Certot

Hari Anugerah Cemerlang, Wait for Me!

Hasil nukilan Nuha Nabiha 3 years agoFiksyen 36

“Alangkah bagusnya kalau saya disenarai sebagai salah seorang penerima hadiah untuk Hari Anugerah Cemerlang tahun ni. Tapi….” kata Zira yang baru sahaja habis peperiksaan untuk semua murid tahun satu hingga lima, iaitu peperiksaan akhir tahun.

“Man jadda wajadda. Siapa yang bersungguh-sungguh pasti mendapat hasilnya. Insya Allah. Lagipun saya lihat kau bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran,” kata Amanda, rakan karibnya merangkap sepupunya.

“Hmm…belum tentu lagi,” kata Zira. Senyuman Zira semakin memudar kerana memikirkan tentang hari sangat bermakna bagi dirinya kerana dia belum pernah lagi menerima hadiah dari tetamu VIP untuk akademik.

Amanda hanya mendiamkan diri sahaja.

                                                                               *****

Tiga minggu kemudian….

“Assalamualaikum semua, hari ini cikgu hendak memberitahu senarai nama penerima hadiah untuk Hari Anugerah Cemerlang yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi,” kata Cikgu Marina dengan penuh bersemangat.

Cikgu Marina pun memberitahu senarai nama penerima hadiah dan Zira mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh guru itu merangkap guru kelasnya sehinggalah apabila Cikgu Marina memberitahu senarai nama penerima hadiah tahun empat pula.

“Baiklah, untuk aliran tahun empat pula, tempat pertama ialah… Siti Nur Hazira Binti Dato’ Hamid!” kata Cikgu Marina dengan suara serak basahnya akibat tiada suara.

“Hah?” Itu sahaja yang dikatakan oleh Zira. Selepas tiga saat barulah dia sedar.

“Tahniah Zira!” kata Amanda.

“Terima kasih, awak!” kata Zira yang menangis kegembiraan lalu memeluk Amanda.

“Sama-sama,” kata Amanda.

Lalu mereka berdua kenyit mata kerana Amanda juga turut tersenarai sebagai salah seorang penerima hadiah Hari Anugerah Cemerlang.

“Terima kasih Allah,” kata Zira.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: