Certot

Ice blended

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFiksyen 44

Muram sahaja muka Arisa hari ini. Dia berasa sungguh kecewa.Sepatutnya hari ini dia dan keluarganya akan bercuti ke luar negara, tetapi pagi tadi mamanya memberitahu bahawa papanya telah membatalkan percutian itu kerana keputusan peperiksaan Arisa kali ini amat teruk. Oleh itu, sebagai denda, percutian itu dibatalkan. Kini dia buntu. Pasti kini rakan-rakannya sedang seronok dengan aktiviti masing-masing.

“Arisa, mama nak kena pergi pejabat dulu ni. Mama ada hallah. Arisa duduk kat rumah dengan Kak Idora ya,” kata Datin Raisha kepada anak bongsunya itu.

Belum sempat Arisa membalas, Datin Raisya sudah masuk ke dalam keretanya.

Arisa kemudian berlari masuk ke biliknya. Dia memerhatikan kereta BMW milik mamanya keluar dari halaman rumah melalui tingkap di biliknya.

Arisa hanya mampu mengeluh. Sejak akhir-akhir ini mama dan papanya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Arisa turun semula ke ruang tamu. Dia hanya duduk di sofanya sambil termenung.

“Arisa nak ikut kakak tak?” soal Idora.

“Eh, kakak nak pergi mana?” tanya Arisa pula.

“Kakak nak pergi jalan-jalan,” balas Idora.

“Hah ye ke? Nak ikut!” kata Arisa dengan nada yang gembira.

“Pergilah bersiap cepat. Kalau lambat nanti kakak tinggal,” gurau Idora.

Arisa segera berlari semula ke biliknya dan bersiap-siap. Dia kemudian mengenakan sepasang T-Shirt lengan panjang dan skirt labuh yang berwarna  hitam. Ditambah pula dengan selendang yang berwarna biru langit.

Akhirnya, Idora dan Arisa pun sudah selesai berdandan.

“Wah, cantiknya Arisa!” puji Idora.

“Eh, taklah. Kak Idora lagi cantik,” balas Arisa.

“Err… kakak, kita nak pergi naik apa?” soal Arisa.

“Naik teksi. Tadi akak dah telefon orangnya datang jemput kita,” jawab Idora.

Pin! Pin!

“Hah, tu pun teksinya. Jom Arisa,” kata Idora sambil memakai kasutnya.

Idora dan Arisa pun bertolak ke bandar. Setibanya di bandar mereka berdua pun turun dari teksi.

“Arisa ada apa-apa nak beli?” soal Idora.

“Hah kakak, apa kata kita buat ice blended petang ni? Jom kita beli bahannya,” balas Arisa.

Idora menangguk. Mereka pun segera membeli bahannya. Akhirnya setelah selesai membeli bahan mereka pun pulang ke rumah dan mula membuat ice blended.

“Kakak, mama dan papa dah pulang. Jom kita tunjukkan ice blended kita,” kata Arisa.

Idora dan Arisya menyambut kepulangan Datin Raisya dan Tengku Harris.

“Mama papa, ni kita orang buat ice blended.Cuba mama dengan papa rasa sedap tak,” pelawa Idora.

“Emm… boleh tahan,” komen Tengku Harris.

“Mama pula macam mana?” soal Arisa.

“Emm… sedap!!” kata Datin Raisya.

Seisi keluarga tertawa gembira. Mereka menghabiskan waktu petang itu bersama dengan ice blended yang dibuat Arisa dan Idora.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: