Certot

HASANA FRIEND FOREVER

Hasil nukilan AISHAH SAJIDA ZUHDI 2 years agoFiksyen

Aishah  berumur sepuluh tahun. Dia merupakan anak tunggal daripada keluarga yang mewah. Dia sering bersendirian kerana ibu bapanya sibuk bekerja. Hanya gajet yang menjadi teman setia. Aishah tidak mempunyai rakan kerana dia seorang yang pendiam, tetapi banyak bakat terpendam.

Suatu hari, semasa perhimpunan di sekolah, guru yang bertugas telah mengumumkan bahawa pertandingan sajak berkumpulan bakal diadakan bulan depan. 

“Setiap kumpulan hanya ada lima hingga enam orang sahaja,” beritahu Cikgu Hafizah sebelum perbincangan antara kumpulan diadakan. 

Aishah tidak tahu dia bagaimana hendak mencari rakan sekumpulannya.

Hanya enam murid yang belum mempunyai kumpulan iaitu, Hanani, Aishah, Syifa, Aiysha, Nadzatul, dan Alya. Mereka bersetuju untuk menjadi satu kumpulan.

Aishah: Kita mahu buat tajuk apa?

Hanani: Tajuk ibu?

Syifa: Orang banyak pilih tajuk itu.

Nadzatul: Rakan?

Aisya: Tidak best.

Aliya: Dadah?

Aishah: Setuju?

Semua: Setuju!

*****

Keesokan harinya, Aishah membawa enam helai kertas dan dibahagikan kepada ahli kumpulannya. Sebelum keluar rehat, mereka sempat berbincang tentang nama kumpulan. Malangnya mereka tidak mendapat nama yang sesuai.

Sewaktu pembelajaran Bahasa Melayu, cikgu meminta setiap kumpulan mempersembahkan sajak mereka. 

“Kumpulan Aishah, sila ke hadapan,” ujar Cikgu Hafizah. 

Aishah tidak yakin bahawa mereka boleh menang walaupun hanya saringan. Setelah semua kumpulan mendeklamasikan sajak mereka, Cikgu Hafizah mengumumkan kumpulan yang dipilih masuk ke pertandingan tersebut. 

“Kumpulan yang bakal ke pertandingan tersebut ialah Kumpulan Aishah, Kumpulan Izzati, dan Kumpulan Amir,“maklum Cikgu Hafizah.

Ahli Kumpulan Aishah tergamam apabila kumpulan mereka dipanggil. Selepas itu, bemulalah sesi latihan. Setiap kali latihan, mereka akan mengambil masa selama lima minit untuk berbincang tentang gaya dan nama kumpulan. Sehinggalah Aishah memberitahu bahawa dia mempunyai nama yang sesuai untuk kumpulan tersebut iaitu HASANA.

“HASANA bermaksud baik dalam bahasa arab. Selain itu, setiap huruf mewakili huruf nama kita,” jelas Aishah kepada ahlinya.

“Tengok ini,” ujar Aishah.

Sekeping kertas yang ditulisnya.

H-Hanani

A-Aishah

S-Syifa

N-Nadzatul

A-Alya

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: