Certot

JANJI FAHMI

Hasil nukilan fiqaamin 3 years agoFiksyen 30

Fahmi ialah seorang murid tahun empat. Dia mempunyai seorang kakak bernama Fatin. Mereka sering dianggap berbeza. Fatin ialah seorang yang rajin dan selalu mendapat tempat pertama di dalam kelas, manakala Fahmi bersikap sebaliknya.

“Fahmi, cubalah contohi kakak kamu.’’ Terngiang-ngiang ayat itu di fikiran Fahmi.

Sudah berbelas kali ibu mengingatkan Fahmi, tetapi dia tetap berdegil.

“Fahmi, buatlah kerja sekolah. Jangan duduk diam sahaja,” marah ibu.

Fahmi hanya menutup telinga, malas mahu mendengar leteran ibunya. Fahmi berlari ke biliknya lalu mengambil sehelai kertas berwarna merah. Fahmi membuat origami sambil merungut tentang nasibnya. Kelihatan beberapa origami yang berwarna-warni bertaburan di lantai. Fahmi sering menganggap ibu dan ayah lebih menyayangi kakaknya daripada dirinya. Perasaan cemburu menyelubunginya.

“Boleh kakak masuk?” Fahmi hanya mendiamkan diri.

Tombol pintu dipulas kemas. Fatin memandang sayu adiknya. Sudah beberapa hari mereka tidak bercakap. Ayah mereka pula terpaksa ke luar negara atas urusan kerja. Ibu mereka hanya seorang suri rumah tangga.

“Boleh Fahmi janji dengan kakak?”

“Janji apa?”

“Janji dengan kakak yang Fahmi akan bersungguh-sungguh dalam membuat kerja.”

Fahmi hanya berdiam diri sambil memikirkan apa yang dikatakakan oleh kakaknya sebentar tadi.

“Kakak nak Fahmi berjaya macam kakak. Kakak harap Fahmi boleh tunaikan janji kakak,” kata Fatin lalu keluar dari bilik adiknya.

“Kakak… kakak… mana kakak ni?” kata Fahmi bingung.

Fahmi ingin bertanya pada ibunya, tetapi Fahmi berasa malu kerana apa yang dilakukannya tadi.

“Kakak keluar tadi,” jawab ibu yang mendengar pertanyaan Fahmi.

Telefon di ruang tamu berbunyi. Ibu segera berlari untuk menjawab panggilan tersebut. Tiba-tiba Fahmi terdengar bunyi sesuatu jatuh. Fahmi bergegas ke ruang tamu untuk mendapatkan ibunya.

”Ibu!” jerit Fahmi apabila gagang telefon yang dipegang ibu terjatuh dari tangannya.

“Ibu… kenapa?” tanya Fahmi cemas.

“Kakak terlibat dalam satu kemalangan dan sekarang dia dirawat di hospital,” jawab ibu dalam keadaan sebak.

Fahmi tergaman apabila mendengar jawapan ibu. Dia tidak menyangka kakak yang yang dicemburuinya itu kini di berada hospital. Ibu pantas mengambil kunci kereta dan terus memecut ke hospital. Setibanya di hospital, Fahmi dan ibunya menunggu di luar. Seorang doktor perempuan keluar dari bilik kakaknya.

“Doktor, macam mana keadaan kakak saya?” tanya Fahmi.

“Kakak kamu baik-baik sahaja. Cuma sekarang dia masih koma,” jawab doktor itu.

Fahmi dan ibu menghembus nafas kelegaan. Sejak hari itu, Fahmi berazam akan menunaikan janji pada kakaknya walaupun kakaknya masih lagi dalam keadaan koma.

Setiap hari selepas mengulang kaji di biliknya, Fahmi akan mendoakan agar kakaknya sedar daripada koma supaya dia boleh melihat kegembiraan kakaknya lagi. Ibu yang lalu di depan bilik Fahmi hanya tersenyum melihat perubahan anaknya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: