Certot

Hasrat Terbatal Bertemu Hero Korea

Hasil nukilan Pena Arisu 1 year agoSuperhero

Nana Masharina terpandang pada dada akhbar. Hatinya semakin membuak-buak gembira.B erita tentang tiket ke Korea menyaksikan kumpulan terkenal Korea. Exo!

Tersangat gembira hatinya. Hatinya tersentak saat melihat wajah sunggul ibunya di dalam bilik. Kasihan ibunya. Ibunya sakit setelah beberapa minggu lalu.

“Nana, tolong ambilkan air.”

Tanpa banyak kata, dia berlalu mengambil minuman buat ibunya.

Hatinya dipagut sayu melihat kesakitan yang dilalui ibunya.

Duit ditabung, dilihat sepi. Adakah waktu ini dia harus mengetepikan hasratnya ke Korea bagi melihat ibunya sihat?

Di pandang duit tabungnya. Sungguh duit ini dapat merawat ibunya. Lantas dihampiri ibunya itu.

“Ibu, adik sanggup tolong beri duit untuk rawatan.”

Ibunya mengusap lembut kepala Nana.

“Nana, bagaimana kamu ingin ke Korea?”

“Tidak mengapa .Tawaran itu banyak di dunia. Tetapi di akhirat, ini tanggungjawab Nana sebagai anak sekiranya mahu menuju syurga.”

Nana mendakap erat ibunya. Biarlah dia menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Korea? Biarlah itu menjadi salah satu pengorbanan buatnya sebagai seorang anak.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: