Certot

Ibuku Bernama Sumayyah

Hasil nukilan Bihah about 7 months agoSuperhero

Di Seri Tanjung Mutiara Modern School, Masyitah dan dua orang rakannya, Fara dan Sal sedang beransur kembali ke kelas.

“Apa yang saya dengar, ibu Cikgu Raz sakit tenat. Jadi dia mengambil cuti sepanjang minggu ini. Kita perlulah berdoa untuk ibu cikgu sembuh dengan cepat supaya cikgu boleh kembali mengajar seperti biasa,” ujar Mas sambil tersenyum manis.

“Pasti Cikgu Ayu yang menggantikan masa Cikgu Raz,” teka Sal.

“Mas, usahlah laju sangat berjalan. Letih kami mahu kejar. Jangan risau, kalau kita lewat sedikit pun bukannya cikgu itu mahu hisap darah kita sampai setitik pun sudah tiada lagi,” sindir Fara.

“Tidak perlulah awak menyakat saya. Makan dalam betul!” ujar Mas dengan suara yang agak tegas dan garang mengalahkan singa betina kelaparan.

Setibanya mereka di kelas, Cikgu Ayu memeranjatkan Mas.

“Pergi kau mambang air!” jeritan Mas didengari oleh semua lalu semua orang tergelak.

“Hodoh sangatkah cikgu hingga kamu panggil cikgu mambang?” sindir Cikgu Ayu.

Mas hanya memandang lantai kerana terpaksa menaggung malu atas kelakuan dirinya sebentar tadi.

“Sudah, cepat masuk ke kelas ataupun kamu bertiga mahu berdiri di luar kelas sahaja?” soal Cikgu Ayu sambil mengangkatkan kedua-dua keningnya.

******

Setelah semua orang duduk di tempat masing-masing, Cikgu Ayu memulakan sesi pembelajaran.

“Atas sebab tertentu, Cikgu Hafiz tidak dapat hadir untuk menambahkan ilmu dalam kepala kamu semua. Jadi, cikgu yang menggantikan dia. Cikgu tidak berapa pandai Sains, jadi cikgu mahu kamu semua cerita tentang pekerjaan ibu kamu semua,” terang Cikgu Ayu sambil memandang ke arah Mas dan rakan-rakannya.

“Cikgu! Saya cadangkan Mas yang mulakan dahulu kerana dia masuk lambat ke kelas. Bukankah cikgu selalu akan medenda sesiapa pun yang masuk lewat ke kelas?Lagipun sudah lama saya tidak dengar Masyitah bercakap. Rasa rindu pula,” kata seorang murid lelaki yang sering mencari masalah dengan Maasyitah sejak dari mula mereka kenal.

“Hah! Idea yang bagus juga itu, Ethan. Cik Masyitah, peminat kamu sudah bersuara untuk kamu yang mula bercerita serba sedikit tentang pekerjaan ibu kamu. Lagipun cikgu tidak pernah mendengar ibu kamu mengatakan pekerjaannya apa,” ujar Cikgu Ayu sambil mendekati meja Masyitah.

“Siapa? Saya? Saya mahu cerita, rasa serba salah pula kerana ibu saya kata saya tidak perlulah saya cerita kepada orang tentang pekerjaan mama saya. Tidak mengapakah jika Ethan yang mula bercerita dahulu cikgu?” tanya Mas yang kebingungan kerana rasa mahu cerita tentang pekerjaan mamanya itu tetapi, apabila teringat pesan ibunya yang tidak boleh menceritakan kepada sesiapa pun. Dia rasa seperti melanggar amanah ibunya pula.

“Tidak boleh!” balas Cikgu Ayu senafas.

“Apa yang penting sangat tentang pekerjaan ibu saya hingga cikgu mahu tahu sangat? Saya tahulah yang cikgu ada adik lelaki yang masih belum ada pasangan hidup, tetapi adik cikgu itu mahu berkahwin dengan janda yang sudah mempunyai dua orang anak perempuan?” ujar Mas dengan selamba kerana hanya itu yang terlintas untuk menjadi alasannya untuk melengah-lengahkan masa.

Semua orang di dalam kelas itu ketawa terbahak-bahak kerana lawak Mas mengeletek hati semua termasuk Cikgu Ayu dan dirinya sendiri.

“Mengapa pula cikgu hendak jodohkan adik cikgu denga ibu kamu? Cikgu tidak mencampurkan hal di sekolah dengan hal di rumah cikgu. Satu lagi, bagaimana kamu tahu adik cikgu masih belum berpunya?” Bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada Masyitah seperti polis sedang melepaskan tembakan semasa mengejar penjenayah.

“Cikgu,s ekarang abad ke-22. Semua maklumat tentang seseorang berada di dalam Internet,” jelas Mas kepada gurunya itu.

“Sudah! Jangan buang masa lagi. Cepat cerita tentang pekerjaan ibu kamu,” jerkah Cikgu Ayu sambil mecengkak pinggangnya.

‘Kadang-kadang memegang sesuatu akan melakukan lebih banyak kerosakan daripada membiarkan ia pergi,’ kata Mas dalam hati.

“Sebenarnya saya tidak berapa pasti dengan pekerjaan ibu saya. Dia pernah berkata kepada saya yang dia bekerja sebagai perisik, tetapi saya tidak pasti kerana masa itu saya sangat mengantuk,” terang Mas sambil memandang ke arah seorang lelaki.

Semua orang semakin menguatkan gelakkan mereka.

“Kalau mahu mereka cerita pun, biarlah kedengaran logik!” jerit lelaki yang Mas pandang tadi. “Lagipun tidak baik mereka-reka cerita! Berdosa!” tambahnya lagi.

*****

Ping! Ping!

Kereta terbang yang bewarna biru muda menekan hon untuk memanggil Mas yang sedang khusyuh membaca novel kegemarannya.

“Oopp… ya Allah! Ibu ini buat orang terkejut sahaja. Hampir tercabut jantung. Nasib baik masih belum terkena serangan jantung,” bebel Mas sendirian kerana tablet yang mengandungi cerita tentang persahabat kegemarannya.

Sebaik sahaja Mas melangkah masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh ibunya, dia terus menceritakan kejadian yang berlaku di dalam kelasnya tadi. Tiada satu pun dia terlupa untuk menceritakan kepada ibunya.

“Nasib baik dia tolong Mas, ibu. Jika tidak, habis terbongkar rahsia ibu,” ucap Mas kelegaan.

“Lain kali Mas carilah jalan untuk tidak menceritakan hali itu ya. Mas boleh cerita yang ibu bekerja sebagai CEO syarikat atau cikgu sekolah rendah,” kata Puan Sumayyah. Lain yang hendak dikata, lain pula yang terkeluar dari mulutnya. Puan Sumayyah pasti yang anak daranya itu sedang rasa bersalah kerana dari tadi Mas hanya membisu.

“Mas mohon maaf, ibu. Mas tidak terfikir tentang itu kerana terlalu cemas. Mas langsung tidak terfikir bahawa tindakan Mas itu membahayakan keselamatan keluarga kita,” rintih Mas perlahan-lahan kerana mahu ibunya mengampunkan kesalahannya.

“Tidak mengapalah, Mas. Salah ibu juga kerana tidak memberitahu apa yang perlu dibuat jika cikgu Mas bertanya tentang pekerjaan ibu awal-awal,”pujuk Puan Sumayyah sambil tangannya memegang tangan anak sulungnya itu.

“MasyaAllah, ibu! Kita mahu ambil adik pukul berapa?” soal Mas lalu menepuk dahinya.

“Ya Allah! Boleh pula kita terlupa tentangnya. Kasihan adik.Pasti dia akan marah nanti.” Puan Sumayyah meneka reaksi anak bongsunya sambil memutarkan stereng kereta terbangnya.

Setelah kereta yang dipandu oleh Puan Sumayyah tiba di hadapan pintu pagar SK Pohon Tiga Cabang, kelihatan seorang budak perempuan yang sedang duduk di pondok menunggu ibu bapa.

“Mengapa Zin nangis? Zin tidak perlulah menangis. Ibu ada di sini,” pujuk Puan Sumayyah sambil mengusap air mata anaknya.

“Tadi ibu ada?” soal Zinnirah ringkas menunjukkan rasa tidak puas hatinya kepada Puan Sumayyah.

“Memanglah ibu tiada kerana pergi menjemput kakak dahulu. Ibu tetap menjemput adik, bukan?” Mas sedang cuba untuk mengubati hati adiknya yang terluka.

“Ibu ambil Zin lewat sangat. Tengok, hari mendung sekarang. Mungkin sebentar lagi hujan akan turun dengan lebat. Jika ibu datang lewat,kemungkinan besar yang Zin hanya perlu mandi di sini,” ngomel Zin yang menyilangkan tangannya kerana masih merajuk.

“Usahlah kamu menjadi singa yang kelaparan. Takut kakak mahu pujuk.” Mas tergelak.

“Sudah! Ibu beli kereta mahal-mahal pun kamu tidak mahu menaikinya. Ibu pulalah yang mahu merajuk,” usik Puan Sumayyah mahu menyakat anak-anaknya.

“Ish… ibu ini macam budak kecil mahu merajuk,” ujar Zin yang sudah berhenti merajuk.

****

Di dalam sebuah rumah banglo, kelihatan seorang lelaki berusia 40-an sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

“Assalamualaikum, papa! Papa buat apa?” soal seorang remaja lelaki yang masih memakai pakaian seragam sekolah walaupun sesi persekolahan sudah tamat setengah jam yang lalu.

“Waalaikumussalam. Papa sedang baca surat khabar. Macam-macam jenis manusia zaman sekarang. Ada yang selalu merompak,ada yang selalu menculik kanak-kanak, ada juga yang membunuh sesama Islam. Tambah dosa sahaja!” bebel ayahnya lalu menghirup kopi yang masih panas di atas mejanya.

“Hendak buat macam mana. Mereka tidak fikir apa balasan Allah yang akan melanda mereka nanti. Sekarang giliran saya pula yang mahu berkongsi cerita. Tadi, di sekolah kasihan Mas kerana kelihatan seperti orang kurang siuman apabila dia menceritakan pekerjaan ibunya,” terang Aiman sambil duduk di sebelah ayahnya.

“Papa pun berasa kasihan. Nampaknya,d ia seorang yang tabahlah kerana menempuhi dugaan itu dengan penuh kesabaran,” kata Encik Faiz sambil menepuk bahu Aiman.

“Papa ada perasaan kepada ibu Mas, bukan? Mengaku sahajalah. Muka papa kelihatan merah menyala,” usik Aiman yang perasan perubahan wajah apabila dia menyebut tentang keluarga Mas.

“Ish, kamu ini. Mana adalah. Silap oranglah kamu mahu menyakat,” ujar Encik Faiz yang menafikan kebenarannya.

“Bila mata bertentang mata, muncullah engkau perasaan cinta.” Aiman cuba membuat pantun dua kerat.

“Kamu mahu papa jadi drakula? Papa kurang darah juga ini. Sekali ayah hisap darah kamu, kering kontang satu badan,” ugut Encik Faiz yang kemarahannya sudah mencecah tahap maksimum.

“Argh! Drakula tua sudah datang!”A iman cuba untuk membuat kemarahan ayahnya tidak dapat dikawal lagi.

******

Hujan turun dengan lebatnya. Perhimpunan pagi terpaksa dibatalkan. Semua murid berasa gembira dan bahagia kecuali Mas dan dua orang rakannya.

“Hah, Mengapalah kau turun hujan? Kalau tidak masa Cikgu Nia pasti hanya akan inggal sedikit sahaja kerana perhimpunan selalunya mengambil masa yang panjang,” rungut Sal sambil merengus.

“Ini salah dia!” jerit Mas sambil menunding jari ke arah sesuatu.

“Mengapa salah katak ini pula?” soal Fara dan Sal serentak kebingungan.

“Sebab kataklah yang panggil hujan. Awak berdua tidak pernah dengar lagu Bangau oh Bangau?” ujar Mas tersenyum sinis.

“Mas!” Marah Fara dan Sal sambil mencengkak pinggang.

“Betul atau tidak apa yang saya katakana ini?” kata Mas yang masih tergelak kerana melihat muka dua orang rakannya itu merah mengalahkan bunga mawar.

“Yalah. Kami mengalah. Jika kami lawan awak, macam mana pun awak pasti menang,” ujar Fara yang menyilangkan tangannya.

Apabila mereka tiba di kelas, Cikgu Nia sudah berada di dalam kelas. Jantung mereka berdegup kencang seperti peserta larian baru tiba di garisan penamat.

“Assalamualaikum, boleh kami masuk?” Mas meminta izin untuk masuk ke kelas ketakutan.

“Oleh kerana kamu masuk ke kelas selepas cikgu, kamu diberi dua pilihan. Kamu mahu menjawab soalan yang cikgu berikan atau duduk di luar kelas?” soal Cikgu Nia sambil merenung tajam ke arah Mas.

“Baiklah cikgu. Kami sudah buat pilihan. Sila berikan soalan cikgu,” ujar Sal yang memberanikan diri kerana tidak mahu duduk di luar.

“Di dalam kelas ini, siapa yang paling cantik?” tanya Cikgu Nia yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Di dalam kelas? Saya berada di luar kelas. Maknanya tiadalah cikgu!” kata Fara yang tersenyum sampai ke telinga.

“Salah. Cikgulah yang paling cantik .Sudahlah, cepatmasuk. Dalam kiraan!Satu,dua,tiga!” jerit Cikgu Nia yang masih sakit perut tergelak melihat gelagat anak muridnya.

******

“Maaf Encik Faiz. Saya mahu berbincang sedikit boleh?” soal Puan Sumayyah dengan sopannya.

“Jangan malu-malu. Tanya sahajalah. Saya tidak makan orang,” usik Encik Faiz.

“Saa… saya mahu letak jawatan,” ujar Puan Sumayyah tergagap-gagap.

“Apa? Letak jawatan? Jika awak letak jawatan, siapa yang akan selamatkan dunia ini daripada ancaman musuh? Mahu harapkan orang lain? Bukan buat kerja dengan cekap, tetapi cemerkap. Peninglah kepala saya mahu mencari pengganti awak,” bebel Encik Faiz yang mahu pengsan.

“Maafkan saya. Saya fikir lebih baik jika saya meletak jawatan. Kini, anak-anak saya dahagakan kasih sayang ibu bapa setelah arwah suami saya meninggalkan tanggungjawab yang besar untuk dipikul.

“Kahwinlah lagi. Apa susahnya,” ujar Encik Faiz senafas.

“Encik pun faham keadaan saya. Adakah orang yang mahu menikahi saya ini?” rintih Puan Sumayyah sambil menundukkan kepalanya.

“Usahlah bersedih.Na nti saya carikan orang yang sesuai untuk awak. Jadi, janganlah letak jawatan ya,” pujuk Encik Faiz yang mencari alasan untuk mengelakkan Puan Sumayyah daripada meletakkan jawatannya.

“Tidak mengapalah. Saya tidak mahu menyusahkan encik dan jika encik mahu bekerja di sini, baiklah. Saya akan cuba untuk berusaha mencari masa lapang untuk meluangkan masa dengan anak-anak saya,” terang Puan Sumayyah dengan lemah longlai.

“Ataupun awak kahwin sahajalah dengan saya. Anak saya pun ada bercadang suruh saya melamar awak. Ini masa yang terbaik untuk saya menanyakan hal ini. Lagipun saya ini duda,” jelas Encik Faiz yang mukanya kemerah-merahan menahan malu.

“Saya perlu berbincang dengan anak-anak saya dahulu,” ujar Puan Sumayyah lalu melangkah keluar dari pejabat Encik Faiz.

*******

“Ibu!” jerit Zin yang mahu memeranjatkan ibunya yang sedang melukis.

“Opocot anak-anak!” Puan Sumayyah melatah.

Kedua-dua anak daranya itu ketawa apabila Puan Sumayyah melatah kerana sebelum ini usaha mereka untuk memeranjatkan ibu mereka tidak berjaya.

“Ish kamu berdua ini. Habis rosak lukisan ibu. Ibu baru sahaja lukis gambar ayah,” Puan Sumayyah melenting sambil mencengkak pinggang.

“Maafkan kami! Maafkan kami!” nyanyi Mas dan Zin.

“Okey, ibu maafkan. Marilah duduk sebelah ibu. Ibu ada hal mahu bincangkan ini,” ujar Puan Sumayyah sambil menepuk-nepuk sofa.

Tanpa sebarang kata, Mas dan Zin berlumba untuk duduk di sebelah ibu mereka.

“Begini, kamu berdua kenalkan Pak Cik Faiz?” soal Puan Sumayyah yang sedang mengusap kepala Zin.

“Ayah Aiman? Mengapa dengan dia?” soal Mas pula.

“Dia ada tanya ibu yang….” Kata-kata ibu Mas terhenti di situ.

“Yang apa ibu?” Zin mencelah sambil menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal.

“Yang ibu mahu atau tidak menjadi isterinya. Itu yang ibu mahu tanya pendapat kamu berdua,” terang Puan Sumayyah yang berdebar-debar takut Mas akan marah.

“Yeay, yeah! Zin sudah ada ayah balik!” jerit Zin kegirangan sambil melompat-lompat di atas sofa.

“Ibu! Baru setahun ayah meninggal, ibu sudah cari penggantinya? Cepatnya ibu lupakan ayah. Ibu sudah tidak sayang ayah?” tengking Mas dengan perasaan marah yang membara lalu bergegas ke bilik tidurnya.

“Ibu, mengapa dengan kakak? Zin rasa tidak salah jika ibu mahu berkahwin lagi. Ibu mahu Zin pergi pujuk kakak?” soal Zin dengan suara yang manja.

“Tidak mengapalah Zin. Biar ibu yang pergi pujuk kakak. Zin tengok kartun ya,” ujar Puan Sumayyah berlalu pergi.

‘Tiada seorang pun orang yang berada di dalam rumah ini mengerti perasaan aku. Ayah selalu berusaha keras untuk memberi makan kepada keluarga ini. Adakah jalan yang ibu pilih ini benar? Adakah sikap aku yang suka memberontak ini selalu menjadi masalah ibu? Argh! Ayah tinggalkan Mas ketika fikiran Mas buntu dan bercelaru,’ rintih Mas di dalam hati.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu bilik Mas diketuk.

“Mas anak solehah ibu, buka pintu ini. Ibu tahu sukar buat Mas untuk menerima semua ini. Mas cubalah fikir. Adik selalu menangis kerana termimpikan ayah yang masih hilang di Jepun. Mungkin Mas perlukan sedikit ruang dan masa. Ibu tinggalkan Mas sendirian ya,” tutur Puan Sumayyah lalu kembali ke ruang tamu.

“Maafkan Mas, ibu!” jerit Mas yang sedang mengalirkan air matanya.

“Ibu! Mari kita periksa keadaan kakak. Zin rasa tidak sedap hatilah,” rayu Zin sambil melutut. Dia selalu bersikap berlebihan kerana selalu masuk pertandingan drama sekolahnya.

Puan Sumayyah hanya tersenyum melihat gelagat anak manjanya itu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Sekali lagi pintu bilik Mas diketuk.

“Kakak! Buka pintu ini!” jerit Zin kerisauan.

“Mungkin kakak tertidur. Selepas menangis kebiasaannya ramai yang tertidur,” tutur Puan Sumayyah yang berfikiran positif.

“Mungkin juga. Kita tonton televisyen baliklah,” ajak Zin sambil menarik tangan ibunya.

*****

Keesokkannya,Mas masih tidak keluar dari bilik. Hal iu membuatkan Puan Sumayyah risau. Jika ikutkan hati, mahu sahaja dia pecahkan pintu bilik Mas, tetapi Puan Sumayyah tidak cukup masa untuk menggantikan pintu itu kepada yang baru.

“Ibu, cepatlah! Zin sudah lewat!” jerit Zin yang sudah berada di luar rumah.

“Ya! Sekejap. Ibu masih bersiap. Kamu masuk dahulu ke dalam kereta,” tutur Puan Sumayyah yang sedang membetulkan kedudukan tudung bawalnya.

“Yalah, tetapi cepat sikit.”Zin akur dengan arahan yang diberi sambil menabik hormat seperti askar yang sedang berkawat.

“Huuah! Syoknya tidur,” ucap Mas sambil menggeliat. Dia melihat ke arah jam loceng yang dimilikinya.

“Hah! Biar betul! Sudah pukul 9:39? Ibu tidak kejutkan aku?” soal Mas yang kehairanan.

Mas mula teringatkan kejadian semalam lalu berkata, “Eh, akukan bertekak dengan ibu semalam. Mana mungkin ibu akan kejutkan aku jika aku menguncikan pintu.”

Mas mencapai sesuatu yang berada di bawah katilnya. Oh! Rupa-rupanya dia mempunyai diari. Mas terus menulis sesuatu di dalam diari merah jambunya itu.

“21 Februari 2019. Semalam aku bergaduh dengan ibu kerana ibu mahu berkahwin lagi. Aku tidak boleh terima yang ibu sudah mencari pengganti ayah. Mahu-mahu lagi ayah Aiman yang ibu berkenan? Biar betul? Itu ayah kawan sekelas akulah!Reaksi Aiman bagaimana ya setelah dia dapat tahu yang dia akan berkongsi ayah dengan aku dan Zin? Adakah dia juga seperti aku? Atau lebih bertenang? Aku perlu ketahuinya.”

******

“Awak sudah fikirkan jawapannya?” soal Encik Faiz yang datang entah dari arah mana.

“Allahhuakbar! Ish, terkejut saya dibuatnya. Maaf Encik Faiz. Saya masih fikirkannya. Beri saya beberapa hari lagi,” pinta Puan Sumayyah yang memandang ke arah lantai.

“Tidak mengapalah. Saya beri tempoh masa sehari lagi, okey?” soal Encik Faiz.

Langsung tiada perkataan yang keluar dari mulut Puan Sumayyah. Dia hanya mengangguk lalu beredar.

*****

Tepat pukul 2.45, Mas terus membuat video call dengan Sal kerana mahu bertanya sesuatu.

“Helo. Mas, mengapa tidak hadir hari ini? Sunyilah hidup kami tanpa awak,” ujar Fara yang sedang berada di sebelah Sal.

“Maaflah. Saya terbangun lewat. Eh, sikap Aiman ada yang berubah ataupun tidak hari ini?” soal Mas.

“Mengapa cakap pasal Aiman pula? Awak ada apa-apa yang mahu kongsikan dengan kami?” soal Sal tanpa menjawab soalan Mas.

“Jawab sahajalah soalan saya!” Mas melenting kerana soalannya tidak dijawab.

“Okey. Jangan marah. Dia biasa-biasa sahaja. Tiada yang aneh pun,” balas Fara yang membulatkan matanya kerana jarang Mas menjerit kepada mereka.

“Okeylah. Jumpa esok,” ucap Mas sambil melambai.

Mas terus menekan butang merah.Dia kehairanan kerana sikap Aiman tidak berubah. Adakah ini bermakna dia setuju dengan rancangan ibu dan bapa mereka?

“Assalamualaikum! Kakak,a dik sudah balik!” jerit Zin yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah.

Apabila Puan Sumayyah masuk ke daam rumah, Mas terus memeluknya.

“Mas mohon seribu maaf daripada ibu. Mas tidak berniat untuk mengores hati ibu. Mas tidak dapat mengawal emosi waktu itu.Maafkan Mas ibu,” rayu Mas.

“Mas tahu mengapa ibu namakan Mas, Masyitah? Mas pernah dengar tentang cerita disebalik nama itu?” soal Puan Sumayyah sambil mengusap air mata Mas.

“Zin tahu! Masyitah itu tukang sikat Firaun? Walaupun dia pekerja Firaun ,dia beragama Islam. Suatu hari, dia dan keluarganya terpaksa berjalan memasuki kawah besar yang diisi dengan air yang mendidih kerana beragama Islam, tetapi Masyitah melakukannya tanpa rasa gentar,” cerita Zin panjang lebar.

“Zinnirah pula orang yang buta matanya tetapi celik hatinya. Dia tetap beragama Islam walaupun matanya dikorek keluar. Akhirnya, matanya pulih seperti asal,” terang Puan Sumayyah sambil memeluk kedua-dua anaknya.

“Sumayyah pula wanita syahid pertama dalam sejarah Islam,” kata seseorang yang datang dari arah belakang Puan Sumayyah.

“Abang Aiman!” jerit Zin teruja.

“JMaknanya awak sudah terima kenyataan bahawa awak akan menjadi kembar tidak seiras saya?” tanya Aiman yang sedang bergurau.

“Mengapa kembar tidak seiras? Saya bukan lahir sama-sama dengan awak,” balas Mas yang menyilangkan tangannya.

“Sama! Lima Januari tarikh lahir Mas. Begitu juga dengan Aiman. Kembar tidak seiraslah jawabnya,” terang Encik Faiz tersenyum sinis.

“Jadi, siapa yang lebih tua?Susahlah mahu tentukan siapa sulung,” ujar Zin mencelah.

“Periksa masa mereka lahirlah jawabnya,” gurau Puan Sumayyah.

“Tarikh mahu menikah sudah periksa?” soal Mas memandang tepat ke arah bakal ayahnya.

“Pak cik datang ini mulanya mahu memujuk kamu, tetapi nampaknya aura pak cik sudah memujuk Mas sebelum pak cik tiba. Jadi, kita bincang sekaranglah,” kata Encik Faiz kegembiraan.

“Semua orang sudah berada di sini. Apa tunggu lagi, mari duduk,” pelawa Mas.

Mas sedar bahawa setiap ujian yang diberi oleh Allah, pasti ada hikmahnya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: