Certot

Instagram

Hasil nukilan Nurin 2 years agoFiksyen 38

Aku Mimy. Aku orang yang paling terkenal di Instagram. Ramai orang memanggil aku Miss Instagram. Aku selalu memuat naik video dan gambar selfie aku. Aku terlalu porpular di Instagram sampaikan orang-orang popular juga menjadi followers aku.

Aku terlalu leka dengan Instagram. Keputusan peperiksaanku semakin teruk. Setiap kali masa berjalan, semakin hampir peperiksaan UPSR. Aku berasa amat bimbang dengan pelajaran aku yang semakin teruk. Aku baru sedar bahawa semua media sosial itu boleh melekakan manusia.

Aku mula belajar dengan bersungguh-sungguh, berdoa, dan melakukan solat hajat. Aku selalu berdoa kepada tuhan agar aku dapat 6A dalam peperiksaan UPSR nanti.

“Ya Allah, berikanlah kepadaku 6A kerana aku mahu mendapatkannya…”

Semenjak itulah aku tidak layan lagi Instagram. Aku hanya membaca Al-Quran dan meluangkan masa dengan bijak.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: