Certot

I Promise, Daddy!

Hasil nukilan Humaira Huda 2 years agoSuperhero 17

             

Pintu bilik kecemasan dibuka dengan perlahan tanda pemeriksaan sudah siap dilakukan. Encik Alif dan Puan Izura segera mendekati doktor untuk mengetahui keputusannya.

 

“Doktor, apa yang terjadi pada anak kami?” Pertanyaan itu serentak ditujukan kepada doktor.

 

“Erm… Iman mengalami hilang ingatan. Dan sekarang dia sedang koma. Mungkin kepalanya terhentak kuat pada dashboard kereta menyebabkan dia hilang ingatan. Dan mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk mengingati segalanya semula kerana penyakit Iman ini agak serius.”

 

Penjelasan daripada doktor itu sangat mengejutkan Encik Alif dan Puan Izura.

 

“Anak kami koma dan hilang ingatan? Jadi, apa yang perlu kami lakukan sekarang, doktor?

 

“Kita semua sudah tidak boleh melakukan apa-apa sekarang melainkan berdoa kepada Yang Maha Kuasa. Kita semua doakan semoga Iman cepat sedar dan dapat ingat semula segalanya.”

 

Encik Alif dan Puan Izura hanya mengangguk tanda memahami. Dalam hati masing-masing tidak berhenti mendoakan kesihatan Iman.

 

“Boleh kami lihat Iman sekarang?”

 

“Ya. Encik dan Puan boleh melawat Iman sekarang juga.”

 

*****

 

Dua tahun berlalu selepas kejadian itu. Iman hanya termenung memikirkan apa yang bakal dirinya tempuhi selepas ini. Selepas pemergian arwah ibunya, kini ayahnya pula dikhabarkan menghidap penyakit serangan jantung.  Iman teringatkan kata-kata terakhir dari arwah ibunya.

 

“Iman, ini ibu kamu. Ibu yang melahirkan kamu, sayang. Dan, ini pula ayah Iman. Iman ingat lagi tidak?”

 

Iman menggelengkan kepala tanda tidak mengingati.

 

“Tak apa, Iman. Kita cuba ingat perlahan-lahan ya?”

 

“Saya tak kenal siapa kamu berdua ini. Dan, kenapa panggil saya Iman?” jawab Iman.

 

Jawapan Iman sedikit mengguriskan hati si ayah dan ibu. Namun, itu bukanlah sebab yang mereka akan mengalah! Dan, tiada sebab mereka akan mengalah!

 

“Tidak mengapalah, Iman. Baiklah, Iman boleh ingat sikit-sikit? Dan, Iman perlu tahu, paling penting Iman perlu ingat ialah Allah itu Tuhan Iman. Yang masih bagi Iman nyawa untuk hidup hari ini. Sekarang Iman boleh ingat?”

“ Tadi, kamu selalu cakap nama saya Tengku Iman Afiq. Tengku Iman Afiq itu siapa? Lepas tu, semua yang masuk bilik semuanya panggil saya, Iman, Iman. Saya peliklah,“ kata Iman.

“Tengku Iman Afiq itu nama kamu, Iman.“ Disertakan dengan senyuman dan ketawa kecil.

 

 

Dan itulah senyuman terakhir ibu selepas ibu diserang sesak nafas secara tiba-tiba. Dan itulah yang Iman ingat sehingga hari ini.

 

*****

Suatu hari, ayah dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya semakin tenat. Iman hanya setia duduk di sisi ayah ketika didalam wad. Pada malam itu, ayah terjaga daripada tidurnya. Ayah tersenyum melihat Iman yang sedang lena dibuai mimpi. Tidak sampai hati pula mahu kejutkan. Belum sempat ayah ingin menyambung tidurnya semula, Iman sudah terjaga daripada tidurnya. Dan sempat menyedari ayah sudah terjaga.

“Ayah dah bangun? Ayah nak makan apa-apa tak? Iman boleh hidangkan kalau ayah mahu.“

“Tidak perlulah, Iman. Ayah tak lapar pun. Kalau Iman mahu makan, Iman makanlah. Ayah nak berehat.”

Iman mengangguk. Tangan Iman ditarik oleh Encik Alif. Senyuman manis diberikan.

  “Iman tahu tak, waktu Iman lahir, ayah memang teruja sangat nak berjumpa dengan Iman. Sebab ayah tahu Iman pun tak sabar mahu lihat ayah dan ibu. Lepas tu, ayah dah azankan Iman. Ayah memang sayangkan Iman. Begitu jugalah, ibu. Dan, waktu Iman berumur enam tahun, Iman terlibat dalam kemalangan. Pak Long Iman yang memandu. Ayah rasa sedih bila dapat tahu Iman kemalangan. Dan, lagi tambah kesedihan ayah bila doktor cakap Iman hilang ingatan, Iman koma. Hati ayah rasa dicucuk-cucuk dengan pisau sakitnya. Lepas dua tahun, Ibu pula meninggalkan kita semua. Dan lagilah tambah kesedihan ayah. Sampai ayah mengalami sakit jantung. Ayah fikir, macam mana ayah nak jaga Iman? Ayah sangat sayangkan Iman. Sangat-sangat. Iman, ayah nak sangat pergi haji. Dari dulu lagi. Tapi, ayah tak mampu lagi waktu itu. Ayah nak sangat pergi dengan Iman. Nanti bila ayah dah sihat, kita pergi sama-sama ya Iman?”

“Insya Allah, ayah. Iman janji, I Promise! Iman akan bawa ayah! Dan pergi dengan ayah! “

Ayah tersenyum melihat gelagat Iman yang sudah dewasa itu.

*****

Pagi itu.

“Ayah, Iman nak ambil ubat ayah dalam kereta.“

“Iman, ayah nak ikut boleh? Ayah nak ambil udara luar.“

“Baiklah. Tapi ayah naik kerusi roda tau. Sebab doktor cakap kaki ayah itu sakit.”

Iman menolak kerusi roda sehingga ke pondok kecil milik hospital.

Iman meninggalkan ayah dipondok lalu melintasi jalan untuk ke tempat letak kenderaan.

Tanpa Iman sedari, sebuah kereta meluncur laju dalam masa yang sama di kawasan itu.

Ayah yang menyedari kejadian itu segera bangun dari kerusi roda dan berlari ke arah Iman dan segera menolaknya ketepi. Iman yang baru juga menyedari kejadian itu segera memeluk ayahnya. Tidak mahu lagi kehilangan seseorang yang bermakna.

Selepas Encik Alif mengadu kepada Iman yang kakinya sakit, Iman segera melaporkan kepada doktor yang bertugas. Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor memberitahu yang ada kesan langgaran pada kaki Encik Alif. Namun, kesan itu tidak melibatkan kecederaan yang serius.

*****

13 tahun berlalu.

“Ayah.”

“Apa Iman?”

“Tidak sangka kita betul berada di Mekah. Ya Allah, Indahnya suasana di sini, ayah.  Alhamdulillah.”

“Alhamdulillah, sudah tunailah hajat ayah mahu pergi dengan Iman, kan?  Jom, Tengku Iman Afiq.“

“Jom, ayah. Allahuakhbar!”

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: