Certot

Hikmah di Sebaliknya

Hasil nukilan AISHAH SAJIDA ZUHDI 1 year agoFiksyen

Alicia merupakan anak yatim. Ayahnya sudah meninggal sejak tiga tahun yang lalu. Ibunya hanya menjual nasi lemak bagi menampung perbelanjaan harian. Walaupun hidupnya serba kekurangan, dia tetap bersyukur dengan apa yang diperoleh. Baginya mungkin keluarganya tidak kaya dengan wang, tetapi kaya dengan kasih sayang.

Rakan-rakan sekelasnya sering menghina dirinya terutama Halisya. Ayah Halisya berpangkat Dato’, jadi dia berasa bahawa dia paling berkuasa. 

‘‘Alicia! Kau ini sudahlah busuk, pakaian pun dah buruk,” hina Halisya dan diikuti suara ketawa rakan sekelasnya yang lain. 

Alicia pergi meninggalkan derai tawa tersebut. ‘Sabar, Alicia. Jangan menangis,’ bisik Alicia dalam hatinya. 

Namun begitu, dia tetap tidak boleh menahan air mata yang bertakung.Dia tidak boleh menipu dirinya.

*****

Suatu hari, Halisya melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Tiba-tiba kedengaran satu bunyi. 

PIN! PIN! 

Seorang pemandu membunyikan hon keretanya. Rupa-rupanya Halisya berada dalam situasi yang bahaya. Alicia yang berada di situ dengan pantas berlari dan menolak Halisya ke tepi jalan. 

DUM!

Satu bunyi hentakkan yang cukup kuat didengar. Halisya menoleh ke belakang dan melihat Alicia sudah terbaring lemah di atas jalan dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Halisya melihat senyuman ikhlas daripada Alicia sebelum Alicia pengsan tidak sedarkan diri.

*****

Di hospital, Halisya menelefon ayahnya dan menyuruh ayahnya datang. Selepas 30 minit, Alicia berada di dalam ruang kecemasan, barulah doktor memberitahu keadaan Alicia kepada Halisya. 

‘‘Pesakit cedera parah, tetapi sudah melewati saat kritikal,” kata doktor itu.

Halisya menangis. Dia tidak menyangka insan yang selama ini dia hina ternyata menyelamatkan nyawanya. Setelah Aicia sedar, Halisya memohon maaf kepada Alicia kerana banyak membuat Alicia sakit hati. 

“Saya mita maaf,” kata Halisya dengan nada yang sayu. 

’‘Tidak mengapa. Saya sudah maafkan awak,” balas Alicia. Kemudian, dua insan yang baru bergelar sahabat itu menangis kegembiraan.

Sejak kejadian itu, mereka menjadi sahabat yang setia.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: