Certot

Heroin Putera dan Puteri

Hasil nukilan syaidatul 1 year agoSuperhero

“Umi, tahun ini kita buat kuih raya apa?” tanya Puteri Asyiella kepada ibunya

“Tengok dahulu. Barang semua mahal sekarang,” kata ibunya

“Ish… apalah kakak ini. Belum puasa lagi sudah sibuk pasal kuih raya tahun,” kata Puteri Asyieffa.

“Jangan gaduh. Cepat buat kerja sekolah itu. Nanti boleh tolong umi masak. Jangan sambung gaduh lagi pula,” marah ibu mereka.

*****

“Umi mahu masak apa hari ini? Semalam gulai lemak ikan tongkol dengan kerabu pucuk paku. Hari ini?” tanya Putera Afiq.

“Sudah habis latihan bola sepak kumpulan kamu? Mana adik-adik dengan akak-akak kamu?Senyap sahaja?”

“Puteri Asyiella buat kerja rumah. Kak Puteri Addina dengan Puteri Asyieffa di dalam bilik. Putera Amin entah. Kak Puteri Addila tengok TV.”

“Uiii… semua dia sebut. Pergi mandi.”

“Hai, umi. Mana jawapan anak umi ini?Anak kesayangan umi yang bernama Putera Afiq?”

“Umi masak gulai tempoyak dengan sambal belimbing buluh.

“Yumm… sedapnya gulai tempoyak. Lepas makanlah pergi mandi. Dapat isi perut Afik ini. Laparlah. Bolehkah, umi?

“Amboi… pergi mandi.”

Dengan segera Afik ke bilik untuk mengambil kain tualanya dan terus menuju ke bilik air. Tetapi sebenarnya dia ingin bertanya kepada uminya apakah kuih raya yang akan dibuat.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: