Certot

I LOVE YOU, MY FRIEND!

Hasil nukilan Nana Hanis 2 years agoFiksyen

NURUL Aqila Jessie bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Jessie merupakan seorang gadis yang cantik dan bijak. Dia berasal dari Amerika dan pulang ke tanah airnya iaitu Malaysia. Dia mengikut ibu bapanya pulang ke Malaysia kerana ibunya terlalu rindu masakan Melayu. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pulau Rintih. Dia mempunyai seorang sahabat bernama Nur Hani. Mereka teramat rapat di sekolah dan di rumah.

*****

“Jess, marilah pergi rehat,” ajak Hani. 

“Okey,” jawab Jessie pendek. 

“Mesti awak berdebar, bukan?” soal Hani. 

“Pastilah! Pertandingan sajak itu adalah esok!” kata Jessie. 

“Tidak mengapa. Saya akan tetap berada di sisi awak. Saya akan tetap menyokong awak. You can belive me!” sokong Hani. 

“Terima kasih,” kata Jessie. Debaran di hati masih tidak hilang.

******

“Jessie, Hani, kita sudah sampai,” kata Cikgu Delena. 

“Cikgu Lena, saya berdebarlah, cikgu,” jelas Jessie. Dia mendapat giliran ke 3 dari 12 orang peserta. Sajaknya bertajuk Sunyi tanpa Sahabat. Jessie membaca sajak itu dengan bagus. 

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Mereka menunggu di dewan bagi acara penyampaian hadiah. Alhamdulillah Jessie dan Hani mendapat nombor satu dalam acara yang disertai mereka. Mereka pulang dengan perasaan gembira.

*****

 “Hani, saya mahu cakap sesuatu dengan awak.”

 “Mengapa muka serius sangat, Jess?”

 “Nenek saya di Amerika sakit. Jadi….”

  “Jadi?”

  “Saya akan pindah ke Amerika semula.” 

  “Awak akan tinggalkan saya?”

  “I’m sorry but yes.”

  “Saya berharap nenek awak akan sembuh. Awak akan pulang ke Malaysia, bukan?”

  “Ya, tetapi lambat lagi saya akan pulang.”

   “Bila awak akan pulang?”

   “Lima tahun lagi.”

   “Apa? Lima tahun?”

******

   Hati Hani terluka, bengkak, dan berdarah. Lagi-lagi rumah kawan baiknya sudah dijual. Setahun semenjak Jessie meninggalkannya, prestasi pelajarannya semakin menurun. Dia sering termenung mengenangkan Jessie. Kini, umurnya 19 tahun. Masih ada empat tahun yang berbaki. Namun, rindu di hati tidak dapat ditahan lagi. Dia dan Jessie akan berjumpa pada umur 22 tahun. Pasti mereka sudah tidak mengenal satu sama lain lagi. 

“Aku sayang kau, Jess,” kata Hani. Dia bertekad melupakan Jessie. Gadis itu adalah gadis yang pertama dia beri kepercayaan sepenuhnya. Kini, benarlah kata-kata sajak itu. Hidup ini sunyi tanpa sahabat.

Sahabat,

Engkau membuat hatiku gembira,

Di saat kusedih dan terluka,

Engkau ada pengubat luka.


Sahabat,

Hidupku sunyi tanpamu,

Tiada lagi gelak ketawa,

Tiada lagi waktu gembira.


Sahabat,

Sinarilah hariku dengan sinarmu,

Gembirakan aku dengan persahabatanmu,

Percayalah aku dengan kesetiaanmu,

Terima kasih, sahabat.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: