Certot

Ibu, I Love You!

Hasil nukilan Anis Akhtar about 2 years agoSuperhero

Seorang ibunya mempunyai kasih sayang yang tidak terhingga kepada setiap orang anaknya. Seorang ibu ini mempunyai seorang anak bernama Aliah. Aliah ialah seorang yang nakal dan suka melawan cakap ibunya. Ayahnya sudah meninggal kerana sakit paru-paru.

“Aliah, mari kita sarapan bersama-sama,” panggil ibu Aliah,Puan Ariana yang sedang berada di dapur.

“Mama masak apa? Kalau mama masak nasi goreng sekali lagi, saya sudah tidak mahu makan masakan mama yang tidak sedap,” jawab Aliah dengan suara yang garang.

Puan Ariana menitiskan air matanya sambil berkata, “Aliah maafkan mama, keluarga kita ini miskin. Mama hanya mampu masak nasi goreng.” Puan Ariana memeluk anaknya. Namun Aliah hanya membuat muka bengis.

“Mulai hari ini, aku tidak akan memanggil kamu mama lagi. Aku akan memanggil kamu Mak Cik Ariana sahaja. Selagi mak cik tidak memasak nasi ayam untuk aku,” kata Aliah lalu menolak ibunya ke hadapan.

Puan Ariana terjatuh di tepi meja makan. Air matanya menitis satu per satu ke atas lantai rumahnya. 

“Aliah tidak mahu mama temankan?” tanya puan Ariana sambil memegang tangan anaknya.

Aliah memandang ibunya dari atas hingga bawah. “Tidak perlulah mak cik temankan saya. Kalau mak cik temankan saya, saya akan mendapat malu kerana kawan saya melihat mak cik seperti pengemis. Baju koyak sana koyak sini,” ujar Aliah lalu pergi meninggalkan ibunya di rumah.

******

“Kamu mahu dengar cerita? Tadi semasa aku dengan ibu aku berada di rumah, aku marah dia sebab dia selalu masak nasi goreng. Tidak sama dengan style aku langsung. Selepas itu aku cakap aku tidak akan panggil dia ibu, tetapi aku akan panggil dia Mak Cik Ariana,” cerita Aliah yang sedang berada di cyber cafe bersama dua orang murid perempuan dan  tiga dan tiga orang murid lelaki.

“Cuba tengok di sana. Kelakar betullah mak cik itu. Mesti dia sedang cakap ‘Tolong saya bantu saya. Saya anak orang miskin’  betul tidak?” kata seorang murid lelaki sambil menunjukkan jarinya ke arah seorang mak cik yang dianggap ‘pengemis’.

‘Alamak, itu ibu aku. Mengapa dia ada di sini,’ bisik hati Aliah setelah mengenal pasti itu ialah ibunya.

“Mari kita kacau mak cik itu,” kata seorang murid perempuan. 

“Okey,” kata Aliah. Dia masih tidak mahu memberi ahu kawan-kawannya siapakah mak cik itu.

Mereka semua berjalan menuju kearah mak cik itu dengan penuh megah. “Mak cik mengapa ini? Kasihan mak cik tidak terurus,” Kata Aliah sambil merenung ibunya.

“Aliah, mengapa tidak pergi sekolah?” kata puan Ariana dengan suara yang lemah.

“Siapa yang kau panggil Aliah?” marah Aliah setelah mendengar namanya disebuat di hadapan rakan-rakannya.

“Aliah anak emak. Emak yang lahirkan Aliah,” kata Puan Ariana lagi.

“Jangan panggil nama aku boleh?” Suara Aliah semakin kuat. Mukanya mula menjadi bengis. 

“Aliah binti Hussin, ini emakyang jaga kamu, yang lahirkan kamu.” Puan Ariana memeluk Aliah.

Aliah lalu menolak ibunya ke tengah jalan.

PUMP!

Kedengaran bunyi hentaman yang kuat. Susuk tubuh yang penuh dengan darah terbaring di atas jalanan. Darah terpecik ke baju Aliah. Air matanya mengalir laju dipipi. Aliah memeluk ibunya yang tebaring di jalan. 

“Ibu!” jerit Aliah sekuat hati. 

Ambulan datang untuk menolong Aliah dan ibunya. Aliah memeluk ibunya buat kali terakhir. Mata ibunya tertutup rapat. Degupan jantung ibunya terhenti.

“Emak, terima kasih sebab jaga Aliah, sebab melahirkan Aliah. Ibu ialah superhero di hati Aliah sepanjang masa. Aliah akan jaga diri Aliah. Aliah minta maaf,” bisik Aliah ke telinga ibunya.

Ibu, engkaulah hero kesayanganku. Terima kasih ibu tercinta. Ibu, I Love You!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: