Certot

Ibu, Kuingat Kau Selalu!

Hasil nukilan Haqeemi 10 months agoSuperhero

   Hari ini, sudah tiga tahun mama tinggalkan Syah dan papa. Suasana hening di tanah perkuburan. Terdengar sayu bacaan surah yasin yang diketuai bacaan oleh pak ngah. Teringat segala kenangan manis bersama-sama mama. Syah juga teringat kisah yang tidak boleh dilupakan. Memang setiap kali menziarahi kubur mama, pasti Syah akan teringat saat-saat terakhir mama. Air mata Syah pasti akan mengalir mengenangkan kisah ini.

*****

Tiga tahun yang lalu….

“Syah, cepat sarapan. Sudah lambat ini. Nanti tertinggal van.” Seperti hari-hari yang lain, mama akan siapkan sarapan untuk Syah sebelum pergi ke sekolah.

“Wah, nasi goreng pattaya! Mama memang tahu kesukaan Syah.”

Selesai syah menjamu selera kesukaannya itu. Tiba-tiba….

Pin! Pin!

Pak mad, pemandu van Syah membunyikan hon. Bergegas Syah bersalaman dengan ibunya.

*****

Kring! Kring!

Itu tanda waktu rehat sudah tiba. Seperti biasa murid-murid akan berkejaran untuk ke kantin. Hari itub Syah tidak ke kantin kerana sudah kenyang menjamah nasi goreng kesukaannya yang di hasilkan oleh air tangan ibunya.

Sedang sibuk Syah mengulangkaji di anjung membaca sekolahnya itu, tiba-tiba Syah diarahkan untuk pergi ke pejabat. Terpaksalah Syah menurut.

*****

Setibanya di pejabat, Syah lihat papanya di situ. Syah hairan mengapa papanya ada di situ. Tanpa membuang masa encik hairul, ayah kepada Syah terus menyuruh anaknya supaya balik. Katanya mamanya masuk hospital.

*****

Apabila sampai di hospital, kelihatan mama terlantar di katil hospital. Kata papa, mama diserang penyakit jantung selepas Syah pergi ke sekolah.

Malam itu, Syah banyak berdoa supaya Allah selamatkan ibunya itu selepas solat isyak.

Akhirnya, Syah terlena di sofa wad ibunya itu. Dari Syah sampai hospital sehinggalah sekarang ibunya itu masih terlantar di katil.

Tiba-tiba bunyi kuat seperti menahan kesakitan memaksa Syah bangun daripada buai mimpinya. Ketika itu pukul .002 pagi di hospital. Syah terus menuju ke sisi mamanya. Kelihatan papa Syah sedang menenangkan mama.

Sempat Syah dengar kata-kata mamanya yang agak perlahan, “Syah, Allah lebih sayangkan mama. Syah jaga diri elok-elok. Jangan tinggal solat. Belajar rajin-rajin. Syah berjaya nanti mama pun tumpang gembira di sana. Mama sayang Syah.”

Mama telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi. Ketika itu Allah sahaja yang tahu perasaan hamba-Nya yang kehilangan ibunya. Tiada apa lagi yang Syah boleh lakukan ketika itu.

Itu hakikatnya. Semua yang hidup akan pergi jua. Allah lebih sayangkan mama.

*****

Tiga tahun berlalu mama tinggalkan Syah dan papa.

“Amin….”

Semua yang ada tadi ingin meninggalkan kawasan perkuburan ini.

“Syah, mari pulang,” kata papanya dengan suara yang perlahan.

“Papa pergilah dahulu. Nanti Syah datang,” balas syah.

‘Mama, semoga mama sejahtera di sana. Syah rindukan mama. Syah ingat lagi pesanan, masakan, ciuman terakhir mama buat Syah. Syah harap mama, papa, dan Syah akan bahagia di syurga suatu hari nanti. Syah pulang dulu. Nanti Syah melawat mama lagi. Syah sayang mama.’

Selepas cium batu nisan ibunya itu, Syah mengelap air mata yang mengalir.

“Assalamualaikum, mama,” ucap syah sebelum beredar dari kawasan perkuburan itu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: