Certot

Hello Saiz M, Goodbye Saiz XL!

Hasil nukilan Nurhazimah Hanan 2 years agoSukan 56

“Wah, gergasi sudah datang! “

Amy terpaksa memekakkan telinganya mendengar ejekan murid-murid di sekolahnya. Hidupnya sadis kerana tiada siapa yang sudi menjadi rakan baiknya memandangkan beratnya sudah mencecah angka 50 kg. Berlainan dengan Putri Nur Alisya, tokoh murid di sekolahnya. Ramai kawan, hidup mewah, dan sentiasa menduduki kedudukan teratas dalam akademik mahupun sukan.

      Dia sering menganggap Alisya sombong kerana tidak berkawan dengan orang gemuk sepertinya. Walhal, dia yang tidak pernah berani bertegur sapa dengan Alisya! Tanggapannya berubah apabila guru besar merasmikan Bulan Kesihatan SK Sri Amanjaya.

*****

“Protégé saya, Amyra? Siapa dia? “

“Buat pengetahuan awak, dialah murid tergemuk di sekolah ini. Sekali datang, mahu roboh sekolah!“ Shakira tertawa. 

“Awak ini, tak baiklah. Tidak pernah pula sekolah bergegar, apatah lagi roboh.“ Alisya menggelengkan kepalanya.   

  “Betul kata Alisya. Amyra atau Amy, pelajar 6 Bestari, duduk di belakang sekali. Sebab itu awak tak kenal.“ Dalila tersenyum. 

“Okeylah, saya salah. Tetapi Alisya, mampukah awak ubah beratnya daripada 53 kg kepada 43 kg dalam masa sebulan?“ Shakira menguji Alisya.

  “Insya Allah, saya boleh!“ Begitu kental semangat Alisya, mentor Amyra bin Adlin Shah!

“Cepat Amy, awak boleh! Satu pusingan sahaja lagi! “ Alisya memberi semangat kepada Amy yang sedang bermandi peluh berlari mengelilingi padang. 

‘Aduh, aku baru selesai separuh pusingan!‘ Keluhnya. Tidak sampai satu pusingan, gadis tembam itu sudah rebah di atas padang.

“Alamak! Amy! “

*****

Sudah dua minggu Amy dan Alisya bersukan. Meskipun asyik rebah di atas padang, Amy tabah demi saiz idamannya iaitu saiz M. Tambahan pula Alisya berjanji hendak membelanja Amy membeli-belah di Aman Central Mall jika dia berjaya menurunkan berat kepada 43 kg.

      Hari demi hari berlalu, dan tibalah masa untuk Penutupan Bulan Kesihatan SK Sri Amanjaya. Para protégé berbaris bersama mentornya. Amy pula kelihatan berpeluh-peluh kerana gementar hendak naik ke atas pentas untuk menerima cenderahati.

        Guru besar mula memberikan ucapan, kemudian berlangsunglah acara pemberian cenderahati kepada protégé dan mentor. Nama demi nama disebut dan akhirnya nama Amy serta Alisya disebut.

  “Mempersilakan, Putri Nur Alisya dan protégénya, Amyra bin Adlin Shah. Buat pengetahuan semua, Amyra telah berjaya menurunkan berat sebanyak 12 kg daripada 53 kg kepada 41 kg! Angka yang agak mustahil, namun berjaya dilakukan oleh Alisya dan Amyra! Tahniah! “

Riuh dewan dengan tepukan para pelajar. Amy berasa amat bangga. Mulai hari itu, dia tidak lagi diejek. Malah, kini dia boleh memakai saiz M!

‘Terima kasih, Alisya. Hello saiz M, goodbye saiz XL! ‘

         

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: