Certot

I Love You, Papa!

Hasil nukilan Amelia 1 year agoFiksyen 21

27 Mei 2016. 

Hari ini merupakan hari lahirku yang ke-11. Pada tahun ini, aku berhajat untuk memiliki satu set LEGO edisi terhad.S udah lama aku mengimpikan mahu  membeli set permainan tersebut. Akan tetapi, mama dan papaku tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli set permainan itu.

Aku sering dimarahi papaku kerana asyik meminta barang yang mahal harganya walhal bukannya dia tidak mampu. Papaku berpangkat Tan Sri, tetapi dia amat kedekut. 

“Kamu ini, Qairina! Mengapa kamu selalu minta hadiah yang mahal-mahal?Boleh nipis poket papa nanti.”

Itulah kata papaku. Mahal? Aku tertanya-tanya. Sekiranya papaku boleh membeli banglo yang berharga RM4 juta, mengapa papa tidak boleh membeli set permainan LEGO yang kurang daripada RM1000? Adakah aku ini bukan anak kandungnya? Usah fikir yang bukan-bukan!

Ya, namaku Qairina. Walaupun aku seorang perempuan, tetapi aku lebih gemar bermain permainan lelaki seperti LEGO, Transformers, kereta lumba, dan sebagainya. Papa tidak seperti mama. Setiap kali hari lahirku tiba, pasti mama membelikan hadiah yang aku minta. Aku lebih menyayangi papa daripada mama! 

Kedekuk!Kedekuk!Kedekuk! 

“Astaghfirullahalazim,” aku beristighfar panjang. Papa tetap papaku. Aku tidak boleh mengutuknya. Tidak baik! Perbuatan itu hanya akan menambahkan dosaku sahaja.

Mesti ada sebab mengapa papa tidak membelikan hadiah yang aku minta. Mungkin suatu hari nanti, papa akan membelikan aku hadiah yang lebih berharga dan mahal. Insya Allah!

************************

Hari ini aku akan mengadakan majlis sempena hari lahirku.Ramai kawan-kawanku yang hadir bersama ibu bapa mereka.Kebanyakan tetamu yang dijemput hadir ialah kanak-kanak.Jiran-jiranku turut hadir.

Namun,hari lahirku ini tidak segembira seperti tahun-tahun yang lalu.Satu kejadian telah berlaku.Kawan-kawan semua mahu tahu?Ikutilah kisah ini.

*****

Ketika majlis hampir berakhir, muncul seorang lelaki yang berbadan tegap dan berkulit sawo matang di rumahku. Dia memberi salam.D ia mahu bertemu dengan papaku.

“Tan Sri Azlan! Tan Sri Azlan!” lelaki tersebut memanggil nama papaku dengan lantang.

Papaku berlari-lari anak ke arah lelaki tersebut. Papaku terkesima seketika apabila melihat wajah yang bertandang ke rumahnya. Menerusi riak wajah papaku, dia seperti mengenali lelaki itu. Tetapi, siapa dia?

“Eng… engkau, Nazrul?” tanya papaku dengan tergagap-gagap.

“Ya, ini aku Azlan. Adakah engkau sudah lupa padaku? Di sini rupa-rupanya engkau menyorok,” kata lelaki yang dikenali sebagai Nazrul itu.

“Apa yang kamu buat di rumahku ini, Nazrul?” papaku menjerit dengan lantang.

“Salahkah sekiranya aku mahu menjenguk anak kandungku sendiri?” balas Encik Nazrul.

Semua tetamu hanya terpaku dan berdiri seperti tunggul kayu melihat pertengkaran yang berlaku. Mamaku yang berada di dapur berjalan ke ruang tamu apabila mendengar kekecohan. Mamaku terkejut bukan kepalang apabila melihat Encik Nazrul.

Aku berasa hairan. Anak kandung? Anak kandung siapa yang Encik Nazrul maksudkan? Encik Nazrul merenung mata mamaku. Kemudian matanya beralih pula kepadaku. Dia mendekati diriku. Aku menjadi takut sehingga terundur setapak ke belakang.

Encik Nazrul memelukku. Kemudian dia memeluk mamaku pula. Melihat perlakuan tersebut, muka papaku menjadi merah berapi.

“Hoi, Nazrul! Engkau fikir engkau itu siapa?” marah papa.

“Qairina ini anak kandung engkau?”

“Apa yang engkau cakap ini?” Muka papaku menjadi pucat lesi.

“Engkau jangan buat tidak tahu. Untuk pengetahuan semua, Qairina ialah anak kandung saya. Manakala Munirah ini pula ialah isteri saya,” Encik Nazrul membuat pengakuan.

Mendengar sahaja pengakuan tersebut, aku terus berlari ke bilik tidurku yang berada di tingkat atas. Air mataku bergenang di pipi. Papaku mengarahkan semua tetamu pulang ke rumah masing-masing kerana berlakunya konflik keluarga di situ.

*****

Mamaku mengetuk pintu bilik tidurku. 

Tok!Tok!Tok! 

Aku mengizinkan mama masuk. Pada waktu itu, aku menyelubungkan diri dengan selimut akibat terlalu sedih.

“Rina, mama mahu bercakap dengan kamu sebentar.”

Aku membuka selimut yang menyelubungkan diriku. Aku mengangguk tanda memberi keizinan untuk mamaku bercakap.

“Mama mahu berterus-terang dengan kamu.”

“Mahu berterus-terang apa lagi? Semuanya sudah nyata. Rina bukan anak kandung papa.”

“Tetapi, kamu tetap anak mama. Kamu ialah anak kandung mama. Mama yang mengandungkan kamu selama sembilan bulan dan melahirkan kamu dengan kesakitan yang amat pedih,” kata mamaku dengan tenang.

“Semuanya sudah terbongkar. Tidak perlulah mahu menerangkannya lagi. Kebenaran pasti akan terbongkar jua walau papa dan mama menyimpan rahsia itu selama bertahun-tahun sekalipun. Allah sentiasa berpihak pada kebenaran. Sekarang smeuanya sudah jatuh ke pengetahuan Rina. Sanggup mama menipu Rina selama ini! Mengapa mama kahwin dengan papa? Mengapa mama tinggalkan Encik Nazrul terkontang-kanting?” kataku dengan suara serak-serak basah kerana terlalu lama menangis. 

Aku masih memanggil Tan Sri Azlan sebagai papa walaupum dia sebenarnya ialah papa tiriku. Aku masih tidak percaya bahawa Encik Nazrul itu ialah papa kandungku.

“Mama terpaksa tinggalkan papa kandung kamu. Encik Nazrul ialah kawan karib kepada papa. Semasa mama menjadi isteri sah kepada Encik Nazrul, papa masih bujang lagi. Pada waktu itu dia masih belum memegang pangkat sebagai Tan Sri lagi. Dia masih muda belia waktu itu. Papa cemburu melihat kemesraan kami dan dalam diam dia telah jatuh hati kepada isteri kawan karibnya sendiri. Pada 27 Mei 2005, kamu pun dilahirkan. Kamu membesar di bawah jagaan Encik Nazrul selama dua tahun sahaja. Kita sekeluarga tinggal di Perak dahulu.

Pada tahun 2007, semasa Encik Nazrul sedang bekerja, papa datang ke rumah. Mama hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia melarikan mama bersama kamu ke Kuala Lumpur ini.

Kamu tidak tahu-menahu lagi. Oleh sebab itulah kamu menyangka Tan Sri Azlan itu ialah papa kandung kamu.”

“Tan Sri Azlan bukan papa Rina. Encik Nazrul ialah papa Rina,” kataku. Hatiku menjadi tenang semula setelah mendengar cerita daripada mama.

“Alhamdulillah. Baguslah sekiranya Rina sudah sedar. Mari kita turun ke bawah.” Mamaku meleretkan senyuman manis.

*****

Aku menghampiri papa kandungku. Aku memeluknya. “Rina rindu sangat pada papa,” bisikku.

“Papa pun rindu pada Rina juga.”

Tan Sri Azlan mengetap bibir melihat kemesraan dua beranak itu. Geram!

adap isterinya yang tercinta itu. Aku dan Encik Nazrul menjadi saksi mereka berdua.

Setelah selesai semuanya, Encik Nazrul membawa aku dan mamaku pulang ke rumah. Sebelum kami melangkah keluar, Tan Sri Azlan sempat bertanya, “Sekiranya kamu semua pergi, aku mahu tinggal dengan siapa? Siapa yang akan menguruskan makan minumku?”

“Amah engkau kan ada. Senang cerita, engkau kahwin sahaja dengan dia. Bukankah dia masih muda dan bujang?” balas Encik Nazrul dengan menyelitkan unsur sindiran. Aku hanya tertawa kecil.

Tinggallah Tan Sri Azlan terkontang-kanting sendirian. Rahsia yang disimpan selama bertahun-tahun akhirnya terbongkar jua. Dia menyesal dengan sikapnya yang hanya mengikut kehendak hawa nafsu.

*****

Semasa berada di dalam kereta,E ncik Nazrul bertanya, “Rina, apa yang kamu mahu sempena hari lahir kamu ini?”

“Rina mahu set permainan LEGO edisi terhad,” jawabku.

“Amboi, tidak sangka anak dara papa ini suka akan permainan lelaki!”

Mamaku tersenyum.

“Biarlah. Papa bekerja sebagai apa?”

“Papa bekerja sebagai doktor di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur ini. Papa tidak sekaya Tan Sri Azlan dan rumah papa tidaklah sebesar mana,” Encik Nazrul menjawab dengan jujur.

“Mari kita pergi ke kedai permainan untuk membeli hadiah yang kamu minta.”

Aku bersorak kegembiraan. ‘Papa memang baik! Setelah bertahun-tahun aku mengidamkan permainan itu, akhirnya dapat juga,’ desis hatiku.

Setelah selesai membeli hadiah, kami pulang ke rumah banglo dua tingkat. Aku menjadi kagum melihat keindahan banglo tersebut. Walaupun tidak sebesar rumahku dahulu, aku tetap bersyukur kerana masih dikurniakan tempat kediaman yang selesa.

Kasih sayang tidak dihitung melalui kekayaan, tetapi dihitung melalui ketulusan hati. Aku, papa, dan mama hidup bahagia.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: