Certot

Hamster Kesayangan Leena

Hasil nukilan balqis qarirah 2 years agoFiksyen

Hari ini adalah hari yang menggembirakan buat Leena kerana ibu dan bapanya telah menghadiahkannya sebuah hamster putih berbelang jingga atas kejayaannya  mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Dia menamakan hamsternya dengan nama Nini.

Setiap hari, Leena tidak lupa untuk memberi makan hamsternya itu kerana terlalu sayangkan haiwan peliharaan comelnya itu. Hamster Leena sentiasa sihat. Jika ada masa lapang, Leena akan bermain dengan hamsternya di halaman rumah.

******

Suatu hari, selepas Leena pulang dari sekolah, Leena mendapati bahawa Nini tiada di dalam sangkar khasnya. Leena terus berlari mencari hamsternya di sekitar rumah. Malangnya, tidak ditemui. Leena lalu menangis teresak-esak. Tiba-tiba, ibunya datang.

“Mengapa Leena menangis?” tanya ibu Leena, Puan Aqilah apabila mendapati anaknya menangis.

“Nini hilang,” jawab Leena dengan suaranya yang serak.

“Mana ada, Nini ada dengan ayah. Ayah bawa Nini ke Klinik Veterinar untuk membuat pemeriksaan.”

Tiba-tiba sahaja Leena berhenti menangis apabila mendengar kata-kata ibunya itu. Dia menarik nafas lega. Selepas itu, sebuah kereta milik ayahnya muncul di hadapan rumah. Ayahnya keluar dari kereta dengan membawa Nini. Leena terus berlari menuju ayahnya mendapatkan Nini. Leena berteriak gembira melihat hamsternya. Ayahnya berkata bahawa Nini bunting, Leena berlari menuju ibunya untuk memberitahu berita gembira itu.

******

Leena amat bersyukur, Nini melahirkan tiga ekor hamster yang sangat comel. Dia memberikan nama kepada hamster-hamster itu dengan nama Lili, Cici, dan Kiki. Hamster-hamsternya itu amat disayanginya. Leena berjanji akan menjaga Nini, Lili, Cici, dan Kiki dengan penuh kasih sayang.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: