Certot

JANGAN PERGI ANAKKU

Hasil nukilan MUHAMMAD HAZIM AZZAM BIN AZZAM 3 years agoFantasi 48

 “ Wo… woo… woo… balik kampung, balik kampung hati riang!” Nyanyian Allahyarham Sudirman itu beralun merdu di dalam kereta Proton Saga milik Encik Ashraf dan Puan Aisyah. Anak-anak mereka sangat gembira kerana pada hari itu ialah hari yang istimewa buat anak sulungnya yang bernama Alia dengan usianya yang baru mencecah 15 tahun. Sempena sambutan hari lahir anaknya, mereka merancang untuk menyambut bersama neneknya yang agak berusia di kampung.

  Manusia hanya merancang dengan sebaik mungkin, tetapi Allah yang menentukan apa yang berlaku. Setelah hampir sejam perjalanan mereka, tiba-tiba Encik Ashraf merasakan ada satu pantulan cahaya yang amat menyilaukan matanya sehingga kereta yang dipandunya hilang kawalan. 

Setelah dia merasakan cahaya semakin hampir menghampiri kereta yang dipandunya, Puan Aisyah menjerit sekuat hati “Ya Allah!” 

Kereta yang mereka naiki itu hilang kawalan selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak dikenali.

  “Astaghfirullahalazim!” Alia terus terjaga daripada tidurnya. Beliau bermimpi tentang kemalangan lima tahun yang lalu. 

Kemalangan itulah yang membuatkan Alia menghidap penyakit barah otak tahap dua. Disebabkan kemalangan itu jugalah, dia kehilangan ibu serta adik-adiknya. Hanya dia dan ayahnya sahaja yang selamat daripada tragedi itu. Dia sangat bersyukur kerana Allah masih memberinya peluang untuk dia bertaubat atas dosanya yang lalu walaupun dia perlu menghadapi cabaran hidup yang sangat mencabar buat dirinya. Walaupun kejadian itu telah berlalu selama lima tahun, Alia masih dihantui dan trauma dengan kemalangan yang menimpa keluarganya.

    Tok! Tok! Tok! 

Kedengaran seseorang yang sedang mengetuk pintu biliknya. 

“Boleh ayah masuk?” soal Encik Ashraf. 

“Oh ayah, masuklah,” nyahut Alia. 

“Apa yang Alia termenungkan itu? Masih teringatkan lagi tentang kemalangan yang lalu?” soal Encik Ashraf bertalu-talu apabila melihat wajah anaknya yang kelihatan murung. 

“Lia dah cuba lupakan, ayah. Tetapi, Lia tak boleh,” kata Alia dengan hati yang sebak sambil menggunakan nama manja yang biasa digunakan oleh ahli keluarganya. 

“Sabar ye, Lia. Ayah tahu Lia mampu menghadapi semua ini. Allah kan suka orang yang sabar menghadapi ujian,” nasihat ayah kepadanya. 

“Insya Allah Alia mampu menghadapi semua ini. Terima kasih, ayah,” balas Alia sambil memeluk ayahnya.

    “Encik Ashraf, saya mendapati penyakit barah otak yang Alia hadapi itu boleh menjadi lebih parah bila-bila masa sahaja,” ujar Doktor Azri kepada Encik Ashraf. 

Encik Ashraf tergamam apabila mendengar berita itu. Semenjak dua menjak ini. Alia sering merenung ke luar jendela di dalam biliknya. Dia teringat akan kisah silamnya bersama adik dan juga ibunya. 

“Alia rindu kamu semua. Alia nak jumpa kamu semua,” bisik hati Alia dengan mata yang berkaca dan terus minitiskan air mata.

   

Dua bulan kemudian….

  Selepas membuat pemeriksaan, Alia diminta untuk menunggu di bilik itu sambil Alia menunggu keputusan dia teringat untuk mencari ayahnya. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik doktor. Dia menguak pintu tetapi terhenti apabila terdengar suara ayah dan Doktor Azri sedang berbincang tentang kesihatannya. 

“Penyakit Alia sudah semakin bahaya ianya telah meningkat ke tahap tiga,” kata doktor Azri. 

“Adakah Alia boleh diselamatkan?” soal Encik Asyraf dengan keadaan yang amat cemas.

    Doktor Azri mencari Encik Asyraf ketika sudah menjumpainya dia berkata, “Alia perlu menjalani pembedahan sekarang. Kalau tidak dia mungkin tidak dapat diselamatkan.” 

Encik Asyraf terpaksa memberi jawapan walaupun duit tidak mencukupi. “Baiklah tetapi bolehkah saya membayar kosnya lambat sedikit?” soal Encik Asyraf 

“Boleh tapi bukankah ia telah dibayar?” Doktor Azri menyoal kembali.

“Tapi siapa yang membayarnya?” soal Encik Asyraf. 

“Maafkan saya dia ingin dirinya dirahsiakan,” jawab Doktor Azri. 

“Kalau begitu, saya serahkan semua kepada Allah,” balas Encik Ashraf dengan hati yang terbuka.

    Doktor Azri membaca bismillah sebelum memulakan pembedahan. Doktor Azri bertungkus-lumus menyelamatkan Alia. Dalam masa yang sama juga Encik Ashraf memanjatkan doa agar anaknya selamat dalam pembedahan tersebut.

Dua jam kemudian….

    Setelah selesai pembedahan itu, Doktor Azri mengucapkan syukur, dia keluar dari bilik pembedahan. Encik Azri terus bangun dari tempat menunggu, dia terus mendapatkan Doktor Azri. 

“Doktor macam mana keputusannya?” soal Encik Ashraf. “Doktor macam mana keputusannya, Alia selamat atau tidak?” soal Encik Ashraf. Dia hampir menangis tetapi melihat keadaan itu.

Doktor Azri pun menjawab dengan teragak-agak, “Pembedahan itu….” tetapi terhenti di situ.

  Empat bulan kemudian….

  “Kalaulah saya dapat mengundurkan waktu, saya tidak akan membawa awak pergi bersama. Awak telah hilang tetapi tetap ada di hati saya,”kata Encik Ashraf dengan sebak di hadapan kubur isterinya. 

“Ayah, mari kita balik,” kata seorang gadis yang berada di belakang Encik Ashraf iaitu Alia. 

“Baiklah,” jawab Encik Ashraf ringkas. Sejak hari itu mereka hidup bahagia.


*********************

IRDINA NURBALQIS BINTI ABDUL RASHID

12 TAHUN

SEKOLAH ISLAM NUR AL-AZHAR (SINAR)

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: