Certot

Ibuku Seorang Guru

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoFiksyen 93

   Alisya mempunyai seorang adik bernama Erina. Hubungan mereka berdua amat rapat. Ke mana sahaja Alisya pergi Erina pasti ada bersama. Mereka suka berbual-berbual apabila ada masa terluang.

“Kak Alisya, kenapalah ibu asyik sibuk je dekat sekolah?” soal Erina.

“Emm… mungkin sebab dah nak UPSR kot,” teka Alisya.

“Tapi bosanlah. Ibu tu asyik-asyik dekat sekolah. Sabtu dengan Ahad pun belum tentu ada di rumah,” rungut Erina.

“Erina,tak bolehlah cakap macam tu. Ibu kan cikgu. Ibu kenalah laksanakan tanggungjawab dia sebagai cikgu. Lagipun ibu kan dah cuba nak bahagikan masa dengan kita,” terang Alisya.

“Tapi….”

Belum sempat Erina menjawab, Alisya mencelah lagi.

“Erina tak kasihan ke dekat ibu? Erina tak kasihan ke kalau ibu penat? Yelah, pagi sampai petang dekat sekolah. Petang sampai malam uruskan kita pula. Erina tak kasihan ke dekat ibu?” soal Alisya.

Erina mendiamkan dirinya. Tidak tahu apa yang harus dijawab. Perlahan-lahan air matanya jatuh ke pipinya.Dia menagis teresak-esak.

“Erina, Kak Alisya bukan nak marah Erina. Tapi itulah hakikatnya. Dan walaupun ibu selalu sibuk, tak bermaksud ibu tak sayang kita. Boleh Erina maafkan kakak?” soal Alisya.

Erina sekadar tersenyum dan mengangguk.Dalam hatinya timbul rasa kesal. Dia tidak pernah terfikir langsung tentang ibunya.

~~~~~

Pada pukul 1.00 pagi, Erina terjaga dari tidurnya. Dia keluar dari biliknya.Kemudian dia melihat bilik ibunya terang-benderang.

‘Eh, ibu tak tidur ke?’ soal Erina di dalam hati.

Perlahan-lahan Erina memulas tombol pintu bilik ibunya.Dia melihat ibunya sedang menanda kertas peperiksaan.

“Eh Erina, marilah masuk,” kata Puan Hanis.

Erina pun masuk ke dalam bilik ibunya dan duduk di sebuah kerusi.

“Erina tak tidur ke?” soal Puan Hanis.

“Emm… sebenarnya Erina terjaga tadi,” terang Erina.

“Ibu tak mengantuk ke?” soal Erina pula.

“Mengantuklah, tapi nak buat macam mana. Kertas ni besok nak kena hantar dah,” jawab Puan Hanis.

“Erina, ibu sebenarnya nak minta maaf. Ibu tak banyak luangkan masa bersama kamu dan Kak Alisya. Ibu mintak maaf,” kata Puan Hanis.

“Tak, ibu. Sebenarnya Erina yang salah. Erina tak pernah fikir perasaan ibu.Erina yang bersalah. Erina minta maaf,” kata Erina sambil memeluk ibunya.

Alisya yang juga kebetulan terjaga hanya tersenyum memandang mereka. Akhirnya, selesai juga masalah.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: