrade?” 

Soalan Adam dijawab dengan anggukan oleh Kris.

*****

Dewan Taman Cahaya Alam.

Selepas seminggu menunggu, pertandingan dimulakan dengan acara berbasikal perempuan bawah 30 tahun. Kris sudah bersiap sedia di garis permulaan. Nampaknya dialah yang paling muda memandangkan umurnya baru 17 tahun. Namun itu tidak sesekali mematahkan semangat Kris. 

Hon yang berbunyi menandakan pertandingan sudah bermula. Kris mengayuh sekuat tenaga. Dia hanya berjaya menggondol tempat kedua. Namun dia tidak sesekali berasa kecewa memandangkan wanita yang berjaya mengalahkannya itu berusia 27 tahun. 

Selesai mengayuh basikal kategori wanita, kini kategori lelaki pula menyusul. Namun tidak disangka Adam berjaya menggondol gelaran juara pada tahun ini.

*****

Kris menampakkan wajahnya di muka pintu ketika cahaya merah langit pudar dan mula bertaut dengan kegelapan. Disimpan basikalnya di dalam garaj. Setelah memberi salam dan menanggalkan kasut, dia menuju ke bilik air sebelum ke meja makan seterusnya terus menuju ke bilik tidur. Letih barangkali kerana terlibat dengan aktiviti lasak seharian yang langsung tidak kenal erti penat.

*****

Semasa Adam dan Kris sibuk menelaah pelajaran Kimia bersama, Raju dan Asyikin menuju ke arah mereka tanpa mereka sedari. Asyikin menghempap buku ke atas meja Kris membuatkan Kris terkejut. Lantas terbaling buku Kimia yang beratus muka surat itu ke arah Adam. Ops. 

“Aduh.” Adam menyeringai kesakitan. Jejaka kacukan Melayu Korea itu yang langsung tiada salahnya pula terkena.

“Erk, maaf Adam. Terbaling. Kau ni Asyikin. Bukan nak reti bagi salam. Kau tengok. Tak memasal buku ni ‘cium’ muka Adam,” Kris melampiaskan ketidakpuasan hatinya kepada Asyikin pula. 

“Eh. Sudah sudah. Sampai bila pun tak habis kalau kau berdua yang bergaduh? Ha Raju, Syikin apahal cari kami?” soal Adam pula. Adam dan Kris memandang Raju dan Asyikin silih berganti.

“Kami cuma nak tanya. Kamu berdua memang ada hubungankah? Yalah nampak macam rapat more than friend,” balas Raju memulakan bicara. Asyikin hanya mengangguk mengiakan. 

“Kami berdua? More than friend? Nope. Never. Just bestfriend,” ujar Adam Sun Hyun dan Kristina Alisa serentak.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: