Certot

Janji Ayah

Hasil nukilan Syakirah 2 years agoSuperhero

Hai, semua! Nama saya Anis! Saya mempunyai seorang ayah yang hebat kerana ayah saya mampu mengalahkan semua superhero di televisyen. Semasa saya berumur satu tahun, ayah saya memberitahu bahawa saya menghidap penyakit ketumbuhan di otak. Ayah saya juga memberitahu bahawa jika saya dapat melawan kesakitan di kepala saya, ayah saya akan membawa saya melancong ke Korea!

Semasa saya berumur dua tahun pula, ibu saya meninggal akibat kemalangan. Saya berasa sangat sedih dan tiada semangat. Pada ketika itu, ayah saya tetap memujuk dan memberi kata semangat buat saya.

 “Nis, walaupun Nis sudah kehilangan seorang ibu untuk mengadu, Nis tetap ada ayah,kan? ” Encik Solihin cuba mengembalikan semangat kepada Anis.

Sehingga pada suatu hari, saya menjalani pembedahan di kepala. Setelah membuka mata, saya ternampak seorang lelaki yang seperti berusia 40-an. Pada saat itu, saya tidak dapat mengingati apa-apa yang pernah saya ketahui sebelum itu.

“Pak cik… pak cik ini siapa, ya?” tanya saya kepada lelaki itu.

“Nis? Nis langsung tidak kenal ayah?” tanya lelaki itu.

Tiba-tiba seorang doktor menghampiri lelaki tersebut.

“Encik, maafkan saya. Anak encik mengalami masalah ingatan,” jelas doktor kepada lelaki tersebut.

Setelah keluar dari hospital, lelaki itu membawa saya ke rumahnya. Lelaki yang juga dikenali sebagai ayah saya itu menjaga saya dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Ayah saya juga sanggup berhenti kerja demi memelihara saya. Yang paling mengharukan, ayah saya berjanji akan menjaga saya sehingga akhir hayatnya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: