Certot

Impian Sekolah Sukan

Hasil nukilan Najwa Sofea Lutfi 3 years agoSukan 37

             

“Kau ingat senang nak jadi pemain nombor satu kat sana? Mimpi jelah.” Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di kepala Akhif.

‘Ah, semua itu tidak penting,’ hati kecil Akhif bersuara. Mungkin teringatkan rakan di sekolah lamanya. Benar, Akhif akan berpindah sekolah. Tetapi bukan ke sekolah biasa, tetapi sekolah sukan yang ternama di Malaysia.

  Akhif memikirkan, status dirinya di sekolah itu nanti. Apakah benar kata-kata rakannya? Dia mungkin tidak berguna langsung di sekolah itu. Dia teringat kata-kata rakannya atau lebih tepat orang yang agak iri hati dengan Akhif.

*****

“Eh, aku dengar cerita kau akan ke sekolah sukan. Aku yakin, bila kau kat sana nanti, tiada siapapun yang akan kisah pasal kau. Kau terpilih sebab kau pandai sukan. Memanglah, tetapi masalahnya kau lawan budak hingusan macam kat sekolah kita. Nanti kau kat sana, diorang semua berganda-ganda lebih hebat dari kau. Kau ingat senang nak jadi pemain nombor satu kat sana? Mimpi jelah. Sini dengan sana lain.”

Akhif terdiam seketika.Apa yang dikatakan ada benarnya.1001 kemusykilan berkenaan keadaan di sekolah itu nanti bakal terjawab.

*****

“Akhif? Akhif?”Ayah Akhif mengejutkan Akhif.

“Kita dah sampai ke?” Akhif bertanya.

“Sudah, jom kita angkat barang Akhif.”

Setelah selesai segala urusan bekenaan kemasukan sekolah, ayah Akhif pun pulang. Baru sehari di situ buat Akhif menjadi kekok. Dia masih tidak dapat berkenalan dengan sesiapa pun. Tiba-tiba bunyi tapak kaki membuatkan Akhif segera bangun.

“Hai, baru masuk eh?” tanya salah seorang pelajar lelaki yang ternampak Akhif.

“Ha,ah, awak semua ini datang dari mana?” Akif mula menyesuaikan diri.

“Kami?Kami baru lepas main bola keranjang,” jawab pelajar lain pula.

“Muhammad Akhif Izwan, sedap nama.” Pelajar tadi membaca kad nama yang diantung rapi pada leher Akhif.

“Panggil sahaja Akhif.” Akhif sudah menjadi biasa pula.

“Baiklah, Akhif. Jadi, panggil saya Ariz, yang pakai baju biru ini namanya Syawal dan yang ni Fhatul.”

“Berapa kali nak cakap, panggil Fhatul Islam.” Fhatul berasa tidak puas hati.

“Masalahnya nama awak terlalu panjang untuk disebut.” Mereka semua ketawa.

*****

Keesokan harinya, di dalam bilik yang menempatkan empat orang pelajar, kecoh dan rancak bersembang.

“Akhif, hari ni ada latihan bola keranjang,” Syawal menerangkan.

“Semua orang boleh pergi?” tanya Akhif.

“Sudah tentu,” Ariz pula mencelah

“Kalau begitu, saya mahu ikutlah.” Akhif berasa teruja pula.

  “Jomlah pergi sekarang.” Tidak sabar lagi si Fathul ini.

Mereka pun berjalan bersama hingga ke gelanggang. Kemudian, mereka termasuk Akhif pun bermain. Akhif kagum kerana lontaran mereka semua sangat menakjubkan. Akhif menunjukkan prestasi yang baik pada awal permainan. Tiba-tiba….

“Akhif! Ambil bola ini!” Seorang pelajar memanggil Akhif. Akhif yang tidak sedar terkena bola tersebut. Dia terjatuh. Semua orang berkumpul.B ola itu terkena muka Akhif!

*****

“Bangun Akhif,” Fathul mengejut Akhif. Perlahan lahan mata Akhif dibuka.

“Saya kat mana ini?” Akhif mendapati suasana bilik itu berbeza sekali dengan di gelanggang.

“Awak kat bilik rawatan,” beritahu Syawal.

“Akhif, saya minta maaf. Saya tidak sengaja.” Affin, pelajar yang menyebabkan bola terkena muka Akhif turut berada di situ.

  “Tidak,a wak tidak bersalah. Saya yang tidak tahu bermain. Saya cuma berlagak,s aya tidak setanding dengan awak semua. Sudahlah, saya tidak layak berkawan dengan awak semua.” Entah mengapa sikap Akhif berubah. Akhif keluar dari bilik rawatan. Menjelang jam 6.30 petang, tiada siapa nampak kelibat Akhif.

  Pada pukul 7.00 petang,b arulah Akhif pulang ke biliknya. Dia tidak cakap banyak dan segera mengambil air wududk bagi mengerjakan solat maghrib. Akhif tidak bertegur sapa dengan rakan sebiliknya sehinggalah dia tidur. Keesoakan harinya,p erkara sama terjadi. Menjelang petang, kelibat Akhif pasti tidak kelihatan. Keadaan itu berterusan hingga hampir sebulan.

Hinggalah suatu hari, kelas tambahan khas untuk Syawal diadakan kerana dia mendapat keputusan yang agak teruk. Dia berjalan melalui jalan pintas kerana telah terlambat. Larian Syawal terhenti apabila dia terdengar bunyi bola melantun. Dia menjenguk-jenguk di sebuah pokok besar.

“Oh, jadi inilah yang dia buat?” Syawal mengambil kamera yang selalu dibawa bersama dan mengambil gambar lalu terus ke kelas tambahan.

Pada jam 4.45 petang barulah Syawal pulang.

“Korang nak tahu atau tidak apa yang aku dapat tadi? Korang tengok ini.” Syawal menunjukkan kameranya.

“Jadi, selama ni, Akhif….” Kata-kata Fathul terhenti disitu.

“Apa lagi, jomlah pergi sekarang!” Ariz segera mencapai beg sandangnya.

Mereka berjalan ke tempat yang Syawal tunjukkan. Benarlah, Akhif ada di situ. Rupa-rupanya dia sedang berlatih bermain bola keranjang di situ.

“Akhif! Dekat sini kau rupanya.” Ariz mengukir senyuman.

“Saya mesti main, saya mesti berlatih.” Akhif menggenggam kedua belah tangannya.

“Kau berlatih sebab kau nak buktikan yang kau memang layak berada di sini bukan?” Fathul pula bertanya.

“Kau mahu tahu satu cerita?” tanya Syawal.

“Mahu,” balas Akhif ringkas.

“Cerita ni pasal tiga orang budak lelaki dan yang seorang tu paling kacak. Dulu, mereka ada lagi seorang rakan yang tinggal sebilik. Tapi kawan diorang tu dah pindah sekolah. Nak tahu kenapa? Sebab tiga orang budak tu langsung tidak sekepala dengan dia. Tiga orang rakan tu pemalas tapi aktif sukan. Tapi dia rajin. Setiap petang dia main, dia berlatih. Tiga orang rakan tu kagum tengok dia tetapi takut tengok usaha dia yang berlebihan. Kalau kau nak tahu, lepas kelas sahaja, pasti dia terus pergi berlatih seorang diri di bawah cuaca yang terik sampailah petang. Dia akan pulang pada jam 6.50 petang. Kemudian dia akan bersiap-siap dan barulah dia makan. Sampai suatu hari badan dia penat dan tidak cukup rehat. Dia pengsan ketika sedang berlatih dan kau mahu tahu apa yang terjadi seterusnya? Dia terpaksa masuk ke hospital selama berbulan-bulan. Ibu bapa dia terpaksa keluarkan dia dari dekolah ini. Lepas tu masuklah seorang budak sukan ke dalam bilik tiga orang kawan tadi dan diorang tidak mahu perkara sama berulang lagi,” jelas Syawal panjang lebar. Fahamlah Akhif siapa yang dimaksudkan Syawal.

“Jadi kau sudah faham?” tanya Fathul.

“Ya, saya dah faham sangat, Fathul Islam.” Akhif mengukir senyuman. Sejak itu,dia mula membahagikan masa. Dia takut jika dia juga terpaksa berhenti sekolah.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: