Certot

I Am A Champion!

Hasil nukilan Rose Syafiqah 2 years agoSukan 39

             

Namaku Syazliana. Aku berumur 13 tahun. Aku membenci sukan hanya kerana diejek semasa jatuh di baris atlet. Aku insaf tidak menjadi atlet lagi.

Namun pada suatu hari, ayahku meminta memasuki pertandingan lompat tinggi. Ya, aku dahulu seorang atlet lompat tinggi. Dengan cepat aku menggelengkan kepala menandakan tidak setuju.

Ayahku memaksa aku pada hari keesokannya. Ibuku juga merayu sama. Oleh kerana kasihan, akhirnya aku mendaftar sebagai seorang atlet peringkat sekolah.

*****

Pada hari sukan sekolahku, aku berasa berdebar-debar. Aku memikirkan nasibku. Sama ada baik ataupun sebaliknya. Akhirnya giliran aku. Dengan bersemangat, aku pun melompat besi di situ. Alangkah gembiranya aku melihat besi itu tidak terjatuh.

Selepas acara-acara sukan berakhir, akhirnya pemenang sukan diberitahu. Alangkah gembiranya aku menjadi johan sukan lompat tinggi. Aku cepat-cepat mengambil piala lalu memeluk ibu bapaku. Inilah berkat mengikut nasihat ibu bapaku.

Sejak hari itu, aku menjadi tokoh kokorikulum di sekolahku. Aku menangis apabila melihat ibu bapaku gembira menjerit namaku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: