Certot

Imianku Menjadi Seorang Novelis

Hasil nukilan Fatin 2 years agoFiksyen 12

Kring! Kring! Kring

Loceng menjalankan tugas seperti biasa untuk mengejutkan seorang gadis yang bernama Sarah yang sedang nyenyak tidur. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Sarah bangun dan mematikan loceng itu.

Sarah menggapai tualanya yang disangkut di belakang pintu untuk mandi kerana sudah semalaman tidur nyenyak. Selesai mandi, Puan Sofea memanggil Sarah untuk turun makan.

“Sarah, turun makan. Panggil adik sekali,” panggil Puan Sofea.

Sarah pergi ke bilik adiknya iaitu Sufian, Sarah terkejut kerana melihat adiknya masih lagi tidur dengan nyenyak.

“Sufian! Bangun, dah pukul 9.45. Bangun!” marah Sarah kepada adiknya, Sufian.

Sarah dan Sufian pun turun untuk makan bersama-sama kelurga mereka. Sewaktu makan, Sarah meminta izin kepada ibunya untuk menyertai program di sekolahnya.

“Ibu, boleh tak Sarah nak sertai program yang mencari perserta yang berbakat menulis novel di sekolah hujung minggu ni?” tanya Sarah kepada ibunya.

Sarah seorang yang sangat suka membaca dan pandai mencipta karangan yang terbaik di dalam kelasnya. Impiannya menjadi seorang novelis dan menjadikan Ain Maisarah sebagai idolanya.

“Tak bolehlah sayang. Hujung minggu ni kita kan perlu pergi ke Pulau Pinang sebab papa ada kerja,” kata Puan Sofea kepada anaknya Sarah.

Sarah sedih kerana dia tidak berpeluang untuk menunjukkan bakatnya kepada semua orang di sekolahnya.

*****

Hari ni Sarah bersiap awal untuk ke sekolah kerana sudah berjanji dengan kawan baiknya, iaitu Fatin kerana Fatin ada sesuatu yang ingin dia tujukkan kepada Sarah. Setibanya Sarah di pagar sekolahnya, Sarah melihat Fatin sudah berdiri di depan pagar untuk menunggu kawan baiknya, Sarah.

“Awalnya awak datang!” kata Sarah kepada Fatin.

“Cepatlah Sarah. Lambatlah awak ni,” omel Fatin.

Setibanya di kelas, Fatin mengeluarkan sesuatu dalam beg yang bewarna ungu itu. Fatin mengeluarkan iphone 6 miliknya yang berwarna gold itu dan menunjukkan sesuatu kepada Sarah.

“Fatin! Mana boleh bawak telefon kat sekolah. Cikgu nampak nanti….” 

Belum sempat Sarah menghabiskan percakapannya Fatin dah memotong. “Shh… senyaplah Sarah… saya nak….” 

Belum sempat Fatin menghabiskan percakapannya loceng sudah berbunyi untuk semua murid berkumpul di tapak perhimpunan.

“Sarah nanti awak datang rumah saya pukul 3.50 tau,” kata Fatin kepada Sarah.

“Okey, baiklah,” jawab Sarah.

*****   

Sarah bersiap untuk ke rumah Fatin. Fatin menghantar alamat rumahnya melalui WhatsApp.Puan Sofea yang menghantar Sarah ke rumah Fatin. Apabila sampai di rumah Fatin,Sarah terus menekan loceng.

“Sampai pun Sarah. Susah tak jalan ke rumah saya?tanya Fatin kepada Sarah.

“Tak susah pun sebab rumah awak dekat dengan rumah kawan ibu saya,” jawab Sarah.

 Lalu Sarah pun masuk ke rumah Fatin. Fatin mengajaknya ke dalam bilinya.Fatin menunjukkan Facebook PTS One yang sedang mencari seorang yang berbakat dalam menulis novel. Fatin menunjukkan cara untuk sertai pertandingan tersebut.Hadiah tempat pertama berupa wang yang berjumlah RM 500.00, tempat kedua pula duit sebanyak RM 350.00, dan tempat ketiga RM 200.00.

“Wah! Lumayannya hadiah tu!” teriak Sarah.

“Saya nak sertai program tu. Terima kasih Fatin sebab awak tunjuk ni pada saya. Awak adalah BFF saya yang paling terbaik yang pernah saya ada!”

*****

Sarah pulang ke rumahnya untuk membuka laptopnya. Puan Sfea pelik melihat perangai anak perempuannya itu

Sarah masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu biliknya kerana di ingin merahsiakan perkara ini daripada orang lain.

Sarah mula menulis novel untuk pertandingan itu. Hampir tiga jam Sarah berkurung di dalam biliknya kerana ingin menyiapkan novel ciptaannya itu. Selesai menulis novelnya, Sarah menyemak novel yang ditulis. Lalu dia menghantar novelnya kepada laman web Storymorie.

“Perfect!”

Sarah berasa tidak sabar untuk menunggu siapa akan menang pertandingan itu.

*****

Tiba hari  yang ditunggukan oleh Sarah. Sarah membuka laman Facebooknya untuk melihat Facebook PTS One. Senarai pemenang PTS One telah diberitahu. Sarah berasa amat terkejut kerana dia menduduki tempat pertama dalam pertandingan itu.

“Yeay! Aku dapat tempat pertama dalam pertandingan ini!” teriak Sarah.

Adik Sarah iaitu Sufian mengetuk pintu bilik kakaknya kerana mendengar terikan kakaknya itu.

“Apa kakak menjerit ni ha?” tanya Sufian kepada kakaknya.

“Kakak menang dalam pertadingan menulis novel!” 

“Yakah?”

Sarah memberitahu ibu dan papanya tentang hal itu. Puan Sofea dan Encik Sam berasa gembira kerana anaknya mempunyai bakat dalam menulis novel.

Sejak dari hari itu Sarah terus menerus menghantar novel ciptaannya dan kini novel sarah di terbitkan dalam sebuah buku dan orang mula mengenali Sarah dan dia berjaya mencapai impiannya untuk menjadi seorang novelis yang terkenal di Malaysia. Sarah juga tidak melupakan kawan baiknya yang mempunyai impian yang sama dengan Sarah iaitu Fatin kerana dialah Sarah dapat menunjukkan bakatya kepada semua orang. Sarah telah membanggakan sekolahnya dan ibu dan papanya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: