Certot

Jasa guru

Hasil nukilan LIN HADHIRA 3 years agoFiksyen 43

Lagu yang didendangkan sungguh menyayat hatiku. Tanpa kusedari air mataku mengalir dengan deras apabila melihat wajah anak muridku. Hari ini mereka akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sebelum kesemua murid menuju ke dewan sekolah, upacara bersalam dengan guru diadakan untuk memohon restu.

“Cikgu, saya minta maaf. Tolong doakan saya ya,” kata Azra. Dia adalah satu-satunya murid tahun enam di Sekolah Aman Jaya yang kehilangan bapa kesayangan. 

“Ya sayang, jangan risau. Seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan kamu dan rakan yang lain,” ujarku. Lantas aku memeluk Azra.

 Selesai upacara itu semua murid menuju ke dewan untuk menduduki peperiksaan UPSR. Aku berdoa agar kesemua murid dapat menjawab dengan tepat. Alangkah bahagianya hati seorang guru apabila anak muridnya memberikan fokus yang tinggi dan mendapat 5A dalam UPSR kali ini.

“Diminta Puan Zarin untuk meberikan ucapan,” ujar Encik Fairus.

Aku tersedar dari lamunanku apabila mendengar namaku disebut. Aku segera naik ke atas pentas untuk memberikan ucapan. Mikrofon di tanganku digenggam dengan kuat.

“Cikgu harap kamu semua dapat memberikan keputusan yang terbaik dalam UPSR tahun ini. Buatlah dengan bersungguh-sungguh untuk memblas jasa guru-guru kamu.”

Air mataku mengalir dengan perlahan ketika mengungkapkan kata-kata tersebut.

**********

Dua bulan kemudian…..

Aku menghembus nafas lega. Sekarang keputusan UPSR sudah berada di tangan guru besar. Kesemua murid tahun enam berada di dalam dewan bersama ibu bapa untuk mendengar keputusan.

Pelajar yang mendapat 5A ialah….

Nur Azra binti Ahmad. Aku bertepuk kegembiraan bersama guru-guru yang lain. Setelah semua nama diumumkan, aku mengucapkan syabas kepada murid yang mendapat 5A dalam UPSR tahun ini. Perasaanku saat itu tidak dapat ditahan lagi. Aku segera memeluk anak-anak muridku yang berada di hadapanku.

Alhamdullillah! Seramai 33 orang murid mendapat 5A. Aku berasa bangga dan terharu sebagai seorang pendidik. 

“Guru ibarat lilin yang terang.” Itulah kata-kata yang sering aku ucapkan kepada anak muridku.

“Terima kasih, cikgu!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: