Certot

Harapan Seorang Ibu

Hasil nukilan NOR ATIKAH 2 years agoFiksyen 30

Namaku Alisa. Berumur 18 tahun. Tinggal di Parit Bunga. Hari ini merupakan hari terpenting bagi aku seorang murid dan seorang anak. Hari ini hari peperiksaan. Aku belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ibu sangat berharap padaku untuk berjaya dan dapat melanjutkan pelajaran nanti.

“Alisa, ibu nak kamu belajar rajin-rajin, ya. Kamulah satu-satunya harapan bagi ibu,” kata ibu dengan suara yang lembut.

“Baik ibu, saya akan belajar betul-betul sehingga berjaya,” jawabku sambil memeluk ibu.

Aku bersiap ke sekolah. Tiba di sekolah aku terus masuk ke dewan untuk menjawab peperiksaan yang penting bagiku. Aku menjawab dengan bersungguh-sungguh. 

*****

Peperiksaan sudah sebulan tamat. Masa yang lama aku tunggu-tunggu kini telah tiba. Keputusan peperiksaan sudah keluar. Aku ke sekolah bersama kawan-kawanku untuk mengambil keputusan peperiksaan ku. Akhirnya aku tidak menyangka, aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Aku pulang ke rumah dengan membawa berita gembira untuk ibu. Ibu berasa sangat gembira kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang. Ibu membuat doa kesyukuran kerana aku mendapat keputusan cemerlang.

“Ibu. Ibu, Alisa dapat keputusan yang cemerlang. Berkat dan doa ibu telah dimakbulkan,” teriakku sambil berlari ke arah ibu.

“Wah, Alisa. Ibu tak sangka kamu berjaya. Ibu suka sangat. Inilah harapan ibu selama ini. Ibu bangga dengan kamu Alisa. Tahniah ya nak,” jawab ibu sambil memelukku.

Itulah harapan yang paling ibu harapkan pada aku. Akhirnya aku berjaya memenuhi harapan ibu selama ini. Aku sayang ibuku. Belajar dengan bersungguh-sungguh dan dengan doa berkat daripada ibu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: