Certot

Janji Tidak Ditepati

Hasil nukilan aleeyakhadijah 2 years agoSuperhero 9

       

      “Selamat hari jadi.”

      Suara nyanyian itu bergema di dalam rumah banglo itu. Tuan suara itu adalah milik pembantu rumah yang bernama Cik Aina dan Cik Aini. Mereka adalah kembar dan berumur lebih kurang 25 tahun. Beza aku dengan mereka adalah 11 tahun sahaja.

      Hari ini adalah hari kelahiran aku yang ke-12 tahun. Hari jadi aku pada tahun ini sama seperti hari jadi aku pada tahun lepas. Tiada belon, tiada kawan yang hadir, dan paling penting tiada mama dan papaku. Hari ini adalah hari yang tidak bermakna bagi aku. Aku berasa sangat kekosongan.

      Mama dan papaku sentiasa tiada di rumah. Papaku mempunyai syarikat yamg terkemuka di Malaysia dan mamaku adalah personal assistant kepada papa aku. Mereka mestilah kena menyelesaikan urusan mereka. Aku sedaya upaya untuk memahami keadaan mereka. Hanya Cik Aina dan Cik Aini yang menemani aku di rumah.

        “Ehh, tiuplah Cik Aisyah,” Cik Aina mengejutkan aku yang sedang mengalamun. 

Aku meniup lilin dan melemparkan senyuman tawar kepada mereka. Mereka juga cuba menggembirakan hati aku tetapi aku mahu mama dan papa aku ada di sisi aku.

        Selepas aku makan kek itu, aku terus masuk ke dalam bilik dan membuka komputer kesayangan aku. Aku menghabiskan masa aku dengan melayan Facebook dan Instagram sahaja.

*****

        Pada tiga minggu selepas hari jadi aku, mama dan papaku baru sahaja pulang ke rumah. Aku berasa tidak gembira walaupun mereka sudah pulang kerana mereka sudah mungkir janji untuk menyambut hari jadi aku bersama keluarga.

          Selepas aku bersalaman dengan mama dan papaku, aku terus berkurung di dalam bilik aku. Aku tidak mahu bertegur dengan sesiapa pun pada hari itu.

*****

        Pada pagi yang indah sekali, aku terbangun apabila aku dikejutkan oleh bunyi jam loceng yang sangat memekik. Aku terus masuk ke bilik air dengan segera.

        Apabila aku selesai memakai tudung, aku turun ke bawah untuk mengambil sarapan yang telah disediakan oleh pembantu rumahku.

      Aku mengambil sekeping roti bakar bersama dengan segelas air susu. Mama dan papaku turun ke bawah untuk bersarapan juga.

    Apabila aku terlihat kelibat mama dan papaku, aku terus bergegas keluar untuk memakai kasut dan menunggu pemandu kereta papaku.

    “Aisyah. Jom kita sarapan bersama-sama,” jemput mama aku.

Aku tidak peduli dengan ajakan mamaku. Aku terus masuk ke dalam kereta.

    “Sabarlah sayang. Mungkin dia tidak berpuas hati dengan kita,” papa aku memujuk mamaku. Mama aku menahan kesedihan.

*****

    Ring!

      Bunyi loceng Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi sudah berbunyi. Itu menunjukkan semua pelajar dilepaskan untuk pulang ke rumah.

      Aku seperti biasa duduk di hadapan pagar sekolah menunggu pemandu kereta papaku. Rakan-rakanku sudah pulang bersama ibu bapa mereka. Pada masa itu, aku bersama beberapa pelajar yang belum pulang hanya menunggu sahaja di hadapan pagar sekolah.

      Matahari yang sangat terik pada tengah hari itu membuatkan aku dahaga dan letih. Aku memeriksa duit belanjaku. Di dalam dompetku hanya ada RM2 sahaja. Aku hanya mampu membeli aiskrim sahaja. Aku mengambil keputusan untuk membeli aiskrim di seberang jalan.

      Ketika aku berada di tepi jalan, aku tidak nampak kelibat pengawal keselamatan. Memandangkan tiada pengawal keselamatan, aku mencuba untuk melintas jalan dengan berhati-hati. Aku memandang ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada kereta di jalan itu.

      Ketika aku berada di tengah jalan, tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju ke arah aku. Ketika itu, aku tidak boleh bergerak. Ketika kereta itu semakin hampir dengan aku. Tiba-tiba ada seorang lelaki menghalang kereta itu. Semua sudah terlambat. Kereta itu semakin hampir dan semakin hampir dengan kami lalu melanggar lelaki yang menyelamatkan aku itu.

      Aku membuka mata lalu terkejut apabila lelaki yamg menyelamatkan aku adalah papaku. Papaku berlumuran darah dan tidak sedar diri. Tiba-tiba aku berasa sangat berat untuk untuk membuka mataku lalu pandangan aku menjadi gelap dan semakin gelap.

*****

    “Sayang, bangun sayang. Ini mama.” Aku tterdengar suara mamaku mengejutkan aku. Aku cuba membuka mataku.

      “Mama, di mana kita sekarang ini?” aku bertanya kepada mamaku.

        “Di hospital, sayang,” kata mamaku. Aku melilau di sana sini mencari kelibat papaku.

      “Mama, papa sekarang di mana?” 

Mama aku cuba menahan dan menyembunyikan kesedihan. “Papa sekarang di wad ICU. Nanti papa akan pulih semula.” Mama aku memberi senyuman kepadaku. Senyuman itu bukan senyuman kegembiraan. Senyuman itu adalah menandakan ada sesuatu terjadi kepada papaku.

    “Kita sama-sama berdoa agar papa kamu pulih semula.” Kata-kata itu adalah penawar kesedihan aku. Aku menahan sebak lalu aku berdoa kepada Allah supaya papaku sihat semula.

*****

      Dua bulan telah berlalu. Aaku dan keluargaku telah berbaik semula.

      “Papa, bagaimana papa ada masa kejadian itu? Bukan papa perlu pergi ke Korea untuk menguruskan syarikat papa?” aku bertanya kepada papaku. Aku berasa keliru dan aku tertanya bagaimana papa ada masa kejadian itu? Sampai sekarang aku tidak tahu jawapan daripada papaku.

      “Sebenarnya, mama dan papa mahu membuat kejutan hari jadi kamu pada hari itu. Papa sengaja ambil lewat supaya kamu terkejut, tetapi kami tidak dapat menunaikan permintaan kamu. Papa tidak sangka kejutan hari jadi kamu merupakan kejutan yang paling menyedihkan kepada kamu. Kami meminta maaf kerana kami tidak dapat menunaikan permintaan kamu,” jawab papa dengan panjang lebarnya.

    Sekarang aku baru faham, ada hikmah sebalik kejadian itu. Pengorbanan seseorang papa tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Papaku adalah superheroku selama-lamanya!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: