Certot

Idolaku Pemain Bola Sepak

Hasil nukilan Haiqal Zulkarnain 2 years agoSukan 8

Di pagi hari yang indah, Asyraf mengambil beg galasnya yang berisi buku teks untuk ke sekolah.

Jarak rumah Asyraf ke sekolah hanya beberapa meter. Jadi tidak hairanlah dia berjalan kaki ke sekolah.

Ketika berjalan, Asyraf ternampak iklan pertandingan bola sepak. Hadiah utama ialah dapat berjumpa dengan Safee Sali.

Kebetulan juga Safee Sali merupakan idola Asyraf. 

‘Aku akan masuk pertandingan ini agar aku dapat berjumpa dengan idola aku,’ niat Asyraf dalam hati .

Sejurus sampai ke sekolah rupa-rupanya Asyraf sudah terlambat untuk ke sekolah.

“Bagi nama penuh dan kelas,” kata seorang pengawas. Memang kebiasaan pengawas mencatat nama pelajar yang lewat ke sekolah.

*****

Asyraf masuk ke kelas. Kelihatan gurunya telah memulakan sesi pelajaran.

“Asyraf, kenapa kamu lambat?” soal guru tersebut.

“Sebenarnya saya lewat bangun, cikgu” kata Asyraf.

Asyraf duduk di tempat duduknya dan memulakan sesi pembelajaran.

*****

Dua minggu berlalu….

“Pemenangnya ialah Muhd Asyraf,” kata pengacara tersebut.

Nampaknya Asyraf telah memenangi satu pertandingan.

Ganjarannya ialah dapat berjumpa dengan Safee Sali, idola Asyraf dan mendapat autograf beliau.

“Terima kasih, Abang Safee.” Hanya itu yang diungkapkan oleh Asyraf selepas berjumpa dengan idolanya.

Selepas sesi bergambar, Asyraf pulang ke rumah bersama-sama keluarganya.

*****

Dua minggu lalu….

“Aku nak masuk pertandingan bola sepak,” maklum Asyraf kepada rakannya, Aizat.

“Boleh saja. Aku sokong 100 peratus!” balas Aizat.

“Aku akan ajar kau macam mana cara nak timbang bola,” kata Aizat lalu menunjukkan cara menimbang bola =.

Beberapa kali Asyraf mencuba menimbang bola namun gagal =.

Setelah mencuba pelbagai cara, Aiman, iaitu abang Asyraf membantu Asyraf cara menimbang bola.

Setelah berhari-hari berlatih, akhirnya membuahkan hasil.

Keesokan harinya, Asyraf dan Aizat menuju ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk bertanding dalam acara menimbang bola.

Keputusan pengadil sudah diumumkan. “Tempat ketiga dimenangi oleh Haris manakala tempat kedua dimenangi oleh Zack dan juara ialah Muhd Asyraf.”

Asyraf bersyukur kerana memenangi pertandingan tersebut dan dapat berjumpa dengan idolanya, Safee Sali.

‘Aku akan kenang memori itu selama-lamanya,’ kata Asyraf dalam hati.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: