Certot

Riang-ria di hari sukan.

Hasil nukilan Damia 2 years agoSukan 26

Firash Haikal adalah murid tokoh kokurikulum. Dia berada di kelas 4 Budiman. Pada setiap pagi, Firash akan pergi berjoging bersama lima orang rakan karibnya iaitu Arash, Haziq, Damia, Aliah, dan Izzati. Bukan sahaja setiap pagi pergi berjoging bersama, malah setiap hujung minggu mereka akan pergi belajar bersama-sama di taman.

Ketika sedang berjoging, Firash dan Haziq ternampak ramai orang sedang berkumpul di Padang Taman Ria. Lalu Firash pun mengajak mereka semua pergi melihatnya. Firash pun terkejut kerana penduduk Taman Ria membuka peluang untuk penduduk Taman Ria bersukan pada hari itu. Arash mengajak mereka semua mendaftar. 

“Nasib baiklah Firash nampak ada orang berkumpul. Kalau tidak, mesti kita semua tak dapat masuk,” kata Damia sambil senyum sinis kepada Firash. 

“Betul kata Damia itu,” sampuk Aliah pula. 

“Eh korang! Kita kena daftar kalau kita mahu membuat cabutan bertuah,” kata Izzati sambil membuat muka terkejut.

“Dahlah tu, pertandingan nak mula,” kata Haziq.

Ketika pertandingan terompah gergasi bermula….

Get ready… 1… 2… 3… go!

Kelam-kabut mereka bertiga. Hanya Izzati, Aliah, dan Damia yang memasuki acara ini. Yang lain menjadi pasukan sorakan.

“Yeay!” Jerit mereka bertiga dengan hati yang gembira, kerana mereka bertiga menjuarai pertandingan acara terompah gergasi.

Bermulalah acara lari dalam guni.

Sekarang Haziq, Arash, dan Firash pula yang bermain acara ini.

“Weh korang, terbaliklah. Sepatutnya kita yang masuk acara ini, mereka yang kene masuk acara kita tadi,” bisik Izzati kepada mereka berdua. 

“Ishh korang ni, jangan bising,” sampuk Aliah.

Sikit-sikit je lagi. Juara dimenangi oleh kumpulan Putera bergelang Hitam. Tahniah!

“Yeay!” Kita semua juara.

Kini tibalah cabutan bertuah.

Nombor 1 ialah Raja Damia Fathalia Binti Raja Hafshah.

Nombor 2 jatuh kepada Firash Haikal Bin Mohd Zulkifli.

Nombor 3 adalah Raja Ilya Izzati Binti Raja Mohd Aqhel.

Nombor 4 ialah Afiq Farhan Bin Zakiruddin.

“Alah… ada dalam group kita tak dapat lagi. Tak apa, doa banyak-banyak,” keluh Firash.

Nombor 5 jatuh kepada Raja Nur Aliah Binti Raja Mohd Izam.

Dan terakhir sekali jatuh kepada Raja Muhammad Arash binti Raja Fahrin.

Kita sudahi acara kita pada hari ini. Sebelum itu assalamualaikum saya ucapkan.

“Sempat lagi pengurus acara ini buat lawak,” kata mereka hampir serentak.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: