Certot

Hanis

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoFiksyen 18

Nama saya Diana. Saya ialah anak tunggal Puan Zahira dan Encik Hasyim.

Suatu hari, mama dan papa saya memberitahu bahawa mereka telah mengambil seorang anak angkat. Saya berasa gembira sekali.

Akhirnya, saya tidak akan kesunyian lagi di rumah.

*****

Pin! Pin!

Hah, itu mesti kereta papa. Saya bergegas membuka pintu.

Kemudian, saya melihat  mama dan papa serta seorang gadis masuk ke dalam rumah. Mama memberitahu nama gadis itu ialah Hanis. Dia ialah anak angkat yang mama dan papa ceritakan sebelum ini. Saya menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Namun,dia tidak menghulurkan tangannya.

Mama memujuk saya supaya bersabar. Kata mama, mungkin dia belum biasa di sini.

Saya cuba untuk bersangka baik dengannya. Lalu,saya membawa Hanis ke biliknya.

Tanpa sebarang ucapan, Hanis segera masuk ke biliknya dan menutup pintu.

Saya terkejut melihat kelakuan Hanis. Namun, saya tidak mahu bersangka buruk dengannya.

****

Seminggu sudah berlalu. Tetapi, Hanis masih mendiamkan dirinya dan tidak mahu bercakap dengan saya.

Saya sentiasa memujuk diri saya supaya bersabar.

Suatu hari, ketika saya dan Hanis sedang berada di sebuah pasar raya, ada rompakan berlaku. Seorang darpadai perompak itu menghunuskan pisaunya ke arah Hanis.

Saya segera menghalang. Akibatnya, saya telah ditikam. Banyak darah yang mengalir dari badan saya. Saya cuba untuk bertahan, tetapi saya tidak mampu.

**** 

Saya melihat semua ahli keluarga saya ada bersama dengan saya.

“Diana, terima kasih sebab selamatkan saya,” kata Hanis.

Saya mengangguk. Sejak itu, hubungan saya dan Hanis menjadi semakin erat.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: