Certot

Ibu Superheroku !

Hasil nukilan Irdina Amalin 1 year agoSuperhero

Suasana di dalam rumah keluarga Encik Badrul riuh-rendah dengan bunyi gelak tawa kanak- kanak kembar berumur lima tahun, iaitu Nisrina Aleeya dan adiknya, Nishana Aleeya. Mereka berdua sedang bermain sembunyi-sembunyi bersama ibu mereka, Puan Nadirah sementara menunggu kepulangan ayah mereka dari tempat kerja.

  Sedang Puan Nadirah sibuk bermain bersama anak-anaknya, tiba-tiba handphone berjenama beliau berdering. Puan Nadirah segera mengangkat panggilan telefon tersebut.

“Assalamualaikum, ini Puan Nadirah?” tanya seorang lelaki. 

Puan Nadirah pun menjawab, “Waalaikumussalam. Ya saya Puan Nadirah. Mengapa?” 

Lelaki itu pun memberitahu sesuatu, “Suami Puan Nadirah sekarang berada di wad ICU Hospital Pakar Metro kerana terlibat dalam satu kemalangan.” 

Puan Nadirah amat terkejut dan jatuh tersungkur sambil menangis teresak-esak. Tanpa membuang masa, Puan Nadirah bersama Rina dan Hana segera bertolak ke hospital tersebut. Mujurlah hospital tersebut tidak jauh dari rumah mereka.

Setelah tiba di Hospital Pakar Metro, Puan Nadirah segera pergi ke wad ICU dan mencari doktor yang merawat suaminya. Selepas beberapa minit mencari, akhirnya beliau terjumpa wad ICU dan terus memasuki wad tersebut dengan kebenaran doktor. 

Doktor dengan berat hati memberitahu Puan Nadirah bahawa suaminya tidak dapat diselamatkan lagi. Puan Nadirah sekali lagi jatuh tersungkur di sebelah mayat suaminya sambil menagis teresak-esak.

Rina dan Hana mengoncang-goncang mayat ayahnya sambil berkata, “Papa, bangunlah! Jangan tidur, mari la kita main. Lama kita tidak main sama-sama. Papa, bangunlah!”

*****

Tujuh tahun berlalu.

Nisrina dan Nishana dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah. Kini mereka sudah berumur 12 tahun. Nisrina menjadi seorang anak yang baik, pandai serta rajin sola. Namun adiknya Nishana menjadi seorang yang malas, suka memberontak, dan malas untuk bersolat. 

Ibu mereka, Puan Nadirah sekarang sudah bekerja sebagai seorang kerani di sebuah sekolah. Puan Nadirah juga melakukan kerja sambilan untuk mendapat pendapatan lebih.

  “Ibu, Hana mahu duit,” kata Hana dengan biadapnya kepada Puan Nadirah.

“Hana mahu duit untuk apa?” 

“Hana mahu beli buku.”

“Oh, mengapa tidak cakap awal awal? Ambillah RM50 ini.”

“Terima kasih, ibu. Hana sayang ibu.” 

Hana memeluk Puan Nadirah dengan eratnya sambil mencium pipi ibunya yang putih gebu itu. 

‘Padan muka ibu kena tipu hidup-hidup dengan aku,’ bisik hati Hana, lalu keluar dari rumah.

*****

 Matahari sudah lama terbenam,  tetapi Nishana masih belum lagi pulang ke rumah. Ibu dan kakaknya mulai risau. Setelah lama menunggu, Rina mengambil keputusan untuk mencari Hana. 

“Ibu, izinkan Rina untuk mencari Hana,” kata Nisrina dengan lemah lembut kepada ibunya.

 “Ya, ibu izinkan tetapi ibu mahu ikut sekali,” jawab ibu. 

Ketika Nisrina membuka pintu, dia terlihat susuk tubuh yang amat dikenali iaitu Hana sedang menanggalkan kasutnya dan masuk ke dalam rumah tanpa rasa bersalah. 

“Hana pergi ke mana?” tanya Rina. 

Hana tidak menjawab persoalan Rina dan terus masuk ke dalam biliknya. 

“Ish, Hana ini orang tanya, jawablah,” rungut Rina.

“Rina, sudahlah itu. Mungkin Hana penat agaknya,” kata ibu.

*****

  Seminggu sebelum Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), ramai murid tahun enam termasuk Nisrina membaca buku sebagai persiapan awal bagi menghadapi ujian tersebut. Namun, Nishana dan kawan-kawannya, Natasya, Wani, dan Zara masih berseronok di siber cafe. 

Sudah banyak kali Rina dan Puan Nadirah menasihati Hana supaya membuat ulangkaji, tetapi Hana hanya buat endah tak endah sahaja dengan nasihat kakak dan ibunya. 

Hari demi hari berlalu, sedar tidak sedar hanya tinggal lagi sehari sebelum peperiksaan UPSR.

‘Argh, tidak! Lagi sehari peperiksaan UPSR. Bagaimana?’ keluh hati Hana. 

Pening kepala Hana memikirkan bagaimana dia hendak membaca semua buku dalam masa yang singkat. Setelah habis membuat latihan Bahasa Malaysia, Hana berasa penat dan dia mengambil keputusan pergi ke dapur untuk membasahi tekaknya. 

Ketika dalam perjalanan menuju ke dapur, dia ternampak Rina sedang menonton televisyen. 

“Rina tidak belajarkah?” tanya Hana dengan nada suara yang tinggi. 

“Hari ini Kak Rina rasa mahu tenangkan fikiran sahaja,” jawab Rina sambil tersenyum.

*****

 Tepat pukul 5.30 pagi, Nisrina sudah siap memakai baju sekolah manakala Nishana masih melayan mimpinya. Tanpa menghiraukan Hana, Rina keluar dari bilik itu dan terus menuju ke dapur untuk bersarapan. Selepas bersarapan, Rina bersalaman dan meminta ampun ibunya sebelum pergi ke sekolah.

    “Nishana, bangun. Sudah pukul 7.00 pagi. Hari ini Hana UPSR,” kata Puan Nadirah. 

Hana bergegas bagun dari katilnya selepas mendengar ibunya memberitahu ‘sudah pukul 7.00 pagi’. “Ish… ibu mengapa tidak kejut awal?” marah Hana kepada ibunya. Ibunya hanya mendiamkan diri.

*****

“Merdeka!” jerit Hana, Natasya, Wani, dan Zara serentak. Mereka berempat amat seronok kerana peperiksaan UPSR telah tamat. 

“Nanti kita semua mahu buat apa bagi mengisi masa lapang?” tanya Natasya kepada kawan-kawannya. 

Aku tahu! Apa kata kita pergi  mandi di sungai bersama-sama?” Wani memberi cadangan. Mereka semua bersetuju dengan cadangan Wani itu.

*****

“Hana, mari pergi melawat kubur arwah papa,” ajak Puan Nadirah.

“Malaslah. Ibu pergilah dengan Kak Rina,” jawab Hana. 

Puan Nadirah tetap memujuk Hana untuk pergi melawat kubur ayah mereka. Tetapi, Hana tetap berkeras tidak mahu melawat kubur ayahnya.

******

  “Sadaqallahulazim.” Rina dan ibunya selesai membaca surah Yassin buat ayah mereka. 

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka terserempak dengan Hana bersama kawan-kawannya di tepi sungai. Hana dan kawan-kawannya bercadang untuk mandi di sungai tersebut.

    Semasa Hana hendak terjun masuk ke dalam sungai, ibunya menjerit, “Hana, jangan!” lalu berlari ke arah Hana dan menarik tangannya . 

“Hana, apa yang kamu buat ini? Bahaya!” marah Puan Nadirah kepada anaknya. 

“Hana tetap mahu terjun juga. Lepaskan tangan Hana, ibu!” jawab Hana dengan nada suara yang tinggi. 

Hana tidak menghiraukan lagi kata-kata ibunya dan terus terjun ke dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka mendengar jeritan yang amat kuat daripada Hana. Tanpa berlengah Puan Nadirah berlari ke arah anaknya itu tanpa menyedari dia telah memijak paku yang berkarat ketika berlari ke arah Hana. Puan Nadirah mencabut paku itu dan tetap berlari mencapai anaknya yang hampir lemas.

******

  Tiga hari kemudian.

    Keadaan Rishana sudah kembali stabil. Dia dibenarkan pulang ke rumah. Puan Nadirah sangat gembira selepas mendengar berita tersebut.

    Setelah tiba di rumah, Hana tersedar daripada tidur. Dia ternampak ibunya sedang berada di sisinya sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran. 

“Ibu, Hana di mana?” tanya Hana. Ibunya yang sedang kusyuk membaca Al-Quran mengalihkan pandanganya ke arah Hana lalu memeluknya.

    Hana ternampak kaki ibunya yang berbalut, lalu dia bertanya, “Mengapa dengan kaki ibu?”

Puan Nadirah menjawab, “Tiada apa-apa. Hana jangan risau, ya.”

    Nishana memikirkan apa yang berlaku ke atas dirinya. Dia tersedar bahawa dia telah menderhaka ibunya selama ini. Hana bangun dan pergi ke bilik Puan Nadirah untuk memohon maaf daripada ibunya.

    Namun malangnya, Hana sudah terlambat. Dia melihat ibunya sudah terlentang tidak bergerak di atas sejadah. Hana berlari dan mendapatkan ibunya. 

“Ibu, maafkan Hana !.Bangun ibu, bangun!” jerit Hana sekuat hati. 

Rina yang mendengar jeritan Hana bergegas berlari kepadanya. “Hana, mengapa?” tanya kakaknya. 

“Ibu !” balas Hana.

“Mungkin ini takdir hidup kita, Hana. Redha dan bersabar,” kata Rina yang cuba menenagkan adiknya.

Akhirnya, mereka berdua menjadi anak yatim piatu kerana tidak lagi mempunyai ibu ataupun ayah. Mungkin dahulu mereka menjadi anak yatim kerana masih mempunyai ibu, tetapi tidak sekarang. Hana amat menyesali perbuatanya ke atas Puan Nadirah.

*****

    15 tahun berlalu.

    Kini Nisrina Aleeya menjadi seorang doktor yang berjaya. Manakala adiknya Nishana Aleeya menjadi seorang guru di sebuah sekolah. Walaupun mereka berdua sudah mempunyai kerjaya, mereka tetap tidak melupakan jasa kedua orang tua mereka. Lebih-lebih lagi jasa ibu mereka, Puan Nadirah yang bagaikan superhero menjaga mereka sejak Encik Badrul tiada. Beliau berkorban segalanya demi mereka.

    Setiap bulan mereka berdua mesti pergi ke kubur untuk melawat arwah ibu bapa mereka.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: