Certot

Iris, Kuda Sukan Legenda

Hasil nukilan M.S. Jieya 2 years agoSukan 14

“Alamak! Coco dah cedera!” teriak Marina setelah ternampak kaki kudanya yang patah. 

“Minta maaf kak. Adik tak sengaja,” jawab adiknya ketakutan. 

“Kesian dia tau! Dan, macam mana kakak nak bertanding lusa?” marah Marina lagi. 

“Erm, K… kakak beli jelah kuda lain,” kata adiknya. 

“Haish, nak buat macam mana dik? Ayah dan ibu tu asyik sibuk je, duit pun tak cukup. Kakak tarik diri jelah,” kata Marina lalu pergi ke arah gunung. 

“Kakak nak pergi mana?” tanya adiknya. 

“Kakak nak pergi ke air terjun jap. Tolong cakap dengan ibu dan papa yang kakak balik malam hari ni,” kata Marina. 

“Malam lagi?” rungut adiknya.

Marina sering berjalan di kawasan pergunungan dan bercakap dengan seorang diri di gua tersembunyi air terjun. Apabila sampai, Marina duduk lalu mula bercakap seorang diri. 

“Haih, macam mana ni? Aku bukan nak menang. Aku cuma nak berseronok naik kuda je. Masalahnya, kalau tak bertanding, mana lagi nak bawak kuda. Ibu dan papa bukannya bagi pun nak bawak Coco datang ke sini.”

Tiba-tiba, dia terdengar sesuatu bunyi dari luar gua. Marina mengintip di penghujung gua dan ternampak seekor kuda putih bermata ungu yang cukup menawan. Kaki kuda itu tersangkut pada daun-daun liar. Marina terus menenangkan kuda itu lalu melepaskan kuda itu daripada daun-daun liar. Kuda itu terus menunduk setia kepada Marina tanda terima kasih. Kemudian, kuda itu pun membuat pergerakkan seperti hendak Marina menaiki kuda itu dan kuda itu berlepas dengan laju. Dengan sepantas kilat, kuda itu membawa Marina pulang ke rumah. 

“Awak nak duduk dengan saya tak?” tanya Marina. 

Kuda itu membuat muka sedikit marah. 

“Ala, bolehlah. Saya nak berseronok kat pertandingan lusa. Awak duduk sini dua malam je. Boleh?” tanya Marina lagi. 

Kuda itu terpaksa mengalah. Dia hanya mengikut Marina ke kandang.

“Selamat pagi Kota Biru! Hari ini, kita telah mengadakan. Pertandingan Lumba Kuda! Hari ini, kita akan tengok, siapa anak-anak kita yang akan digelar, Juara!” kata juruacara majlis.

“Malangnya, hanya ada beberapa orang sahaja yang menyertai iaitu, Liyana dengan kudanya Beauty, Ryan dengan kudanya Astor dan Marina dengan kudanya, I… I.. Iris!” 

Semua orang terpegun melihat Iris iaitu kuda Marina. 

“Eh, itu kuda Legenda Air Terjun!” jerit seorang penonton. 

Ramai orang bersetuju. Marina juga terkejut. 

Hon! 

Pengadil membunyikan hon. Ketiga-tiga perserta mula bergerak dengan laju. Tetapi Iris yang berada di hadapan. 

“Ish, tak guna. Aku kena pastikan aku menang! Laju lagi Beauty!” jerit Liyana. 

Beauty terlalu bengang akan ketuanya. Jadi, kali ini, dia terus berhenti lalu mencampak Liyana ke udara dan terjatuh di atas semak samun. Sekarang, tinggal Marina dan Ryan. Dalam minit terakhir, Iris memecut lebih pantas dari kelajuan bunyi. Akhirnya, merekalah yang digelar juara.

Pertandingan sudah berakhir dan seperti yang sudah dijanjikan, Iris akan pulang semula ke hutan. Tetapi, Iris sentiasa muncul apabila Marina merantau kw hutan air terjun itu. Dan itulah permulaan sebuah lagenda baru di mana Iris, Kuda Lagenda dengan Tuannya Marina.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: