Certot

JANGAN HINA AYAH AKU

Hasil nukilan Muhammad Adli 2 years agoSuperhero 29

Nama aku Firdaus. Aku tinggal di sebuah kampung. Aku merupakan anak tunggal. Aku sangat membenci ayahku.

Sejak dari kecil lagi, aku sudah dimalukan. Bermula aku dari darjah satu lagi. Ayahku selalu ikut aku ke sekolah walaupun aku memarahinya.

“Ayah kau ada satu tangan je,” kata Haiwan, budak paling aku benci dalam hidup aku.

Aku berasa sungguh sakit hati. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa sakit itu. Dalam seharian, aku dihina dan dikeji.

Balik sahaja ke rumah, aku terus masuk ke bilik. Aku menendang pintu bilikku. Ayah aku melihat perangai aku seburuk itu.

“Daus, kenapa hentak pintu itu? Patah nanti macam mana? Dahlah pintu itu kayu,” kata ayahku.

Setelah menukar pakaian, tiba-tiba aku terdengar sesuatu jatuh

Push!

Aku melihat kearah pintu aku. Aku melihat pintu itu sudah pun patah. Aku hanya tersenyum jahat.

Setelah menukar segala yang ingin aku tukar, aku keluar dari bilik. Ayah aku hanya melihat aku. Aku hanya menjeling tajam ayahku. 

“Daus, jom makan. Ayah dah masak makanan kegemaran kamu,” kata ayahku yang inginkan aku memakan masakannya walaupun sesuap nasi.

‘Tak mahulah, bukan sedap sangat ayah punya masakan,’ aku menyatakan hasrat aku yang terletak di hati.

Aku terus berlalu pergi meninggalkan ayahku. Sampai sahaja di depan muka pintu, aku rasa seperti tanganku ditarik. Aku melihat ayah aku dengan rasa yang marah.

“Kau nak apa lagi. Dahlah kau cacat. Aku benci kau selama-lamanya. Kau banyak menyusahkan aku selama 12 tahun aku hidup,” aku menengking ayah aku. 

Ayah aku memandang aku dengan marah. “Woi, kau anak derhaka. Kau dengar aku bersumpah kau takkan berjaya selama-lamanya,” ayah memarahi aku. Aku memandang ayahku. Aku mengalirkan air mata.

*****

Tepat detik aku mengambil keputusan UPSR. Aku melihat slip yang diberikan oleh Cikgu Sarah, guru kelasku. Di saat itu, aku mengalirkan air mata.

‘Ya Allah, terima kasih kerana kau memberi ku kejayaan,’ kata aku dalam hati.

Aku terus berlari ke rumah untuk mendapatkan ayahku. Sampai sahaja di depan muka pintu, aku melihat seseorang terbaring di tengah-tengah ruang tamu. Aku datang dekat ke arah mayat yang aku kenali. Ketika itu, empangan air mataku pecah. Aku menangis teresak-esak. Ramai melihat aku dengan kebingungan.

‘Ayah, jangan tinggalkan Daus. Daus tahu Daus adalah anak derhaka,’ kata aku dengan teresak-esak.

Tiba-tiba ada insan yang menyentuhku. Aku melihat ke arah insan itu. 

“Ayah, Daus dapat 5A dalam UPSR. Tapi bukan ayah sudah.” Kata-kata aku terhenti.

“Daus, mayat ini bukan ayah tetapi kembar ayah.” Ayah aku tersenyum melihat gelagat aku yang tersalah mayat.

*****

Setelah hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, aku sudah mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki yang dinamakan Asyraf. 

Sedang seronok aku bermain bersama-sama dengan anakku, ayahku memanggilku.

“Ayah mahu memberitahu sesuatu kepada kamu,” kata ayahku. Aku tersenyum menandakan aku ingin mendengar cerita ayahku.

“Sebenarnya, tangan ayah tiada disebabkan ayah menyelamatkan kamu ketika kemalangan. Ayah menolak kamu dan ketika itu, tangan ayah tersepit di tayar sebuah lori. Kalau ayah tidak selamatkan kamu, kemungkinan kamu meninggal. Biar saja ayah menyelamatkan kamu kerana ayah ini dah nak meninggal,” kata ayahku panjang lebar. 

Ketika ayahku memberitahu cerita itu, aku menangis.

Dalam keriangan anak-anakku, tiba-tiba aku melihat ayahku sesak nafas. Aku memanggil isteriku supaya mengambil kunci kereta untuk menghantar ayahku ke hospital. 

Sampai sahaja di hospital, doktor memberitahu bahawa ayahku sudah pun tiada. Ketika itu, aku berasa sungguh menyesal dengan perbuatan aku dulu. Kalau aku dapat datang ke hospital cepat satu minit, pasti ayahku tidak pergi untuk selama-lamanya.

*****

Setelah 10 tahun berlalu, aku masih lagi berasa seperti mimpi. Ketika ditempat kerjaku, ramai mengucapkan takziah kepadaku tetapi hanya seorang sahaja yang menghinaku.

“Kau tak payah nak sedih sangat. Kau dulu yang kata bendul dekat dia. Dahlah cacat, tangan  tiada buat apa nak sedih,” kata Haiqal. 

Kau jangan hina ayah aku. Kau tak layak mahu hina ayah aku. Dia banyak berjasa kepada,” kata aku dengan marah sekali.

Haiqal terdiam. Yang lain semua ketawa. Jangan hina ayah aku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: