Certot

I Love You Mum….

Hasil nukilan Arman Arman3 years ago 128

 Pada pukul 6,30 pagi seperti biasa, aku pasti akan dikejutkan oleh ibuku. Siapalah yang suka orang yang selalu mengacau kita ketika tidur. Selepas bersiap, aku pun segera bersarapan. Apa yang dilihat cumalah sekadar telur goreng hancur yang sering dimakan oleh aku. 

“Sudahlah! Farah dah bosan dengan telur,” jawab aku. 

Apa yang ku sempat lihat, muka ibuku terus berubah seperti hendak menangis. Lalu dia berkata, “Maafkan ibu, Farah. Ayah sudah diberhentikan kerja kerana sering datang lewat ke tempat kerja. Tinggal ibu sahajalah yang perlu bekerja untuk keluarga kita. 

Belum sempat aku menjamah sarapan itu, aku terus segera ke luar rumah untuk memakai stokin. Sesudah memakai stokin, aku segera bangun lalu ibuku terus menghulurkan tangan untuk aku bersalam. Lalu, tangan itu  ditepis oleh aku tanda aku benci. 

Aku segera naik ke dalam bas yang dari tadi membunyikan hon bas. Selepas naik bas, aku pun segera menoleh ke belakang. Aku terlihat ibuku sedang melambai tangan dengan wajah yang sayu. Aku rasa dia  kecil hati dengan ak . Namun, aku menjelingnya. 

Setelah sampai ke sekolah, aku berlari menuju ke pintu kelas agar tidak terlewat. Tiba-tiba , aku  jatuh terjelepok di depan rakan kelasku. Mukaku sudah merah tanda malu. 

“Hahahahah! Farah jatuh,” jerit Farhan. Dia merupakan seorang budak nakal yang jahat. 

Aku tunduk malu dan kesal atas perbuatan yang aku lakukan pada pagi tadi terhadap ibuku. Tiba-tiba muncul kawan baikku yang menghulurkan untuk membantu aku bangun. Dia adalah Athirah. 

Sewaktu sesi pembelajaran bermula, aku langsung tidak dapat memberikan perhatian yang penuh terhadap pelajaran yang diberikan oleh cikgu. Selepas loceng terakhir berbunyi, itu tandanya murid-murid sesi pagi harus pulang ke rumah. 

Ketika sampai di hadapan rumah, tiba-tiba aku terasa kepalaku dipukul dengan objek yang sangat tajam dan terasa sangat pedih di bahagian muka. Rupanya  ada beberapa penjahat yang berlari dan terus melakukan perkara kejam itu kepadaku. 

“Allahuakbar! Farah!” jerit ibuku. 

Lalu aku pun pengsan di hadapan rumahku juga. Setelah aku terjaga daripada pengsan, rupanya sekarang aku sedang berada di dalam hospital dan sedang terbaring dia atas katil yang sangat empuk. Aku terlihat ibuku serta keluargaku sedang berada dikeliling aku. Aku pun meminta ampun daripada ibuku. Namun, tidak sempat, aku sedar yang aku sekarang koma.

 Ketika itu aku terdengar suara doktor yang mengatakan bahawa mataku tidak akan berfungsi lagi dan akan menjadi O.K.U penglihatan kekal sekiranya tidak ada sesiapa yang mahu menderma. Walaupun mataku tertutup, air mataku pun mengalir. Tanpa disedari, air mataku pun dilap oleh ibuku. 

“Takpalah dokto , mari kita berbincang di luar,” kata ibuku. 

Walaupun ibuku berbincang di luar, aku masih dapat mendengari suara ibuku itu yang mengatakan bahawa dia yang akan mendermakan matanya itu untuk aku. Aku menangis tanda aku terharu dengan ibuku kerana walaupun aku menderhaka terhadap dia. Dia masih baik dengan aku. 

Selepas beberapa hari, mataku pun kembali pulih seperti sediakala. Aku perasan bahawa semua ahli keluargaku menangis atas pemergian ibuku sewaktu menyelamatkan aku. Ketika itu aku tidak langsung mengetahuinya kerana aku baru sahaja dibedah. Aku pun berasa sebersalah kerana tidak sempat meminta maaf daripadanya. Aku menyesal!  Tidak guna ada mata tanpa ibu. Cukuplah sekadar buta, tetapi aku tidak sanggup melihat ibuku pergi dari hidupku. 

Ketika jenazah ibuku hendak ditanam, aku meratapi mayatnya seperti orang tidak betul. Namun, aku teringat akan pesanan daripada ustazku yang berkata, “Tidak baik meratapi jenazah orang.” Aku pun berhenti namun tangisan belum berhenti. 

Ketika hari lahirku diadakan pada 18/3/2014, sekeping surat diberikan kepada aku daripada kakakk . Ia merupakan surat daripada ibu yang tertulis, “Farah, ibu dah maafkan segala dosa Farah. Ibu halalkan susu yang diberikan oleh ibu sejak kamu kecil. Ibu doakan agar kamu berjaya dalam hidup. Dan ingat, ibu selalu ada bersama kamu.” Surat itu dibacakan olehnya lalu air matanya pun mengalir. 

“Sudahlah, jangan menangis lagi, ibukan ada bersama kita,” jawab kakakny . Kakaknya pun mengelap air mataku. 

Sejak itu, aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T di dunia ini. Aku tidak akan pernah melupakan jasa ibuku di dunia ini. I love you,mom!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: