Certot

harapan ababil

Hasil nukilan MUHAMMAD HAZIM AZZAM BIN AZZAM about 3 years agoFantasi 23

Pada suatu hari, aku pergi ke sekolah dan aku meletakkan beg aku di kelas dan aku turun ke dataran perhimpunan. Sementara itu, guru dan ustaz dalam perjalanan sampai ke dataran perhimpunan. Aku membaca buku yang bertajuk Ababil Menyerang Raja Abrahah dan Tenteranya. Selepas membaca buku guru dan ustaz sudah tiba. Selepas tamat perhimpunan ustaz mengumumkan esok terdapat satu lawatan ke Muzium Kelantan. Ustaz berkata program ini untuk menguatkan minda para pelajar dengan sejarah dan untuk mempelajari sejarah tentang Ababil.

            Selepas tamat sesi persekolahan aku terfikir bagaimana rupa bentuk fizikal burung ababil itu. Selepas sampai ke rumah aku menceritakan kepada ibu dan bapaku tentang lawatan itu. Ibuku membenarkan aku pergi kelawatan ke Muzium Kelantan itu. Pada waktu malam, aku mengemas barang-barang yang perlu dibawa keesokan hari. Aku melihat jam di tanganku sudah pukul sebelas malam.  Lantas aku mempersiapkan diri untuk tidur.

            Keesokan harinya aku pergi ke sekolah seperti biasa. Aku meletakkan beg dan aku turun ke dataran perhimpunan. Selepas tamat perhimpunan, ustaz menempah dua buah bas sekolah yang berdua tingkat. Aku adalah orang yang pertama masuk ke dalam bas itu dan aku berasa sangat sejuk kerana di dalamnya ada penghawa dingin yang banyak, lalu semua murid sudah menaiki bas dan perjalanan bermula.

            Aku dan murid-murid yang lain menerima banyak dugaan. Contohnya, bas rosak dan minyak habis. Akhirnya lama-kelamaan tiba-tiba bas berhenti lalu aku bertanya, “Sudah sampai ke tempat yang kita hendak kita pergi?”

Ustaz berkata, “Kita sudah sampai ke tempat kita hendak kita pergi.” 

Aku dan murid-murid turun dari bas. Aku adalah orang yang pertama masuk ke dalam Muzium Kelantan itu dan aku melihat sejarah tentang burung Ababil.

            Aku membaca pada catatan yang bertulis tentang sejarah burung Ababil menyerang Raja Abraha dan tenteranya bermula kisahnya. Pada zaman dahulu ada pakatan gajah yang diketuai oleh Raja Abraha yang hendak menyerang kaabah, lalu Allah menghantar burung Ababil yang turun dari langit. Pada hari itu, langit menjadi gelap dan secara tiba-tiba burung Ababil melepaskan batu dan batu itu jatuh seperti air hujan. Apabila batu itu terkena sedikit kepada badan mereka, yang memberi kesan kepada seluruh badan, tetapi Raja Abrahah dan ada sebahagian tenteranya yang hidup, tetapi sampai di mesir di negeri Sana’ semua tentera mati dengan Raja Abrahah sekali.

            Selepas 40 tahun tentang kejadian itu, lahirlah Nabi Muhammad dan Allah menceritakan kisah ini semula untuk memberi amaran kepada orang kafir kerana supaya tidak menghalang dakwah Rasulullah.

            Selepas semuanya sudah selesai, aku melihat sejarah ini. Aku dan murid-murid pulang ke sekolah semula. Selepas aku pulang dari sekolah, aku menceritakan semuanya kepada ibu dan bapaku. Kemudian, barulah mereka memahami tentang cerita burung Ababil ini.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: