Certot

JUARA OLAHRAGA

Hasil nukilan syakirah 2 years agoSukan 20

Selesai sahaja makan pagi dia bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Dania terus pergi ke sekolah.

           

Sampai sahaja di sekolah, Dania dan kawan-kawannya pergi bersiar-siar mengelilingi sekolah mereka. Sambil mereka berjalan, Dania selalu terdengar ramai orang menyebut “juara olahraga!” itulah perkataan yang sering didengari ditelinganya.

Dia tertanya-tanya mengapa ramai yang ingin menjadi “juara olahraga” padahal dia tidak pernah berfikir untuk menjadi juara olahraga. Tetapi dalam hatinya dia ingin menjadi “juara olahraga”.

Selepas seminggu…..

Sekolahnya telah mengadakan pemilihan untuk mencari olahraga sekolahnya. Dania berfikir adakah dia ingin menyertainya.

Tiba-tiba kawannya menghampirinya dengan senyap-senyap lalu Dania melatah “opocot mak kau.” Kawannya pun tergelak.

Suraya bertanya kepada Dania, “Adakah awak ingin menyertai olahraga tersebut. Kalau awak ingin menyertainya jomlah kita sertai bersama.”

Selepas pulang dari sekolah, Dania dan Suraya menghadiri kelas latihan pada tiap-tiap petang. Tetapi latihan itu adalah terhad. Kalau mereka terlambat, mereka tidak boleh menyertainya. Itulah syaratnya yang telah ditetapkan oleh jurulatih mereka. Dania dan Suraya tidak pernah akur akan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Dua minggu berlalu….

Kelas latihan pun berakhir. Dia berharap agar dia terpilih dalam olahraga itu.

Satu bulan kemudian….

Akhirnya keputusan olahraga yang terpilih untuk mewakili sekolah mereka telah diumumkan antaranya Dania dan Suraya. Mereka berasa terkejut kerana mereka telah terpilih. Dania dan suraya bangga dengan diri mereka. Tidak salah mereka membuat pilihan dengan menghadiri kelas latihan sebelum ni.

Seminggu selepas satu bulan….

Hari perlawanan tersebut telah diadakan wakil daripada SKTTDI iaitu Dania dan Suraya bersungguh-sungguh bertanding. Akhirnya, keputusan perlawan tersebut telah diumumkan. Dania ialah pemain yang paling terbaik dalam perlawanan mereka. Maka dialah dinobat sebagai juara olahraga.

Tapi hasratnya untuk masuk ke sekolah sukan tidak kesampaiaan.  Suraya bertanya, “Mengapa kamu ingin masuk ke sekolah sukan?” Walaupun dia susah tetapi dania berusaha untuk masuk ke sekolah tersebut.

Selepas setahun….

Dania mendapat tawaran ke sekolah sukan untuk mencapai hasratnya yang tinggi.

Setelah masuk ke sekolah sukan itu, Dania digelar sebagai “juara olahraga”.

           

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: