Certot

Hari Sukan Negara

Hasil nukilan Laila Lyana about 3 years agoSukan 27


Pada 24 Mac 2015, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengisytiharkan sambutan Hari Sukan Negara setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober. 

Sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan. Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Ia penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah. 

Sekolahku turut mengadakan sambutan Hari Sukan Negara. Seronok! Izinkanku berkongsi kisah tentang Hari Sukan Negara yang disambut di sekolahku.

*****

Pagi itu, aku sedikit lewat ke sekolah. Sampai saja, aku terus mencari sahabat baikku. Dia nampak risau kerana kami akan dipecahkan kepada rumah sukan ketika larian merentas desa nanti. Hurm.. kenapalah kami berbeza rumah sukan ya? 

Setelah semua murid selesai dipecahkan kepada rumah sukan masing-masing, kami menerima kedatangan empat abang ‘sado’dari TUDM. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, cikgu sendiri teruja! Ramai benar pelajar mahu mengambil gambar. Ehem, aku terkecuali ya! 

Kami bersenamrobik sebagai aktiviti pemanasan badan. Antara lagu senamrobik yang paling aku suka ialah lagu All About The Bass, yang dinyanyikan Meghan Trainor. Ketika itulah aku rasa bersemangat! Hehe… lagu kegemaranlah katakan! 

Setelah itu, barulah kami pergi merentas desa. Awalnya, cikgu tidak beri kami peluang untuk berpecah tapi akhirnya berterabur juga! 

Aku ‘berjumpa’ dengan kawan baikku semula ketika satu kilometer sebelum kami sampai ke sekolah semula. Awalnya penat tetapi apabila sudah berjumpa, hilang segala penat! Kami cuma tahu berbual-bual dan mengusik orang lain! 

Sampai ke sekolah, kami dibenarkan rehat. Sepanjang waktu rehat selepas makan, kami merayau saja bersama seorang lagi kawan baik kami.  

Aktiviti seterusnya untuk tahap dua ialah pertandingan senamrobik. Abang-abang sado dari TUDM yang dilantik menjadi juri.

Kami terhibur dengan beberapa persembahan. Contohnya persembahan penguin dari kelas 4 Arif. Comel!

Kelasku juga tidak kurang hebatnya, bersenam sambil diiringi lagu Gummy Bear.

Tetapi yang terbaik, pastinya kelas 6 Arif! Idolaku, Kak Syarah Imanlah yang paling menonjol sekali. Wah, makin suka jadinya!

Alhamdullillah, kelasku mendapat tempat kedua. Kelas 4 Arif pula mendapat tempat ketiga. Kelas 6 Arif, meraih tempat pertama! Mereka layak! 

Seronok juga ya? Aku tidaklah terlalu penat setelah puas berhibur. Tidak sabar menunggu bulan Oktober seterusnya!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: