Certot

JAM BIRU ...

Hasil nukilan Syahkitty 2 years agoMisteri 20

“Haza, Haza. Macam-macamlah kau ini. Jam kau sudah berlambak, tahu?” Cakap Liazani.

“Zani, aku tahulah. Tapi jam biru ini menawan hatiku,” balas Hazany dengan selamba sambil tersengih-sengih.

“Menawanlah sangat,” sindir Liazani.

“Memang menawan,” balas Hazany.

“Jomlah,lama sudah kita berdiri di sini. Bosan aku,” ajak Liazani.

“Okey, aku ambil jam biru muda ini,” cakap Hazany. Namun, Liazani tidak peduli. Dia menunggu di luar kedai jam itu. Selepas sesi Hazany selesai, Liazana mengajak Hazany untuk pulang ke asrama.

  Ketika mahu pulang ke bilik mereka, Liazani ralit melihat stor sukan yang lama. Ia bagaikan berhantu. Sehinggalah dia ditegur oleh Hazany.

“Zani, kau kenapa? Muka kau macam pucat. Kau penat?” tanya Hazany dengan prihatin.

  *****

  Pada malam yang sunyi sepi….

  Liazani berjalan menuju ke stor sukan yang sudah lama. Dia mahu melihat apa yang berada di dalam stor itu. Kelihatan gerak-geri seorang wanita yang mencurigakan. Alamak! Dia menyedari kehadiran Liazani!

“Kau jangan hendak bising,” ugut wanita itu sambil menusuk lengan Liazani dengan pisau yang tajam.

  Liazani mengerang kesakitan, tetapi mulutnya ditekup dengan kain yang mempunyai cecair yang tidak diketahui. Liazani terkulai lemah. Wanita itu membawa Liazani ke dalam bilik stor yang usang itu. Mata Liazani menangkap tag nama wanita itu dan seorang perempuan. Tag nama itu tertulis Puan Haiza.

  Eh, itu nama guru sains dia! Tetapi, dia tidak mampu berbuat apa kerana matanya terkatup rapat selepas itu. Kelibat wanita itu juga sudah tiada. Bilik sukan usang itu menyaksikan darah yang mengalir dari lengan Liazani.

  *****

“Mana Zani ini? Tiada pun. Mungkin dia balik ke rumah sebab urusan penting,” teka Hazany. 

Ketika waktu rehat, Hazany memakai jam biru yang baru dibelinya itu. Apabila mahu pulang ke bilik asramanya, jam tangan birunya terjatuh di hadapan bilik sukan yang buruk.

  ``Hazany… Hazany…,” bisik satu suara yang amat dikenali Hazany. 

Dia segera membuka pintu sukan yang usang dan buruk itu. Ya Allah! Liazani!

“Zani, kenapa tangan kau berdarah?” tanya Hazany. Paling tidak disangka Hany juga berada di situ tetapi kepalanya dan kakinya berdarah!

“Tolong aku dan Hany…. “Sebelum Liazani habis bercakap, dia sudah pun pitam.

  Hazany memanggil teman-teman seasramanya. Semua teman membantu. Kini mereka semua berkerumun di dalam bilik sakit di asrama. 

Kakak Janiza bertanya, “Mengapa mereka berdua?” 

Semuanya diam kecuali Hazany.

“Tidak tahu. Tetapi saya jumpa mereka berdua di dalam stor sukan lama,” cakap Hazany.

  *****

  Sekarang kedua-dua mangsa sudah sedar. Cuma Hanyni masih penat dan lesu. 

“Saya ditusuk dengan pisau oleh Cikgu Haiza,” ucap Liazani.

“Cikgu kita, bukan?” tanya Hazany.

“Ya!“jerit Liazani.

  Beberapa hari kemudian….

  Di bilik guru besar empat manusia bernafas. 

“Betul, Cikgu Haiza tikam kamu?” tanya guru besar.

“Ya,” jawab Hanyni dan Liazani secara serentak dan sepadu suara.

“Hei, kamu penipu!” tingkah guru itu.

“Diam, Haiza. Kamu sudah terbukti bersalah kerana di dalam laci meja kamu tersimpannya pisau yang mempunyai darah dan kami sudah uji DNA kamu dengan pisau yang berdarah itu.Ia terbukti sama,” terang guru besar itu.

“Puan Laila mana tahu itu bukan saya buat. Tetapi budak ini menyamakan DNA itu dengan saya. Cikgu pasti?” Guru itu masih menegakkan benang basah lagi.

“Haha! Saya main-mainlah, Puan Haiza,” cakap guru besar itu menenangkan jiwa guru itu. “Tetapi rakam kamera litar tertutup jelas membuktikan kamu yang bersalah!” herdik guru besar. Muka guru itu semakin pucat bak ayam berak kapur.

“Ya! Saya mengaku. Kerana ayah dia adalah suami saya suatu masa dahulu!” Kenyataan guru itu memeranjatkan Hanyni. 

“Tetapi awak sebagai guru kena menunjukkan perangai yang baik untuk mendidik!” herdik guru besar lagi.

  ******

  Kini, guru itu sudah dimasukkan ke dalam penjara. Suatu hari, Liazani bertanya kepada Hazany, “Bagaimana awak jumpa saya?”

“Jam biru saya tolong,” balas Hazany.

“Macam mana?” tanya Liazani lagi.

“Saya dengar awak bisik nama saya di hadapan pintu stor sukan lama itu,” balas Hazany. 

“Oh…,” balas Liazani.

                                         

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: